Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Cookies with strawberry

Sebenarnya nama asal resepinya 'Cookies with rasberries'. Tapi disbbkan kat umah ada stok strawberi je, so MJ pun sesuka hati menukar nama kukis ni mengikut stok dlm fridge ngee...

Seperti yang MJ janjikan, ini adalah resepi untuk menghabiskan baki kuning telur dari resepi mini pavlova. Kebetulan sementara menunggu base pavlova sejuk di dalam oven, MJ belek2 la buku resepi utk kanak2 - Cooking For Children, recipes selected by Jonnie Leger.

Buatnya pun mudah. Sambil2 nak memanaskan lauk mkn malam, MJ sempat bakar kukis ni. Bahan2 pun mudah, MJ buat doh dia dulu, simpan fridge dr lepas lunch. Tido ptg jap hehehe, Asar br bgn nak bakar. MJ tukar resepi ni ikut bahan yg ada ye.

Bahan-bahan:
400 g tepung gandum
125 g gula kastor
1 -2 sdt esen vanila
250g butter
4 biji kuning telur

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tambahkan sedikit ice-cold water jika doh masih berderai. (MJ buat hari tu ok je, x yah tambah pun). Balut dgn plastik dan sejukkan lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan oven (180°C). Keluarkan doh dan bentukkan seperti sausage. (MJ hari tu buat bentuk segi4. Saje!). Potong keping2 dengan ketebalan ±1cm. Letakkan atas baking sheet atau griskan sahaja tray pembakar. Bakar selama 15 - 20 minit or turn nicely browny.
3. Sejukkan seketika. Sapukan jem strawbery. Letakkan hirisan strawberi di atasnya dan hidangkan.

Note: MJ rasa kukis ni dah elok2 je manisnya. So lbh prefer mkn tanpa sapu jem. Rangup n my boys sume suka la. Selamat mencuba.

Thursday, July 28, 2011

Biskut coklat chips rangup (hapdet resepi tertangguh)

Selamat berpuasa semua...amboi dah 11 Ramadhan baru nak wish..hehhehe..byk iklan la lately..susah tul nak update blog. Sebenarnya tajuk entry tu dah lama. Gambar ada kat sini. Tp MJ baru terjumpa resepinya n terajin nak update. Ye la kan, benda yang baik elok dikongsi bersama...x gitu..Ini pun kebetulan adik MJ fwd balik resepi yg MJ pas kat dia melalui sms. Sib baik dia simpan lagi..TQ ye achu Pait.

Disbbkan MJ terhilang kertas yg MJ print tu, so mmg x ingat sapa punya n dr mana MJ dpt. Minta maaf sgt2..bkn sengaja..tp klu ada yg tahu sumbernya, minta inform ye..MJ akan update semula entry ni.

Ok dah tau dah sapanye resepi...tq kepada pemilik blog ini yg sudi berkongsi resepi...sgt best dan minta izin share plak di blog sy ni ye.. http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2009/11/crunchy-chocolate-chip-cookies.html

Bahan-bahannya:
Bahan A
35 g badam cincang - bakar selama 4 min

Bahan B
*200g tepung gandum
*1/2 sdt baking powder
*1/2 sdt soda bikarbonat
*1 sdb serbuk koko
* Ayak bersama dan ketepikan

Bahan C
70 g gula
160g butter
1 biji kuning telur
100g choc chip


Cara-caranya:
1. Pukul gula bersama butter hingga kembang.
2. Masukkan telur kuning dan pukul seketika.
3. Masukkan choc chip dan gaul dengan senduk.
4. Masukkan tepung dan gaul rata.
5. Sudukan adunan mengikut saiz yang dikehendaki atas tray yang telah digris, dan tekan/penyekkan menggunakan garfu.
6. Bakar mengikut suhu dan masa oven memasing..

Friday, November 19, 2010

Biskut coklat chips rangup


Resepi ni MJ jumpa masa rayau2 blog org. Blog tu seingat MJ seperti dah lama x diupdate. Tapi bila MJ cari blog tu, dah x tau yang mana. Masa gugel resepi ni, MJ kat umah. X de printer. Softcopy plak x save. salin kat kertas je. Nanti balik umah MJ cari balik n update untuk semua. Rangup, ringan dan sedap (kat tekak anak2 kami le:D)

Tuesday, January 19, 2010

Biskut Dahlia

Bunga Dahlia ku kembang setaman! Hahahaha...xtau la apasal kembang sgt tp apa yg penting, rasanya mesti sedap. MJ buat biskut ni hari minggu lepas, di kala sang teruna 2 beradik lena beradu. Ayahnda pula pagi-pagi sudah ke hutan berburu. Maka, bonda pun melayan dapur yg 1 itu. Wah sgt syahdu di pagi minggu...hahahaha menci..

