Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Puding Roti Karamel Lapis Coklat Sedap

Wuhuuuu lamanya x melawat blog..sampaikan password hampir lupa hehehe...ok sementara Syawal masih ada ni, MJ nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog MJ..(perasan la ko kan, mcm la ramai..ayat mcm retis gitu)..

Ok, sebelum mood mengupdate lari...MJ nak share dessert yg MJ dapat resepinya dari FB..serius sedap uolss..meh la cuba..Kita dah biasa sgt dgn puding karamel kan tp resepi ni siap lapis coklat lg. Anak-anak MJ mmg peminat puding karamel, bila tambah coklat lg la seronok tgk diorg habiskan..Kepuasan seorg ibu adalah apabila melihat anak2 makan makanan yang disediakan dgn penuh selera! Kan ibu2!!

Ok..kita kasi potong puding tu...
(loading lama gile..sblm mood update blog hilang...aku post je terus..stress mak!)

Puding Roti Karamel Lapis Coklat
Oleh:Khalijah Hussin
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
7 keping roti gardenia – dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.

Info:
* Telur: Jika menggunakan telur size kecil, kurangkan kuantiti roti.
* Tepung jagung: Sekadar untuk pejalkan puding. 1 sudu kecil sudah memadai.

Tips: 
* Untuk elak puding tertanggal: Cakar permukaan adunan coklat terlebih dahulu sebelum dicurahkan adunan plain. 
* Bila puding dah suam-suam kuku, cuba pusing atau putarkan permukaan puding. Jika ia berputar, bermakna puding dah boleh diterbalikkan.

Wednesday, March 7, 2012

Frozen Yogurt Fruity

Saat idung soksek soksek ni..eskrim gak yg nak dilayan. Nikmat sungguh sampai x sedar air hidung kuar sama hahahha..cis. Sebenanrnya teringin nak mkn eskrim kat Tutti Frutti..tp entah bila tahun ada kelapangan nak ke outlet mereka. Jadi utk melunaskan kehendak tekak sendiri, dan makan puas2 dgn kos yg rendah hehehe, MJ dpt resepi dr kawan MJ yg share di FB..huhuhu syok layan.. anak-anak, anak sedara sume suka la...

Kenapa gambar dlm bekas eskrim kuning ni je? Alahai xsempat nak buat elok2 dlm bekas sbb semua dah excited nak makan. Nak ambik gambar ni pun terjerit2 suruh tunggu seminit sbb nak snap...ye arr nnt x de bahan bukti 'kemenjadian' plak kan..:D

Ok kawan MJ ni, Suriana ambik resepi dari sini http://sereniety.blogspot.com/2011/11/homemade-frozen-yogurt-ala-tutti-frutti.html.

Mekasih pada empunya blog atas perkongsian dan juga kawan MJ yg uploadkan kat FB..
Ini resepinya:


Tub besar Yogurt Smooth n Fruity (Gambar di atas)
3/4 cwn susu segar
1 cwn susu pekat
2 sudu besar madu

Cara-caranya: (MJ ringkaskan ikut ayat MJ la ye. Malas plak nak taip bebyk)
1. Campurkan ke semua bahan dan blend sebati.
2. Bekukan dalam sejam. Keluarkan semula dan blend lagi. Bekukan semula.
3. Ulangi proses yang sama beberapa kali sehingga mendapat tekstur yg halus (ikut halus mana yg diingini ok)
4. Skopkan dlm dalam mangkuk/cawan. Curahkan apa2 yg diingini - coklat sos ke, caramel ke, badam2 ke, kismis ke..

Friday, February 10, 2012

Mini Pavlova

Org lain heboh ckp pavlova ni. Sedap ke x ke, mmg MJ x leh nak imagine sbb x pernah rasa. So, dgn semangat yg berkobar2, hati yang kental, Mj gigihkan juga memegang mixer demi untuk mempertahankan 'ayat' - apa, ko dah ghase?!!! hahahahha vongoks....

