Thursday, February 21, 2013
Bercuti ke Universal Studio 2012 Part 1
1. Tiket:
- MJ cari ni dulu sbb klu ko x confirm bila nak gi, benda2 lain ko x leh nak deal/confirm.
- Officemate MJ suggest menggunakan perkhidmatan encik ni. Hazmin kat link sini http://blog.hazmin.net/ atau pun melalui fb agensi beliau https://www.facebook.com/serumpuntours.
- Encik ni beroperasi di Bandar Tun Razak/Cheras. klu x salah. So, dia siap hantar tiket sampai umah sy lg. Suke tau sebis gini:D
- Harga tiket (MASA TERSEBUT...in future. klu harga naik, jgn salahkan blog MJ ni:D )
Dewasa : RM170
Kanak2 : RM130
- MJ pergi 3 dewasa n 2 kanak2 (umur 7 & 5 thn), baby free
- Perlu diingat, tiket masuk ke USS ada season - peak season, normal season klu x salah. So, MJ rasa tu harga tiket normal kot...
- Sekali dgn tiket tu, En. Hazmin sertakan map kawasan USS. Blh la plan nak gi mana dulu. MJ dulu x plan sbb mcm x faham sgt mana nak start. Bila dah balik hotel, baru la - patutnya kita gi sini dulu, pastu br sini, kemudian ke situ..biasalah...ayat2 penyesalan.
- Nak je suggest, masuklah tempat transformer dulu sbb klu dah lambat q berjam2 ok..hampir 2 jam..mampu?
- MJ x pilih express tiket. Express tiket ni, mahal sikit dr tiket biasa tu. Kelebihannya, ko x yah beratur panjang2/lama2...terus je kat lorong express tiket n potong q. Nikmat kan..tp kuar la lbh sikit:D
Ni MJ scan map yg kami ambil terus dr USS. Kemudian nnt br kita gi satu per satu ye
2. Penginapan
- MJ survey bbrp hotel di kawasan JB dan cuba juga menggunakan government rate (sbb staf gomen). Tp agak susah nak dptkan dan harga masih tinggi.
- Akhirnya, MJ pilih Tune Hotel Danga Bay, JB. Blh check n try2 kata sini http://www.tunehotels.com/my
- MJ ambil 2 bilik, 3hari 2 malam..Hari pertama sampai, 23 Dec.., esoknya 24 Dec masuk singapore, balik tu x kan nak terus gerak ke kl...serius..letih..lusa 25 dec baru check out.
- MJ pilih aircond 12 jam shj/room (sbb sure x dok je dlm bilik kan..mesti mau pusing2 JB), toiletries x ambik (bw je la towel sendiri, berus gigi sendiri, ubat gigi sendiri...x rugi aihhhh), tv&wifi x ambik
- Harga utk 2 bilik spt berikut :
2 rooms x 2night x 12hrs aircond= RM371.52
3. Pengangkutan - JB-USS-JB
- Klu ikutkan, blh ambil sekali bas dgn tune hotel. So, masa selection, blh pilih return bus. Tp MJ x ambik memandangkan kami dtg dgn anak2 kecil yg tetiba blh buat mcm2 hal - nak gi toilet la, lambat bgn pagi la, nak tgk itu ini, singgah sana-sini.
- MJ juga diberitahu di bahagian Imigresen Singapore, kalau naik bas, kita semua kena turun utk pemeriksaan passport. Bas akan tunggu ke depan sikit (agak jauh dgr2nya), lps tu bila SEMUA penumpangnya passport ok, br blh gerak. Which mean, klu ada sorg yg problem, korg kena tunggu la kat dlm bas tu sampai dia settle. Klu bergerak dgn kereta, hanya bukak tingkap & serahkan passport..tunggu dia confirm, pastu terus jalan..tp klu muka mcm penjenayah, pecah rumah ke, maybe la kot kena keluar kereta utk diperiksa detail.
- MJ x bawa kereta sendiri sbb ada info kata kena bw geran la, pastu 1st time masuk klu kena speed trap kat sana/sbrg saman, kena clearkan masa nak keluar tu. So, nak kena pikir extra money pulak kan nak kena standby, incase kena saman. Pastu kalau kereta kita mencurigakan, pemeriksaan imigresen mereka sehingga bawa masuk anjing utk cek...ha kau...najis mughallazah la plak kan...x mau2...kang nak samak seat lg, cuci bg kering lg..kos ok kossss... Ni semua penyewa kereta tu la yg bgtau. Tp mmg nampak la mcm bilik kat tepi lorong imigresen tu. Bilik anjing2 pengesan.