Resepi kali ini MJ ambil dr blog Mat Gebu. Org lelaki yg serba boleh dgn urusan dapur. Cik Mat ambil dari blog Diana. Biskut ni sedap, ringan, rangup. Anak2 suka, mak abahnya x yah tanya la...jom la cuba:

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Friday, December 4, 2009

Tart gulung lagi

Operasi memperabihkan jem nanas yang dah berkurun (tp lom expired ye) dok bertapa dalam peti ais tu sejak raya aidilfitri hari tu..akhirnya, operasi selesai. Nak tayang gambar je hehehhe..resepi dah tepek dulu. Dulu buat kaler orange, kali ni pulak kaler ijao..Janji sedap n habis.

Untuk resepi, boleh rujuk kat sini.

Tuesday, October 20, 2009

Biskut suji salju

Saje nak upload resepi biskut raya hari tu. Simpan kat sini, blh la rujuk dikemudian hari. Ye tak? Ambik dari blog maklang..tp tuannya bernama k.ita. Which Ita, i also dunno. Ok meh tayang biskut jap.

SUJI SALJU

sumber : kak ita


A.
150g minyak sapi

100g butter

100g gula castor

1st esen vanila

1 biji kuning telur

B.
100g cornflakes - kisar halus

100g tepung jagung

50g tepung suji

280g tepung gandum - curah skit2 dulu sampai senang diterap


HIASAN: 150g tepung susu (mklang guna susu eveready, jadi takyah ltk icing lagi sbb manis sedang elok)

50g gula icing


Cara
1. Sebatikan semua bahan A

2. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yg lembut.

3. Canai dan terap. Bakar pd suhu 150 selama 25' (ikut oven masing2 eh)

4. Dah masak, sewaktu masih panas gaulkan dengan campuran susu dan icing

Wednesday, September 16, 2009

Tart gulung

Biskut favorite dan wajib buat setiap tahun...saya sangat sukah!

X letak kuning telur pun atasnya sbb mcm x timbul warnanya lepas bakar

Resepi ihsan dr my C's - alang

Bahan-bahannya -

1 tin Goldern Churn/340 gm pure butter

1 atau 1 1/2 sdb susu pekat

1/2 atau 1 sdb minyak sapi

1 biji kuning telur (boleh juga campurkan pewarna kuning sikit utk warna yg lebih terang)

+/- 500 gm tepung gandum (Aku guna Red rose flour. Curah sikit2 ikut lembut)

*jem nenas secukupnya.


Cara-caranya -

1. Pukul butter, susu pekat, minyak sapi dan kuning telur hingga kembang

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga adunan sebati dan agak lembut (jangan terlalu lembek/kering).

4. Masukkan dalam acuan tart, tekan dan isikan inti. Gulungkan tart dan sapukan kuning telur di atasnya.(Aku bubuh dalam papercup. Saje nak nampak kemas)

5. Bakar sehingga kekuning-kuningan


*pesanan:

- untuk mendapatkan saiz tart yg sama, seeloknya inti tart disukat 1/2 sdb (atau ikut saiz kegemaran anda) dan digentel siap2. Bila tart digulung, bentuk/saiznya akan sama je.

- boleh juga bancuhan tart ini diletakkan pewarna. Macam yg aku buat tu, aku letak kaler oren. Knp oren? Mak suka oren nyah oiii...tp disbbkan kamera 'canggih' sgt, keorenan itu tidak berapa menyerlah seperti di gambar.

Tuesday, September 15, 2009

Biskut Badam Rangup

Antara biskut raya tahun ini yg berjaya aku siapkan dengan bantuan anak2 Adam...aduishh aku rasa aku bukannya penat buat biskut tp penat mop rumah sbb 'assistant x berbayar' terlebih rajin plak..Aku C&P je dari blog CMG.

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega

125 g gula aising

1 biji telur gred A (aku guna gred B je)

1/2 camca teh esen vanilla

100 g tepung gandum*
(aku guna Red Rose Flour)
100 g tepung kastard*

75 g tepung jagung (cornstarch)*
(*disatukan dan diayak)

50 g serbuk badam

50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-

1 kuning telur
Badam cincang secukupnya


Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.

2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.