Sebenarnya MJ memang malas nak buat atau cuba resepi yg guna putih telur shj, atau kuning telur shj. Sbb nnt MJ mesti akan bazirkan mana2 satu yg x digunakan tu. Sbb masuk dlm fridge n lupa nak masak. Untuk menyediakan mini pavlova ni, bahan utama dia pun putih telur. Jadi, kuning telur tu terpaksa la MJ merajinkan diri membelek resepi lain, yang hanya menggunakan kuning telur utk dihabiskan. Will update in next entry.

Jom layan dulu pavlova ni.

Gambar x berapa cun la. Tp yg penting syedap....

Sejarah ciptaan pavlova ni...mekasih abg wiki:D

"Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova.[1] It is a meringue dessert with a crisp crust and soft, light inside.[2] The name is pronounced /pævˈloʊvə/ or /pɑːvˈloʊvə/, unlike the name of the dancer, which was /ˈpɑːvləvə/ or /ˈpævləvə/.[3][4][5]

The dessert is believed to have been created in honour of the dancer either during or after one of her tours to Australia and New Zealand in the 1920s. The nationality of its creator has been a source of argument between the two nations for many years, but formal research indicates New Zealand as the probable source.[2]"

X kisah la hangpa nak kecoh dari mana pun asalnya, mak nak ckp tq jugak la pd sapa jua yg menghasilkan menu ni. Sedap la jugak.

Resepi mini pavlova boleh rujuk di sini...Tq byk2 akak yg sudi share resepinya itu..Cantik2 gambar kat blog akak ni. Tp MJ x de la buat sos passion fruit tu..sbb lupa nak beli masa rayau2 gi Giant dan agak jarang nampak dijual buah markisa tu. Pavlova ni mempunyai base yg manis. Jadi kena makan dgn buah yg masam2. Contohnya, strawberi, kiwi..Apa? Mangga muda? Ohhh klasiknye ko ni nyah..tp x salah mencuba hehehhe...Luaran pavlova rangup dan tghnye agak lembut sedikit. Overall, sedap jugak la dessert ni.

Ok, apa nak buat dgn 4 biji kuning telur? Tunggu my next entry.

Monday, October 24, 2011

Pengat Labu

Pemanis mulut pun boleh, buat minum petang pun boleh. Tapi lately asik hujan sahaja di sebelah petang kat Serdang ni. Jadi menu2 gini agak kurang 'kick' disediakan...kan..ye ke..Ke MJ je yg kata gitu hehehe...

Senang je. Ni cara MJ. Kalau ada yg sudi nak share cara masing2, ok je. MJ 'campak' je semua dlm periuk - santan, gula pasir, gula merah, daun pandan, labu yg dah dikupas kulit n dipotong kecil2. Kalau nak buat cara MJ ni kena tgk dulu labu tu mcmana. kalau dah masak sgt, x blh nak campak sekali. Sbbnya takut nnt hancus sementara nak tunggu santan masak. Gula pasir dicampur sedikit dahulu dan cuba rasa semula slps labu dimasukkan. kerana labu tersebut akan mengeluarkan rasa manisnya dan akan mempengaruhi kemanisan pengat tersebut. Gula merah ditambah hanya untuk memberi mood warna pada pengat tersebut.

Masakan yang menggunakan santan mestilah dimasak pada api sederhana dan kerap dikacau kerana takut jadi tahik minyak. Dah x cantik pengat tu..:D . Ok boleh je cuba bila bosan2..

Thursday, March 31, 2011

Resepi update nnt...