- Alasan yg buat MJ x ambik bas juga, sbb waktu baliknya pukul 7.00 mlm atau 8.30 mlm. Kot anak2 x larat, x kan nak gi ambik teksi pulakkan nak balik dr singapore. Maybe blh ambil tiket one-way. Klu tiket return, agak rugi di situ.
- Memang kos bas lbh murah dari kereta sewa, tp atas sbb anak2, kami rela korban sikit duit utk keselesaan mereka.
- Untuk transport, MJ ambil MPV, naik Grand Livina, kos sbyk: RM300 (return). Org ni x de blog/website...MJ jumpa msa rayau2 page sapatah...puan anyra yg membantu. Ni pun Mrs.Google MJ hehehe..sgt membantu.Ok, contact no En. Ayim - 012-7549101. Dia juga turut menyediakan perkhidmatan bas...kot2 sapa yg nak buat dlm kumpulan yg ramai.
Nota :
- Jgn takut utk bercuti lps tgk kos2 ni. MJ sendiri keluar duit secara berperingkat. Bkn sekali gus settle semua. Contohnya, utk tiket MJ book n byr bln september..hotel bulan oktober dan kereta sewa, MJ buat bulan november (deposit shj, itu pun RM50 je. Hari nak pergi tu br bayar habis masa dia hantar balik ke hotel).
- Kanak2 akan lbh enjoy klu kita bg review sikit character2 yg berkaitan - shrek, madagascar, transformer, kungfu Panda...dll...sbb bila diorg nampak dgn mata sendiri, mereka lg enjoy. Dan ayat2 begini akan keluar - macam kita tgk kat tv tu kan...eh comelnya 'benda' ni...ni ke yg dalam cite tu...haaa seronokkan layan anak2..luv them much!
Thursday, November 8, 2012
Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 5)
MJ mcm x 'mampu' nak ambik gambar kat situ hahahaha mcm org bangla gi melawat mydin pulak nak ambik2 gambar dpn pasaraya khennnn..so, x de gambar ye adik2...MJ gi situ hanya borong coklat beratus-ratus....ha tu nak kata aku riak la tu..ratus2 bijik je..senang nak tabur kat org2 yg jaki kat kitorg gi melancong hahahha...x de la, gurau je.
Lps selesai borong coklat, masing2 dah bau bacin, kitorg teruskan perjalanan ke aprtment sewaan kami. Mandi2, rehat n solat maghrib+isyak..Lps tu, keluar makan sbb anak2 semua dah kebulur..Lepas makan, kami terus gerak ke Pantai Chenang.
Bila sampai situ, MJ mcm x percaya situ tempatnya..sbb sgt 'hidup'. Gerai2 brgn kraf dan cenderahati disusun kemas. Terselit gak restoran2 yg berlanskap mewah. Rasa mcm jln2 kat Bukit Bintang, KL pun ada gak, mcm Kampung Baru pun ye gak..sbb happening la tempat tu. Org ramai la jugak time tu. Kitorg beli la sikit souvenir utk kawan2 di office (yang bertungkus-lumus cover kerje kitorg hehehhe).
Ada 1 je gambar family MJ kat depan sebuah kedai cenderamata...
Tgk tu..kuar jln pakai baju tido je budak2 tu..tp x rasa gayat pun ahahahha...
Dekat pukul 11pm, kami bertolak balik ke apartment sbb semuanya dah lemau. Esok tu kena pack utk pulang ke KL..Ok ye, sekian shj persembahan kali ini yg bertajuk Bercuti ke Langkawi 2012...Byk tmpt x gi sbb MMG X CUKUP 3D2N kalau ke Langkawi (if with kids)..percayalah...dataran lang, telaga tujuh, underwater world (mas ni diorg tgh buat construction), Kampung Ayer Hangat, Galeria Perdana, MARDI (tmpt ni Mj nak gi klu ke sana lain kali...sbb dirog kata blh mkn produk MARDI free2...ko x tau produk MARDI? ish ish ish...sila gugel:D)....
Thursday, November 1, 2012
Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 4)
Kereta Kabel, Gunung Mat Cincang
Setelah puas berpoya2 di Makam Mahsuri, kami meneruskan perjalanan ke cable car. Masa tu dah petang n org x ramai sgt. So, x de la nak q beli tiket lelama sgtkan. Kawasan tu pun dah makin cantik. Dibina kedai2 ala2 bandar koboi gitu. Ada kereta kuda utk kanak2 menunggang (di bawah pengawasan pelatih), pastu yg berpenarik utk family. Harga tiket cable car MJ x sure sbb MJ n family free sbb my DH staf SPNB. Rasanya dalam RM15 untuk dewasa (dgn Mykad ye tanpa Mykad dekat RM30 kalau x salah), kanak2 MJ x sure.
