Sunday, June 27, 2021

PKP 3.0 Malaysia Masih Gigih Melawan Covid-19

 Salam semua,

Amboi lamanya tak bersidang di sini hehe. Nak buat post pun dh tak reti sbb dah lain sungguh format di sini. tapi rasa rugi tak simpan kenangan disini sebab memori fon yang akan penuh, akan hilang, kan. Menulis perlukan mood, perlukan suasana, idea dan ketenangan. Then, ko tak tenang ke selama ni hehehe. Ermm cakap je la malas..sbb nak post di sini, nak kena edit2 gambar, buh watermark mana yg berkaitan. leceh eh ;)

IG dan FB juga idaman hati.

Ok, ini post percubaan untuk kembali aktif. Dengan keadaan Covid di Malaysia, terutamanya di Selangor masih tinggi. Tak perlu menuding jadi, jika kepakaran kita hanya atas keyboard sahaja. Serahkan kepada pakar untuk menyelesaikannya. Kita jaga diri, jaga keluarga. Moga Malaysia segera pulih dan kita kembali hidup normal seperti dulu. Amin


We miss traveling very much T_T

Sunday, February 9, 2020

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

Ambik dari Fb..x sempat baca n takut x jumpa nk cr balik hehehe

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Thursday, August 29, 2013

Puding Roti Karamel Lapis Coklat Sedap

Wuhuuuu lamanya x melawat blog..sampaikan password hampir lupa hehehe...ok sementara Syawal masih ada ni, MJ nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog MJ..(perasan la ko kan, mcm la ramai..ayat mcm retis gitu)..

Ok, sebelum mood mengupdate lari...MJ nak share dessert yg MJ dapat resepinya dari FB..serius sedap uolss..meh la cuba..Kita dah biasa sgt dgn puding karamel kan tp resepi ni siap lapis coklat lg. Anak-anak MJ mmg peminat puding karamel, bila tambah coklat lg la seronok tgk diorg habiskan..Kepuasan seorg ibu adalah apabila melihat anak2 makan makanan yang disediakan dgn penuh selera! Kan ibu2!!

Ok..kita kasi potong puding tu...
(loading lama gile..sblm mood update blog hilang...aku post je terus..stress mak!)

Puding Roti Karamel Lapis Coklat
Oleh:Khalijah Hussin
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
7 keping roti gardenia – dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.

Info:
* Telur: Jika menggunakan telur size kecil, kurangkan kuantiti roti.
* Tepung jagung: Sekadar untuk pejalkan puding. 1 sudu kecil sudah memadai.

Tips: 
* Untuk elak puding tertanggal: Cakar permukaan adunan coklat terlebih dahulu sebelum dicurahkan adunan plain. 
* Bila puding dah suam-suam kuku, cuba pusing atau putarkan permukaan puding. Jika ia berputar, bermakna puding dah boleh diterbalikkan.

7 Standard Penyusuan yang perlu ibu menyusu tahu

7 Standard Penyusuan yang perlu ibu menyusu tahu.

1. Menyusukan bayi secara ekslusif dalam 6 bulan pertama. Bererti tidak mengambil sebarang cecair atau makanan pejal. Bayi hanya menerima susu ibu daripada payudara ibu.

2. Memujuk bayi menyusu melalui payudara. Anda melakukannya agar bayi kekal selesa dalam memenuhi keperluan emosinya. Ini termasuklah menyusukan bayi ketika tidur.

3. Tidak menggunakan botol atau puting kosong. JIka perlu gunakan puting kosong, payudara adalah alternatifnya.

4. Tidur dengan bayi untuk menggalakkan penyusuan di waktu malam. Kajian membuktikan bayi yang tidur dengan ibunya menyusu 3x lebih banyak berbanding bayi yang tidak berasingan.

5. Tidur ketika bayi tidur di waktu siang. Ambil masa untuk tidur sebentar (nap) dan pada masa itu susukan bayi. Rehat semasa menyusukan bayi adalah elemen penting dalam penyusuan susu ibu dan amat penting dalam mengekalkan ketidaksuburan di kalangan ibu yang menyusukan bayi.

6. Kerap menyusu siang dan malam dan tidak terikat dengan jadual penyusuan. Bagi memastikan penghasilan susu kekal stabil, susukan bayi mengikt kehendaknya.

7. Elakkan apa jua amalan yang memerlukan anda berjauhan dengan bayi.Ini termasuklah penggunaan peralatan tertentu yang menggantikan anda sebagai ibu. Jadi usahlah membazir wang membeli alat-alat yang kononnya membantu anda meringankan tanggungjawab sebgai ibu. Ingatlah apabila bayi sentiasa rapat dengan ibu, dia akan terangsang untuk selalu menyusu susu ibu.

Monday, March 11, 2013

Ayam goreng berempah best punya

Sebenarnya resepi ni dah berjaman dalam simpanan MJ. MJ simpan dlm 1 folder lama dah. Bila br2 ni MJ bukak folder tu, pilih punya pilih maka terjumpalah resepi tu semula. Masalahnya, sewaktu 'zaman' copy paste tu, MJ tidak salin sekali link/blog pemunya resepi. MJ hanya tulis 'Ayam goreng berempah Chef Hanieliza'. Tapi bila MJ nak postkan menu ni, MJ cari dlm blog n fotopages (zaman sebelum kegemilangan blogspot :D) Chef Hanieliza, resepi tu x de plak.sbb kononnya dah bubuh la link tu.:(..So, MJ x sure samada mmg betul resepi ni dari Chef Hanieliza ataupun x...Terima kasih la pada sesiapa jua yg MJ dah ter'copy' resepi ni..Kalau rasa, anda punya, bgtau ek..nnt MJ add link. Apa2 pun memang terbaik. Anak2 MJ siap ckp, "Sedapnya, pandai mama masak"...haaaa mau x kembang uols..semangat nak masak bila sesekali dipuji..

MJ paste sebijik sebijat apa yg MJ save dulu2 tu. Tp, x rugi mencuba..mmg syok uols...



Ayam goreng berempah 'hanieliza'

Bahan:-
  • 5 keping paha ayam (MJ guna separuh bhgn ayam)
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • beberapa tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
  2. Perapkan selama setengah jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan daun kari dulu. Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga masak dan kuning keemasan.
  4. Angkat dan toskan minyak.