Nampak seperti puding truffle tp resepi dia simple. Cuma nnt sy update yg betul2 nye seperti dlm majalah yg sy baca. X bawa plak kat opis hr ni..tunggu:D

Friday, November 19, 2010

Puding cocktail berkuah

Dah lama buat tp baru sekarang rajin nak menghapdet blog kuikuikui. Menu yang simple tapi anak-anak adam suka. Kebetulan pulak raya aidiladha baru ni biras MJ pun menyediakan menu yang ringkas ini..hehhe senang n sume org suka.

Resepi ni kakak MJ yang ajar. So, x de la exact measurement ye. Cuma anggaran2 sahaja. Puding cocktail berkuah MJ ni simple je. Kebanyakan resepi yang MJ jumpa, pudingnya di masak. Samada dengan mencampurkan tepung custard atau serbuk agar-agar. Tapi MJ punya stail x de masak2 de. Cuma kastard je MJ masak lain untuk dicampur bersama buah2 cocktail.

Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 cawan air masak (depends pada kecairan kuah yang digemari)
1 tin buah cocktail (ambil isi sahaja dan 1/2 cawan syrup cocktail tersebut)
1 tin buah peach (slice)
nata de coco (any flavor)

Cara-caranya:
1. Masukkan susu cair dalam mangkuk besar/untuk dihidang terus.
2. Campurkan air masak, isi cocktail dan syrupnya, buah peach, nata de coco dan kastad (rujuk resepi bawah ni)
3. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

Untuk Kastad:
1 cawan tepung kastard
4 1/2 cawan air
3-4sdb gula

caranya : Campurkan semua bahan dalam periuk dan didihkan sambil sentiasa dikacau sehingga likat. Api sederhana besar ye..klu besar sgt nnt kastard ketul2 n hasil x cantik. dah likat berkilat, masukkan dalam bekas dan biarkan dia mengeras. Setlah keras, boleh la potong ikut saiz kegemaran atau gunakan scope. campurkan dalam kuah cocktail di atas.

Option lain untuk kastad : MJ baru dpt idea masa gi umah biras (Munirah) baru ni. Beliau guna jeli yg dlm bekas2 cam mangkuk kecik2 tu. Lagi senang. Scope je terus tuang dalam kuah cocktail. Lagi senang.

Wednesday, October 27, 2010

Puding Caramel tanpa Telur

MJ x sure la mana dpt resepi ni sbb main copy, paste n save je file2 tu. Tp mmg sedap n simple resepi ni. Masak pun sekejap je. Kepada tuan punya, kalau ini resepi awak, minta halal sy share dgn yang lain-lain. Atau, ada sesapa terperasan resepi ni sama kat blog kekawan lain, bgtau ye. Minta maaf sesgt sbb x sengaja n terlupa nak copy sekali link blog tu@owner dia sekali:(

--> Macam dlm MYR, by firasyira tp dah ditukar sukatan 'senduk' ke 'sudu'..yg lain sume sama

Bahan-bahan ( 10 orang ) :
Bahan A (gula hangus) :
2 sudu besar gula

Bahan B :
1 bungkus agar-agar serbuk (7 @ 8 gm)
4 cawan air
2 ½ sudu besar gula

Bahan C :
1 tin susu cair (400ml)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla


Cara-cara :

  1. Hanguskan gula macam buat karamel untuk puding karamel yang lain.
  2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api, kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.

Friday, October 15, 2010

Pudding Triffle

Buat ni lama dah...tp baru nak post kat sini. Ramai sgt dah buat dessert ni. MJ je terhegeh2 nak buat..tp buat bekas comel2..konon nak bg anak senang makan..MJ C&P je dari blog nyonya malatops ni..nowwa. (Non, aku mintak ijin copy resepi ko ni sambil2 menambah trafic di blog ko hikhihkhik mekasih ye....)

Bahan-Bahan:

Swiss roll / kek coklat / kek buah (MJ guna kek coklat)
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotak serbuk jeli

1. Potong kek dan susun dalam mangkuk besar

2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
3. Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.


Cara membuat kastard :-

1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla [atas darat,meaning kacau dahulu dalam periuk baru di masak atas api].

Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.


2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-

Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

Thursday, June 24, 2010

Strawberry Yogurt Pudding

Cuti sekolah baru ni DH kebetulan off-duty on weekend. Kami x de la plan nak overnight di mana-mana. Cuma nak bawa anak2 jalan-jalan sahaja. Tempat pilihan masa tu Sg.Klah Hot Spring kat Sungkai atau pun Genting. Dua2 tempat hanya ambil masa 45 minit ke 1 jam je dari KL. At last, DH decide pusing2 Genting je la..
Masa nak naik tu, nampak la banner tulis Strawberry Park boleh plak self-pick. Disebabkan kitorg gi sana pun dah tengahari mcm malas plak nak layan game2 yg ada kat atas tu. So, MJ kata kat DH baik bw diorg buat aktiviti2 nature mcm tu. Petik buah strawberry..

Tgk nih..bestkan..berangan cam ladang sendiri hehehe..

Balik tu, MJ pun menggugel la resepi2 berasaskan strawberry yg anak2 pun blh join sekali buat. Jejak kasih MJ berakhir di rumah k.Ummi lagi...hehehehe...kak ummi copy dari MyR - Yani. Senang sesangat..anak MJ yg sulung ni la yg buatkan. MJ hanya tolong sukat2 dan bancuhkan gelatin je...bangga sungguh abg Kimi dapat hasilkan puding nih hihihihi...

Bahan-bahan ( 4-5 ):-
  • 250g plain yogurt
  • 150g strawberry
  • 50-60g gula halus
  • 5g gelatin
  • 3 sudu besar air (MJ guna air suam)

Cara-cara:-

  1. Campur gelatin dengan air. Ketepikan.
  2. Blend plain yogurt, strawberry dan gula.
  3. Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat. (Ni x buat sbb dah bancuh guna air suam)
  4. Masukkan gelatin ke dalam no.2 . Mix lagi.
  5. Akhir sekali masukkan puding ke dalam pudding cup dan sejukkan.

Thursday, August 13, 2009

Bubur jagung

Menu simple2..beli jagung tongkol 7 ketul RM2.50 je masa Pesta Konvo UPM baru ni...murah2 je sayur2, daging yang dijual dari Unit Jualan, Taman Pertanian Universiti..byk jugak la sayur2 yg aku beli...daging ngan ikan je aku x beli sbb itu 'bahagian' en.asben:D

Aku pelik, cucur jagung kimi n najmi makan..tp bubur ni langsung diorg x mo...mcmana bentuk butir jagung tu masuk dalam mulut diorg, mcm tu jugak la diorg keluarkan balik..adus..ok frens, xdak resepi no...hangpa bubuh saja semua yg hangpa nak masukkan dalam periuk. Curah santan, gula putih, gula merah sikit klu suka, daun pandan dan didihkan sehingga santan masak...kacau sekali sekali supaya x bertahi minyak..

Friday, July 17, 2009

Puding sagu

Semalam buka puasa ni la habuan aku..kebetulan Capt. Pait tido kat umah gara2 anak gadisnya sib baik x admitted kat Hosp. Putrajaya. Ni la akibat bila mak terlalu bersukaria kursus di Cherating, anak x cukup minum air..apo lah..Nowwa marah dia sikit hehehhe...

Buat ni semalam. Sume suka la kiranya..Dari anak sendiri sampai la anak sedara..mak2nya apatah lagi la kan..alhamdulillah balkis dah blh makan seperti biasa tp slow2 la..puding sagu ni plak sejuk n manis2 gitu...suka la budak2 kecik..mula2 aku ikut resepi, lepas tu aku ikut suka hati hahahaha

Bahan2nya:
250g sagu putih
daun pandan
pewarna hijau
2 liter air

- didihkan air + daun pandan + pewarna hijau
- Bersihkan sagu dan masukkan dalam air mendidih tu. Kacau sekali-sekala sehingag sagu berwarna jernih.
- Bila kesemua sagu dah jernih, tutup api.
- Curahkan sagu tersebut dalam tapis dan lalukan pada air utk membuang sedikit kanji pada sagu.
- Masukkan dalam bekas kesukaan dan sejukkan dlm fridge

Utk sosnya:
- 1 tin susu cair + 6 sdb gula (kalau suka manis tambah lagi atau sebaliknya) + 1/2 cwn air
- Didihkan sehingga gula larut.