Untuk menaiki cable car, minuman/makanan mmg x dibenarkan bw masuk.Ada rak barang disediakan untuk meninggalkan semua tu. Dah naik cable car tu, dia ada 2 stage. Naik la sampai stage akhir. Kat atas tu pemandangan sangat menarik. Nampak terus Pulau Dayang Bunting (depa kata la kan, kot tu bukan, ngan MJ2 sekali kena cong). Kawasan atas sekali juga ada jual2 air/mknn..so, jgn risau kebulur ke hapa ke. Tp harga up sikit la kan sbb 'risiko' nak bw naik tu kikiki...Mmg gayat sbnrnya bila cable car tu berenti tgh2 hutan pastu terbuai2 sikit bila angin tiup..Berdebar2 gak tp control sbb bw budak kecik dlm tu..kang mak dia jerit2, anak2 lg meroyan okey:D.
Perangai manusia yg MJ rasa uncivilized bila x leh tgk batu ke, papan ke..mesti nak tulis ' I waz here', I luv u, u luv me..cukup meluat la. Zaman dah moden pun ada lagi manusia2 zaman batu ni ye. Habis semua barang public korg nak conteng, nak tarah.Geram betul...mcm nak jentik2 je tgn tu klu MJ nampak. Sib baik x nampak tau..klu tidak.........ok meh layan gambar yg x berapa byk ni.(Aku malas nak belek setiap memory kad..nnt lagi berjaman la cite ni nak abis)
Sebelum pulang, sbb masa tu dah petang sesgt...kami solat dulu di situ. Jamak je..Ingat, jalan2 gak..suruhan Tuhan jgn dilupa..:D..Kemudahan surau pada MJ sgt selesa n bersih. Keluar dari surau, hujan renyai2...maka berlari2 anak la kami menuju ke van kami.
Ok sambung nnt..nak uruskan hal2 dunia nyata ni dulu...ketemu lg..daaaaaaaaaaa
Monday, October 29, 2012
Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 3)
Makam Mahsuri
Tiket dewasa:RM5.00
Tiket kanak-kanak :RM2.50
Di dalamnya terdapat rumah tinggalan keluarga Mahsuri, Panglima Hitam, lps tu umah sapa tah (x ingat)..dalam rumah mahsuri tu masih kekal mcm dulu. Cuma ada satu rumah ni milik sapatah x ingat, dalamnya dihias menarik. Ada replika manusia seperti saat2 mahsuri hendak dihukum. Siap sound gegak gempita bagai hehehe...jadi seram pulak masuk rumah tu.
Kawasan luarnya ada perigi. Masyarakat Melayu yang masih mempercayai 'kuasa air'. MJ berselisih dgn kumpulan makcik2. Dialog yang sempat ditangkap, "Air tu ko basuh muka. Insya-Allah muka ko lambat kedut'...tp bila MJ pandang muka yg bercakap dan yg tukang dgr perckpan tu...Allahuakbar, bw2 la insaf makcik hehehe...eh x kata apa, cuma mahu mereka sedar, kedutan tu semua adalah peringatan dari-Nya sahaja:D.
Kami bawa juga anak2 ke perigi tu untuk mereka lihat sendiri cara org2 lama mendapatkan sumber air. Diorg pun basuh muka gak hehehehe tp diberitahu utk rasa 'kenyamanan' air dr dlm tanah tu. Kawasan perigi tu pun dah dipulihara. Elok bersimen n bermarmar. Tepi2 perigi tu masih lagi nampak kehijauan sawah padi.
X jauh dari situ ada gerai2 jualan kuih2 melayu yg dibuat secara 'live'. Menarik tgk cara lama menyediakan kuih karas. Sambil bersila akak tu menggoyangkan bekas berisi adunan untuk membuat kuih karas. X de gambar ye adik2..leka tgk sampai lupa nak snap pic. So, sila dtg ke Makam Mahsuri.
Keluar dari Makam Mahsuri, masing2 dah kebulur, kami naik balik kereta utk ke kedai makan x jauh pun dari situ. Cuma, panas n dah letih nak jalan, naik la balik keta. Kedai makan berderet tu ada juga terselit kedai yg menjual barang2 hiasan, pakaian, cenderamata dll. Lps selesai semua, kami beredar.
Layan pic sebelum ke destinasi seterusnya..
Gambar lain x sempat nak cr sbb camera byk sgt hahahha..opps bukan tamak haloba okey..kamera enpon, kamera digital, kamera tablet :D..
Tuesday, October 23, 2012
Bercuti di Langkawi 2012 (Part 2)
Sampai di apartment sewa kami, sarapan n bersiap utk mulakan perjalanan mengelilingi Pulau Langkawi. Tempat2 yang ingin dituju telah pun dibincangkan bersama adik-beradik mlm sblmnya. So, pg tu x de la buang masa br nak tgk map utk ke sana sini. Ooo jgn lupa, beli map/dapatkan map Langkawi sbb senang nak tau apa yg plg dkt dgn tmpt kita menginap, ke mana tmpt yg nak dituju dll. MJ x perasan abg MJ beli kat mana tp rasa kat Jeti Langkawi tu mmg byk kedai2. So, cr la kat situ.
