Thursday, February 21, 2013

Bercuti ke Universal Studio 2012 Part 1

Ok, dah lama sgt sbnrnya..MJ pergi pada 24 Dec 2012. Penat survey merata utk dptkan yg termurah tp terbaik utk keluarga kami, especially for the kids. Kawan-kawan opis MJ pun x kurg jugak membantu dalam mendapatkan info2 berguna utk bercuti ke mana2...Ye, mereka seperti cik2 dan puan google bg MJ. Juga, turut membantu kawan maya MJ a.k.a. kaki jalan cum tokey kueh (sbb x pernah jumpa kan, tp heboh je kat wire2 kabel internet hehehe) Madam Nowwa . 1 yg kena tegaskan di sini..kami suka berjalan tp budjet ciput...aaaaa meh ikut cara2nya utk berjalan tp budget ala kadar..kelas ko jah!

1. Tiket:

- MJ cari ni dulu sbb klu ko x confirm bila nak gi, benda2 lain ko x leh nak deal/confirm.
- Officemate MJ suggest menggunakan perkhidmatan encik ni. Hazmin kat link sini http://blog.hazmin.net/ atau pun melalui fb agensi beliau https://www.facebook.com/serumpuntours.
- Encik ni beroperasi di Bandar Tun Razak/Cheras. klu x salah. So, dia siap hantar tiket sampai umah sy lg. Suke tau sebis gini:D
- Harga tiket (MASA TERSEBUT...in future. klu harga naik, jgn salahkan blog MJ ni:D )
      
             Dewasa : RM170
             Kanak2 : RM130

- MJ pergi 3 dewasa n 2 kanak2 (umur 7 & 5 thn), baby free
- Perlu diingat, tiket masuk ke USS ada season - peak season, normal season klu x salah. So, MJ rasa tu harga tiket normal kot...
- Sekali dgn tiket tu, En. Hazmin sertakan map kawasan USS. Blh la plan nak gi mana dulu. MJ dulu x plan sbb mcm x faham sgt mana nak start. Bila dah balik hotel, baru la - patutnya kita gi sini dulu, pastu br sini, kemudian ke situ..biasalah...ayat2 penyesalan.
- Nak je suggest, masuklah tempat transformer dulu sbb klu dah lambat q berjam2 ok..hampir 2 jam..mampu?
- MJ x pilih express tiket. Express tiket ni, mahal sikit dr tiket biasa tu. Kelebihannya, ko x yah beratur panjang2/lama2...terus je kat lorong express tiket n potong q. Nikmat kan..tp kuar la lbh sikit:D

Ni MJ scan map yg kami ambil terus dr USS. Kemudian nnt br kita gi satu per satu ye

2. Penginapan

- MJ survey bbrp hotel di kawasan JB dan cuba juga menggunakan government rate (sbb staf gomen). Tp agak susah nak dptkan dan harga masih tinggi.
- Akhirnya, MJ pilih Tune Hotel Danga Bay, JB. Blh check n try2 kata sini http://www.tunehotels.com/my
- MJ ambil 2 bilik, 3hari 2 malam..Hari pertama sampai, 23 Dec.., esoknya 24 Dec masuk singapore, balik tu x kan nak terus gerak ke kl...serius..letih..lusa 25 dec baru check out.
- MJ pilih aircond 12 jam shj/room (sbb sure x dok je dlm bilik kan..mesti mau pusing2 JB), toiletries x ambik (bw je la towel sendiri, berus gigi sendiri, ubat gigi sendiri...x rugi aihhhh), tv&wifi x ambik
- Harga utk 2 bilik spt berikut :

    2 rooms x 2night x 12hrs aircond= RM371.52

3. Pengangkutan - JB-USS-JB

- Klu ikutkan, blh ambil sekali bas dgn tune hotel. So, masa selection, blh pilih return bus. Tp MJ x ambik memandangkan kami dtg dgn anak2 kecil yg tetiba blh buat mcm2 hal - nak gi toilet la, lambat bgn pagi la, nak tgk itu ini, singgah sana-sini.
- MJ juga diberitahu di bahagian Imigresen Singapore, kalau naik bas, kita semua kena turun utk pemeriksaan passport. Bas akan tunggu ke depan sikit (agak jauh dgr2nya), lps tu bila SEMUA penumpangnya passport ok, br blh gerak. Which mean, klu ada sorg yg problem, korg kena tunggu la kat dlm bas tu sampai dia settle. Klu bergerak dgn kereta, hanya bukak tingkap & serahkan passport..tunggu dia confirm, pastu terus jalan..tp klu muka mcm penjenayah, pecah rumah ke, maybe la kot kena keluar kereta utk diperiksa detail.
- MJ x bawa kereta sendiri sbb ada info kata kena bw geran la, pastu 1st time masuk klu kena speed trap kat sana/sbrg saman, kena clearkan masa nak keluar tu. So, nak kena pikir extra money pulak kan nak kena standby, incase kena saman. Pastu kalau kereta kita mencurigakan, pemeriksaan imigresen mereka sehingga bawa masuk anjing utk cek...ha kau...najis mughallazah la plak kan...x mau2...kang nak samak seat lg, cuci bg kering lg..kos ok kossss... Ni semua penyewa kereta tu la yg bgtau. Tp mmg nampak la mcm bilik kat tepi lorong imigresen tu. Bilik anjing2 pengesan.
- Alasan yg buat MJ x ambik bas juga, sbb waktu baliknya pukul 7.00 mlm atau 8.30 mlm. Kot anak2 x larat, x kan nak gi ambik teksi pulakkan nak balik dr singapore. Maybe blh ambil tiket one-way. Klu tiket return, agak rugi di situ.
- Memang kos bas lbh murah dari kereta sewa, tp atas sbb anak2, kami rela korban sikit duit utk keselesaan mereka.
- Untuk transport, MJ ambil MPV, naik Grand Livina, kos sbyk: RM300 (return). Org ni x de blog/website...MJ jumpa msa rayau2 page sapatah...puan anyra yg membantu. Ni pun Mrs.Google MJ hehehe..sgt membantu.Ok, contact no En. Ayim - 012-7549101. Dia juga turut menyediakan perkhidmatan bas...kot2 sapa yg nak buat dlm kumpulan yg ramai.

Nota :
- Jgn takut utk bercuti lps tgk kos2 ni. MJ sendiri keluar duit secara berperingkat. Bkn sekali gus settle semua. Contohnya, utk tiket MJ book n byr bln september..hotel bulan oktober dan kereta sewa, MJ buat bulan november (deposit shj, itu pun RM50 je. Hari nak pergi tu br bayar habis masa dia hantar balik ke hotel).
- Kanak2 akan lbh enjoy klu kita bg review sikit character2 yg berkaitan - shrek, madagascar, transformer, kungfu Panda...dll...sbb bila diorg nampak dgn mata sendiri, mereka lg enjoy. Dan ayat2 begini akan keluar - macam kita tgk kat tv tu kan...eh comelnya 'benda' ni...ni ke yg dalam cite tu...haaa seronokkan layan anak2..luv them much!

2 comments:

myza said...

wau seronoknya p spore!!

Mamajenn said...

opkos...rasa mcm nak gi lagi. X puashati sbb x dpt masuk sume tmpt sbb bw si jemon..:p