Cadangan hidangan:
- Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan dalam mangkuk kecil. Curahkan sosnya.
Memang best & senang!

Monday, July 6, 2009

Puding Roti Marble

pagi ni sebenarnya bz. Maklumlah hari Isnin..tp aku malas nak buat keje...sakit kepala br balik dr hospital..panas kat luar tu..Aku C&P je dari FP Fiza..sedap...x tipu, baik try buat..confirm x nyesal..cara pun senang je...(aku edit sikit kuantiti bahan2 tu)

Susunan kuih ini tidak rancang ye..memang kebetulan terperasan corak itu..


Bahan:
•4 keping roti
•2 biji telur
•1/2 cawan susu pekat
•170ml susu cair
•1 sdb serbuk agar2
•1/2 cawan gula
•1 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
•3 1/2 cawan air
•2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
1.Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2.Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3.Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4.Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5.Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6.Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.


*Note:

Masa buat ni aku x de serbuk agar2..ada serbuk jelly je kat umah..so aku ganti dgn 2 sdb serbuk jelly. Hasilnya, puding tu memang lembut je masuk dlm tekak. Maybe sebab serbuk jelly yg aku guna kot..or memang hasilnya lembut walaupun guna serbuk agar2. Entah le...Korang try la. Makan plak masa dia sejuk2 baru kuar fridge...memang nikmat!Anak2 Adam ni semamangnya suka la sbb lembut n manis2..

Friday, July 3, 2009

Puding roti caramel

Sekarang ni susah betul nak bagi Kimi makan nasi. Dia jamah sikit je selebihnya dia akan ratah lauk2 yang ada. Tapi kalau buat kuih ke, dia makan laju la jugak. Cuma, kadang tu penat nak masak macam2 1 hari especially lepas balik keje dan mama yang ada beberapa jam sebelum masuk tido untuk settle sume keje umah..Demi anak-anak. Ni buat malam tadi..senang, cepat, sedap!

Resepi ni aku C&P dari umah kak ummi Kuantan. Mintak izin tepek resepi kat sini ye kak ummi.


Bahan-Bahan:-

Bahan A

1/2 cawan gula - dicairkan buat gula hangus dan tuang dalam loyang kukusan yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dulu. Ketepikan.


Bahan B:-

1 buku roti (*ummi guna 10 keping roti Gardenia)[Aku buat separuh je sbb masa tu ingat 10 keping tu cam byk je hasilnya]

1 tin susu cair (*ummi guna Ideal Nestle) [Aku guna separuh tin shj]

1 tin air buah dan fruit cocktail/peach [Aku guna separuh tin shj]

2 biji telor [Aku guna sebiji je]

1/2 cawan gula [Aku buat 3 sdb]

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar rata tepung kastad [aku bubuh 1 sdb]

Hiasan:-

1 tin buah koktel/peach (*ummi guna peach je) [gue pun guna peach gak hehehe..tu je yg ada kat umah]

Cara-caranya:
Panaskan kukusan. Gaul rata semua bahan B kecuali fruit cocktail dan tapis (*aku blend sampai hancus sume). Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang diisi gula hangus tadi. Tutup loyang dengan plastic glaze nipis (cling film). [aku balut penutup kukus je ngan kain]. Kukuskan selama 30 minit. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit. Terbalikkan dalam pinggan dan susun peach atas puding. Masuk fridge n makan masa sejuk2..