Bird Paradise Wildlife Park
Ni pada MJ tempat baru. Sbb dulu2 MJ gi (last tahun 2003 klu x salah) belum ada lagi tempat ni. Tempatnya sgt cantik terpelihara. Ada kafe di sudut kanan meghala main entrance. Mula2 beli tiket dulu...
Tiket dewasa : RM12.00 (Tunjuk Mykad ye br dpt harga ni)
Tiket kanak-kanak : RM6.00
Tempat ni sgt luas (ke dia pusing2 MJ rasa luas hahahaha). Sejuk je kat dalam tu. Boleh bw stroller klu mahu cuma ada tangga sikit2 blh la bw baby tu lompat2 sikit:D. MJ prefer sling carrier je sbb senang nak hangkut n main sumbat je dlm handbag. X menyusahkan nak usung sana sini.
Kat sini, kanak2 paling enjoy rasanya. Sbb disamping melihat haiwan2 di situ, mereka blh memberi makanan kepada haiwan2 di situ. Makanan haiwan utk dibeli ada dijual di situ. Murah je MJ rasa. Kat situ bkn sekadar ada semua spesis burung, tp ada juga buaya, ular, kambing, keldai...errr zirafah, gajah sume MJ x nampak lak..yg comei2 je byk.
Gambar ni di kawasan lobi. Ada diletakkan haiwan2 yg comel ini. Anak2 blh menyentuh terus/ bergambar dgn haiwan2 ini. Ada bbrp staf yg bertugas di luar ni utk membantu atau menyelamatkan keadaan hahahha..budak kecik dah nampak haiwan2 gini mereka blh menjadi rakus...takut....:D
Di dalamnya, kita akan di sambut dgn kebisingan mulut burung kakak tua. Huuiihhhh sgt riuh n tetiba rasa kita mcm duduk sekali ngan dia dlm hutan hahahha..
Kat dalam kawasan ni ada gak 'batu yang diukir' dgn tulisan cina yang melambangkan sesuatu..kami pun menyelit lah hehehehe...
Ok, tgk2 dulu gambar..nnt MJ sambung lg ye..nak buat keje sikit..
Friday, October 19, 2012
Bercuti di Langkawi 2012 (Part 1)
Kali ni x mo update pasal makanan. Tp trip Mj yang dah basi ni. Kebetulan ada sorg 'silent reader' ni...silent la sgt kan...nak survey pasal trip ke Langkawi sbb dia nak gi bercuti x lama lagi. So, Mj yg dah ingat2 lupa ni pun akan berusaha utk meng'update' cerita basi ni. Kos semua, insya-Allah MJ akan cuba dptkan resit2 yg masih tersimpan n x masuk washing machine hehehe..
Asalnya trip ni untuk Family Day outing keluarga MJ. Tp last minute, ada 3 family je yg available utk pergi. So, organizer (x yah toleh kiri kanan sapa org nye...i la), x leh nak tunggu lama sgt utk confirmation sbb nak book hotel n kereta sewa.
Kami bertolak dr Serdang terus ke Sg. Petani. Menziarah anak2 saudara MJ yg masih kecil tp telah kehilangan ayah (abang MJ) pada usia mereka dlm lingkungan (8-9 thn). Bermalam di rumah Mama & Ayah Qaish (oh ini rumah ipar bukan rumah tumpangan ye mahu pun homestay..so ni x termasuk dlm travel log ahkak)..tq ye my SIL & BIL. Sebelum bertolak ke Langkawi, perkara yg MJ buat:
1. book hotel (3D2N)
-> Hotel
-> 1 unit apartment 3 bilik = RM350 (Harga apartment shj. X de b/fast, towel, toiletteries etc.)
-> pilih ni sbb tu je yg ada, muat utk kami sekeluarga n murah time tu
-> dlm 10 minit drive dr jeti langkawi
-> contact no : refer bawah ni
++++++++++++ Kat bawah ni copy sebiji sebijat dalam email+++++++++++++++++++++++
Check in time: 1 tengahari
Check out time:12 tengahari
Apartment @ 250.00 sehari
1 apartment x 2 hari x 250.00= RM500.00
Bayaran deposit sekurangnya RM50.00 untuk mengesahkan tempahan ke akaun
PUBLIC BANK 3987689905
RK SRI LEGENDA ENTERPRISE
*** Deposit tidak dikembalikan jika pembatalan dibuat kurang dari 48 jam dari tarikh tempahan
Sms jika telah membuat deposit dan simpan bank in slip sebagai bukti semasa check in nanti.
Tuan/Cik/Puan boleh lawati blog saya untuk rujukan >>>
http://penginapanlangkawilegenda.blogspot.com/
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
* Bilik kami x berkisah sgt. Asalkan dpt tido sbb gi sana bkn nak tido je tp nak layan anak2 berjalan. So, klu nak lbh selesa, cr la hotel2 yg berbintang2 tu :D
2. book rental car (urvan 14 seater) (3D2N)
-> van dia bersih
-> service bagus. Kita sampai je jeti terus dia call bgtau tunggu kat mana.
-> pakai diesel je. so jimat la bab minyak
-> contact no :01116570608 Siti Roziah
-> harga :RM250
Option lain: pihak hotel kami menginap tu pun sediakan car rental..blh call ->
++++++++++++++++++++++++++Copy dari email tu jugak ++++++++++++++++++++++++++
Jika tuan/puan memerlukan kenderaan untuk disewa tuan boleh hubungi 0175027375 (Zahir), 0174197003 (Shidee) atau 0107993835 / 0142471756 (Mohamad), 0125339143 (Kak Sham)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
nota badan : maklumat di atas tidak dibayar oleh mereka2 yg terlibat. So, jgn risau. I am not making any biz here:D
Sehari sebelum bertolak ke Langkawi, kami merayau2 ke Jeti Kuala Perlis. Utk survey parking cemana, tiket cemana. Mmg akan nampak ramai org naik motor n melambai2 tanya "tiket feri ka, bang?". Mula-mula takut gak nak beli sbb takut kena 'kapur' tp kami memberanikan diri tanya n mintak dia book. Sbb dia kata, x yah bayar dulu, nnt dah nak bertolak esok n sampai kat jeti call dia n byr total cost.Parking sume dia yg uruskan kat mana. Kita bawa je keta sampai tempat dia tunjuk n park. Jgn lak bg kunci kat dia. Arrr baca2 sikit kot takut hilang ke, kena kopak ke...:D
Harga Parking : RM10/day
Harga tiket : Dewasa : RM36 (2 hala)
Kanak-Kanak:RM26 (2 hala)
Pukul 11 pagi sepatutnya kami kena naik feri di Jeti Kuala Perlis. Tetapi, kalau dah bw anak2 kecil, kemudian ayah MJ yg tidak sihat n susah nak bergerak cepat...makanya, terlepaslah feri time tu. So, call brader tu balik minta tukar time. Kena denda ok...Dlm rm20/total tiket...bkn per tiket ye. Per total. Disebabkan kami sampai awal sikit dr time yg baru (12.30pm), kami lepak2 jap di Masjid Al-Hussin, Kuala Perlis. Sgt cantik n damai masjid tu. Anak2 meriah la berlari sana sini.
So, pukul 12.30 kami naik feri terus ke Langkawi. Feri tu berenti 2 tempat. Tempat pertama, ko jgn turun..bukan tu Langkawi. Tunggu dulu dlm feri tu (dia bot sebenarnya tp suka la i nak panggil feri). Layan angin laut..pastu next stop br la turun. Lupa nak info. Kalau bawa warga emas/x berupaya/sakit kaki/gout hahahha, boleh dptkan wheel chair dr unit pemeriksaan tiket. Kat bahagian dalam ruangan menunggu sebelum keluar ke arah bot. Sebab jauh jugak la dr tempat menunggu tu nak ke feri. Kesian pulak diorg nak jalan jejauh. Ok...nx post kita story bila dah sampai Langkawi ye.Daaaa
Thursday, March 1, 2012
Bercuti ke Bandung, Indonesia (Part 3)
Kat atas gunung tu ada kawasan dataran gitu. Ramai org meniaga. Penat nak layan. Harga yg dr IDR 50 000 diorg 'tawarkan sendiri' sampai IDR 10 000:D. Punya la nak kita beli. Kesian pun ada. Tp takut kang beli kat sorg, habis pulak kena hurung. So, kitorg x beli2 pun. Diorg akan offer gak utk ambilkan gambar kita. Blh la sedekah/byr upah kat diorg ni. Mmg manis la mulut diorg melayan kita sebagai tetamu. Tp jgn lupa upahnya buk!. Kawasan situ sejuk gak la. Sib baik anak2 MJ dah siap2 pakai bj sejuk dr hotel. Mmg dingin n nyaman gitu. Org Malaysia? Puuhhh bersepah kat situ. Kang tgh nak ambik gambar, "tumpang lalu jap dik"...eh bhs kita. So tanya, dr mana kak...Perak..Shah Alam...etc.. Memang ramai org kita yg bercuti. Pak Ugih kata mmg bulan Nov n Dec, org Malaysia ramai ke Bandung..Iyaa apa lagi maunya...sopping sampei kering poket tu..Ok, bg mereka2 yg x tau nak bw brp hengget ke sana kan..x kisah klu bw sikit. Sbb di Bandung ada CIMB Niaga. Blh je withdraw di mesin ATM di sana. Paling hebat pun org CIMB Malaysia akan call untuk confirmkan pengeluaran tu dan tanya brp lama lama kita di sana. Jgn lupa aktifkan roaming dr Malaysia ye. Takut nnt CIMB nak call utk confirmation, xdpt call, diorg suspend plak akaun. Byk lak hal blk KL nnt.:D. So, jgn risau klu agak2 nak shopping mcm gaji riban2 masuk hari2 dlm akaun hehehhe..Ko ckp matlamat gi sana nak shopping kan..aku bg idea je kot2 ko risau cemana klu x cukup duit..Apa2 pun, berpadalah bila berbelanja:D (En. suami, percayalah isteri mu ini sedang berkata2 ayat2 murni itu huhuhu...)