Monday, May 4, 2009

Taufu fa

Percubaan kali ke-2. Kali pertama aku try guna resepi yg aku attend class tp x jadi sgt. Hampes tul. Jadi cam lembut sgt. Bila nak scoop dia hancur terus. Ni resepi jumpa kat blog sapa ye...x ingat la...byk sgt melawat blog org...ishhh cam mengular je kat opis kekekeke...Mandak ni antara dessert yg blh dibuat nnt ye..simple je..confirm mak mertua teruja wakakaka...

Aku ubah sikit2 dr resepi asal. Ok la, menjadi...kimi punya favourite. Kalau gi pasar malam mesti beli..tp sekarang mama boleh buat sendiri, kimi leh makan puas2...:)

Bahan2nya:
300g kacang soya (rendam selama 5-7. Jgn lebih nnt dia akan serap air yg byk)
2 liter air
2 helai daun pandan
2 sdb tepung jagung
1 sdt GDL (GLUCONO DELTA LACTONE)
1/2 cwn air masak

- Bersihkan kacang soya dan blend dengan 2 liter air. Perahkan dengan menggunakan tapis kain (macam mamak selalu tapis teh tu)
- Masukkan dalam periuk dan masukkan daun pandan. Didihkan dan kacau sekali sekala jgn sampai meruap. Api sederhana.
- Sementara itu, bancuhkan tepung jagung, GDL dgn air masak. Curah dalam bekas yg akan kita gunakan utk bekukan taufu fa nnt.
- Setelah air soya mendidih, angkat dan curahkan di tengah2 bekas yg berisi bancuhan tepung jagung tadi. Teknik mencurah bermula dari bawah tarik ke atas. Macam style teh tarik tu. Jgn cedok sikit2 n curah..x jadi..kena curah semua sekali harung..hati2 periuk panas.
- Jgn di kacau atau digoyangkan campuran itu. Jika ada buih terhasil apda permukaannya, cedok dan buang. Biarkan seketika

Air gula
1 cwn gula
2 cwn air
daun pandan

- Rebus je sume2 tu. Kalau nak letak perisa/pewarna pun boleh masa ni. Kacau je. (Hari tu aku guna pewarna kuning dan perisa jagung)

Note:
1. Kalau nak bg taufu fa tu nampak berkilat, masukkan seketul/2 gula batu masa didihkan air soya tu.
2. Scoop sebaiknya guna sudu yg nipis atau khas utk scoop. barula bentuknay nampak smooth je bila hidang. Tp aku pun x de, tu yg nampak rupa cam tu..tp x pe, kimi x komplen..

Tuesday, December 23, 2008

Puding tapai berkuah

Hari minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti memasak. Bermula dari rumahku membawa ke rumah Capt. Pait. Atas permintaan suamiku itew, menu pencuci mulut ini aku sediakan utk kawan2nya di workshop disamping ikan siakap sweet sour, ayam goreng, sambal udang, sayur.


Resepi ini aku copy dr blog K.Ummi, Kuantan.

Bahan2 puding:
6 ketul/sebekas tapai ubi (saiz bekas tau fu fa yg beli kat pasar mlm tu)- buang empulurnya
600 ml fresh milk
1 biji telur
1 1/2 sdb tepung jagung
1 sdt esen vanila
pes pandan/pewarna hijau

* Blend je sume diatas, masuk dalam loyang, tutup loyang dgn foil paper utk mengelakkan wap air jatuh dan kukus dlm 20 -30 minit. Sejukkan

bahan2 kuahnya:
1 tin susu cair
2/3 cawan gula
1/2 cwn air
daun pandan - simpulkan
esen vanila

*campur sume dan masak atas api kecik sehingga gula larut

Bila puding dah ready, skopkan dlm mangkuk kecik2, curah kuah. Sedap dimakan lepas kuar dr peti sejuk.