Selepas puas pusing2 n posing2 di situ, kami pergi ke Strawberry Park. Kami tidak singgah ke Kawah Putih kerana keadaan yg sejuk n baby MJ dah start sesema bagai. Di situ aktiviti mcm di strawberry farm kat sini, petik2 buah, beli2 jus n jam dan beli buah soberi la. Harga murah dr tmpt kita la, opkos... Sementara MJ memilih2 buah, hero kami yg 2 org lagi dok layan naik kuda. Setelah hasil petik ditimbang n bayar, kami semua dpt free strawberry blended. Kecik pun cawannya tp sgt sedap. Manis gitu. Pulang dari situ kami menghala balik ke arah hotel.Otw balik, kami singgah di Rumah Mode. Pada MJ sapa yg nak shopping bj2 branded tp dgn harga yg berbaloi, blh la tgk2 kat sini. MJ x minat n dah penat pun ye gak. So, x berenti lama pun kat situ. Ambik2 gambar je kat kawasan dia sbb dekorasi tempat tu sgt cantik. Nyaman! Selepas selesai di Rumah Mode, kami dah start kebulur. Tp niat di hati nak panjat lg Pasar Baru tu n borong kain ela puas2 lg. Kami meneruskan perjalan ke Pasar Baru. OTw ke Pasar Baru, kami singgal di 1 mall apatah x hengat. Ada outlet Kartika Sari yg glem dgn browniesnya. Sgt ramai org membeli. Berkotak2..Wah mataku pun rambang. Semua nak tunjuk. Semua nampak sedap. Harga pun murah! Gilak gilak...Bila niat berenti tu nak beli tu je, so habis beli brownies mcm2 perisa, cheeasy stick la bagai, kami terus ke Pasar Baru utk memborong kain lagi n lunch di Food Court situ shj.Satu yg MJ x gemar kawasan Pasar Baru ni. Wpun tempatnya berhawa dingin, tp org2 di situ meraokok dlm ekon. Mula la rimas bau tu bercampur dlm ekon. Dan agak menakutkan bila mereka merokok di kawasan yg padat dgn baju2. Sgt mudah terbakar..hayooo knp la begitu. Setelah membeli belah...lagi (tihtihtith)..kami makan menu mcm biasa...seperti yg tertera di gambar. Senang nak tau apa benda akan ada dlm pinggan nnt hehehe. Sgt sedap. Apatah nama mknn dia tp ada ayam kampung bakar la...mmg x tau nak ckp cemana sedap tu. Selesai makan2, kami terus menuju kembali ke hotel. Sgt penat, sakit kaki tp hati manyak senang lo:D:D...Balik hotel, rehat2 jap n packing brg bg muat2 luggage hehehe..mlm gi kuar mkn lg.. Esoknya kami bertolak dr hotel ke lapangan terbang. Brg kami yg berkotak2 di 'offer' pak kastam utk dibalut. Tp byr je brp sen tah. Senang nak loading dlm kargo n x susah masa nak collect klu bersepah2. Pukul 12.30 flight tiba n kami bertolak meninggalkan bumi Bandung.
Overall sgt2 berpuashati dan selesa w/pun berjln n shopping dgn baby yg br berumur 6bln++. Perjalanan yg jauh melihat tempat org buat MJj rasa sgt bersyukur berada di negara sendiri n keluarga yg sederhana. Kepayahan n kesanggupan anak2, ibu2 dan org2 tua di sana menyara hidup mereka sgt menginsafkan. Sedey woo tgk anak2 kecil minta sedekah di tepi2 jalan sambil ketuk2 cermin kereta. Bila lampu merah je, keluar la mereka menghampiri kereta di tgh2 jln. Adus sgt trajis. Apa sahaja kerja yg boleh mendatangkan duit, mereka akan lakukan. Alhamdulillah, bersyukur dgn segala nikmat dan rezeki yg Allah berikan pada kami sehingga hari ini. Hujan emas di negeri org.....
Thursday, February 9, 2012
Bercuti ke Bandung, Indonesia (Part 2)
'Pagi-pagi' lagi kami dah keluar sarapan dan sarapan disediakan oleh pihak hotel budget kami. Menu yg free - mee goreng, nasi goreng, air teh, teh susu, kopi, kopi susu. Mereka di sana tidak panggil teh 'o tu, teh yg x bubuh susu. Tapi Teh sahaja. Kalau nak yg susu, ckp terus, Teh susu..dah korg jgn gi gaduh plak ngan waiters kat situ klu dpt air lain dr yg korg ckp. Nak buat cemana, masuk kandang kambing, mengembek le :D Walaupun, nasi dan mee goreng shj yang disediakan, semuanya sedap di tekak kami.Dalam pukul 8.00 pg gitu, supir kami , Pak Ugih telah sedia menunggu. Tempat pertama yg dibawa Pak Ugih adalah Pasar Baru..Sepanjang jalan ke PB, MJ perhatikan jalanraya mereka sgt sesak n padat. Bunya hon bersepah2 sana sini. Pening. MJ rasa ngeri gak klu stering keta Pak Ugih tu di tangan MJ. Woh mau mulut aku ni x diam bersungut, menyumpah tgk kenderaan yg penuh n bersesak2 tu. Walaupun begitu, MJ tidak nampak sebarang pergaduhan/kemalangan di jalan2 di situ. Pelik pulak. Kalau tgk org2 yg bw motor ,terutamanya, mmg rasanya mcm byk sgt kemalangan kita akan jumpa tp MJ x nampak pun sume tu jadi kat situ. Hebat ek diorg ni hehehe.
Sampai di PB, MJ rasa nak pensan..bukan sbb panas ke, x cukup makan ke apa..tp umangaiiiii byknya 'perkara2' yang boleh mempercepatkan aliran keluar IDR kami. Tempat tu lbh kurang mcm pasar Siti Khadijah Terengganu. Cuma, di situ sgt sesak dan padat cara peniaga2 mereka menyusun barang. MJ ikut petua Ahkak Nowwa, Jgn lupa tawar harga...heheheHabis memborong - kain ela manik, kain sulam, telekung, t-shirt, seluar jeans, baju baby,Pak Ugih membawa kami ke Restoran (ala lupa plak nama dia). Ni sbb dah lapar, tu yg x tgk dah sume tu. Restoran dia bersih n selesa. Apabila menu diserahkan pada kami, ha kau apo bondo den nak mentedarah ni..Ada antara perkataan dia mmg kami x faham, jadi order mana yg ada dlm gambar shj le :D.. Nasi timbel komplit setiap seorg dan jus mcm2 kami order hehehe.. Sementara tunggu menu yang kami order siap, datang la sorg akak ni bawa sepiring otak2. Ko jgn ingat free Senah oii.. Tu x termasuk dlm set ye Senah. Byr ok? Dlm sebakul tu ada 20 keping kalau x salah. Selepas kitorg dah membaham semuanya, kemudian convert ke RM, woh sebatang RM1++. Emmmhhh terkena plak ek. Kat sini br 50-60sen je..X pe la achik x kisah, sbb sedap hehehe.
Setelah kenyang, kesemua ahli keluarga MJ dah keletihan sgt. Walau pun, Pak Ugih masih menawarkan tempat2 lain utk dibawa, SUMPAH AKAK DAH PENAT SHOPPING! Byk factory outlet sepanjang perjalanan pulang kami ke hotel. MJ dah mmg x lalu nak membeli sbb penat, hanya merelakan mata utk tgk2 offer2 yg ada. Kebetulan pula waktu itu hampir dgn sambutan Krismas. Lagi la meriahnya sale. Akhirnya, kami surrender dan minta dihantar ke bilik. Balik bilik bukannya terus tido tp biasala pompuan, mesti belek2 brg yg diborong hehehhe..ok sambung ke Part 3. Panjang dah entry ni.
Friday, February 3, 2012
Bercuti ke Bandung, Indonesia (Part 1)
Kami memang x pernah membawa keluarga keluar dari Malaysia. Zaman bujang dulu merasa la. Tp itu pun atas alasan kerja (semua diuruskan oleh department). Jadinya, byk ilmu perlu diperolehi sblm berlepas. Mujur ada kawan MJ yg sorg ni. Kaki melancong hehe..Mekasih Nowwa yg byk ajar itu n ini pada kami. Jasamu dikenang. Luv u bebeh! Sapa2 nak refer cuti di sana-sini blh la gi jenguk blog beliau.
Hari yang ditunggu tiba. Setelah sampai di LCCT, kami ke bahagian check-in (luggage n ticket). Beg baju besar dihantar ke kargo manakala beg2 penting (beg susu n diapers baby) MJ isi dlm backpack shj untuk dibawa ke atas flight. Ye arr kang emergency, baby MJ poo ke atas tu kan susah plak nak salin bagai. Kemudian kami ke balai berlepas. Ada lagi satu pemeriksaan pihak kastam di situ. Selepas melewati pihak kastas, kami beli mknn ringan utk anak2 makan kerana bimbang flight delay ke apa ke or dirog maybe lapar. Turun tangga dari bahagian tersebut, kami ke ruangan menunggu. Tunggu berhampiran kawasan gate kami. Flight kami delay 45 minit je. Memang riuh bw anak2 n penat pun ye jugak sbb diorg dah excited sgt nak naik flight. (alah jakun plak anak2 aku ni kan). Tepat jam 8 mlm, Gate kami dibuka. Pihak AA mengesahkan sekali lagi boarding pass kami sebelum dibenarkan melalui laluan ke kapal terbang kami. Saat sampai sahaja di atas kapal terbang, pramugari dan pramugara Indonesia menyambut kami.
Dah cari2 tempat duduk, kemudian tunggu sampai semua penumpang masuk dan duduk tempat masing2. Di luar hujan gerimis. Kilat kadang2 kelihatan di cermin kapal terbang kami. Semasa dlm penerbangan, terasa juga gegaran bila kilat/guruh. berderau jap darah. Dlm hati berdoa, Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami..ngeri tau.
Dalam flight turut dijual makanan. Pramugari/a akan membawa troli dan berjalan di laluan antara penumpang sambil membawa makanan. Mj tidak mengambil tiket sekali dgn makanan. Lagi 1, x berani nak try lagi menu mereka hehehe..klu dah kebulur sgt, blh je beli. Maggi pun ada. Sementara itu, pramugari yg lain akan datang menghampiri setiap penumpang sambil bertanya, Indonesian? If no, then please fill up this form madam. Ada borang kecik yg perlu diisi detail kita. Kad tersebut mesti disimpan sehingga tiba di terminal nnt.
Hampir 1 1/2 jam di dalam flight (eh tp x rasa lama pun), kami nampak 1 kawasan yg penuh cahaya. Ye, rumah2 org2 bandung. Dibina rapat2 dan sangat padat. Maka, kami pun yakin, ahh lega dah nak sampai. Terminal mereka kecil shj. Tidak seluas LCCT/KLIA. So, confirm korang xkan sesat.
Sampai di terminal, agak kurang selesa juga pada MJ. Kami kena beratur di laluan yg agak kecil dan x tau pun utk barisan apa. Sehingga tertinjau2 utk tgk laluan Indonesia or Foreigner. Org sgt ramai. Panas. Penat. Mula la MJ menahan2 je sabar.
Sampai giliran kami, pak imigresen Indonesia memeriksa dokumen kami. Kad kecik yang diberikan di tas flight diserahkan. Sebahagian kecil kad itu dikoyak n diminta kami menyimpannya lagi sehingga diserahkan sebelum pulang nnt.
1 yg MJ suka, KFC mereka sgt bersih. Ruang basuh tangan yg selesa utk anak2 guna. Walaupun tlh dibina rendah, tp mereka turut sediakan stool untuk mereka yg lagi kecik panjat dan gunakan sinki. Kat Malaysia mungkin ada tp MJ x pernah jumpa. Mereka ada ruangan santai berbumbung mcm coffeahouse di Malaysia. Ohh remaja di sana sama shj mcm di Malaysia. Lepak, main2 enpon/lappy. So, normal okey..x de yg pelik2. DH MJ yg membuat tempahan makanan. Cuak juga katanya masa mula2 nak ckp. Takut mereka tidak faham. Alhamdulillah, ok shj. Sehingga mereka berikan - GRATIS utk bapak!. DH yg tidak faham mulanya menolak apabila 3 cd ditunjukkan kepada DH. Ingatkan suruh beli. Staf kaunter tersebut terus menerus kata, ini gratis pak..gratis..pilih sj. Disebabkan takut benda2 x elok berlaku, gaduh ke apa ke kan..DH MJ memilih salah 1 cd yg ditunjukkan kepadanya. CD Rossa. Sbb itu je artis yg DH kenal hehehe.
Penat dah taip..nnt sambung la episod kedua. Bladder MJ pun rasa mcm dah kecut2 nak gi washroom hehehe...