3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Wednesday, July 29, 2009

Biskut choc. chips rangup

Ok sapa2 yang tengah buat list biskut raya..i recommand u to have this for raya....resepi ni sama mcm ini. Tapi aku ubah butter dari 250g kepada 125g butter + 125g shortening...yang lelain, remain the same..Ni resepi dr Hanieliza..aku tgk yang hari tu mcm sama je ingredients n method..aku rasa resepi ni dari org yg sama jugak la cuma diubah pada qty butter n shortening je. Kali ini aku guna oat dan x gunakan cornflakes as last time i did. Try la kalau teringin.

Friday, July 10, 2009

Coklat Chips Rangup....Gerenti!!!

Aktiviti memperabihkan choc chpi dlm peti ais berjaya kulaksanakan minggu lepas..aku buat adunan ni separuh je sbb pikir nnt jadi byk sgt plak n lambat plak nak menghabiskan bakar. Tp setelah siap, cis mcm rugi je buat sikit sbb MMG RANGUP n SEDAP. Jom la try...

pssstt..masa buat ni terlebih curah serbuk koko...so hasilnya agak hitam n pahit skit...
Resepi ni aku ambik dr blog sapa, aku x ingat..tp originally dr org bernama kak liza tu..terima kasih la sbb sudi share resepi yang syok ni..mmg rangup...

Coklat Chips Rangup
Sumber : kakliza

Bahan-bahan
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum (kat umah x de, so aku ganti ngan cornflakes ku hancur2kan skit)

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. (Lepas bulat2kan, aku tekan ngan garpu bg leper sikit)
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


Esok nak buat lagi...ada org sedekah nestum..

Thursday, June 4, 2009

Almond Cornflakes Crunch

Kudap2 sabtu lepas..senang sungguh menyediakannya dan senang sungguh menghabiskannya.. hushhh! Tapi aku rasa nak buat lagi sekali dengan tidak menggunakan langsung badam...cornflakes je sume...tp abg kimi suka badam...hmmm cemana ek? Jom la try, senang saje..Aku ambik dr blog Brader Rozzan, Singapore..Hebat sungguh brader ni bab2 mknn. Byk dah try dr blog dia ni...alhamdulillah sumenya menjadi..

Aku C&P je dari blog dia. Thanks bro for sharing! Hope u dont mind if i share with others:D

Bahan

130 gm mentega
145 gm gula
secubit garam
½ sudu teh glukos cair (boleh diganti dgn madu) [Aku guna madu]
1 biji telur
200 gm tepung gandum }
1 sudu teh baking powder }
1 sudu besar tepung susu }
½ sudu teh sebuk kayu manis } diayak [Aku x bubuh pun sbb x suka]
50 gm cornflake
70 gm badam (dihiris)

Untuk Hiasan
Sedikit badam cincang [x buat pun sbb x de dlm peti es!]
Sedikit ceri hijau/merah[x buat pun sbb x de dlm peti es!]

Cara
Pukul mentega, gula, garam dan glukos sehingga lembut, masukkan telur dan terus pukul hingga sebati. Masukkan tepung, baking powder, tepung susu dan serbuk kayu manis. Adun hingga rata. Akhir sekali masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul rata-rata. Ambil satu sudu te hadunan dan bentukkan menjadi bebola. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan di atas dulang yg telah digris. Hiaskan dgn ceri hjau/merah di bahagian tengah dan tekan perlahan-lahan. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12 -15 minit atau hingga kuning keemasan

Monday, April 27, 2009

White Rochers

Hakimi memang suka sesgt makan badam. Buat la rupa mana pun badam tu, memang dengan selamba je dia blh abiskan. Kebetulan hari tu jumpa resepi yg berasaskan badam. Tgk barang2nya pun simple and ada dlm fridge. Apa lagi, mula la operasi....yeeehaaaa!!!

X pandai ambik gambar la...tp at least blh nampak kan..jom tgk resepinya.

Sumber : Buku 'Temptation of Chocolate' by Alex Goh

Ingredients:
200g silvered almonds (aku guna almonds flakes)
40g icing sugar
200g white choclate, melted

Method:
1. Moist the silvered almonds with some water. Dust over with icing sugar and mix until well combined.
2. Spread it evenly over a tray lined with baling paper and bake at 180°C. Turning over frequently until it is golden brown. Remove it from the oven. Set aside to cool off.
3. Mix the melted chocolate with the toasted almonds until well combined.
4. Spoon a small heaps of the mixture and place it onto greaseproof paper. Pipe some chocolate patterns on top with melted dark chocolate.
5. Keep in the fridge for 5-10min or until it is set. Remove it from the fridge and keep in cool place at 20°C

I found that it is look messy if i just put on a greasepaper to let the choc. set. So, i prefered to put it in a small papercup. It's look better and of course yummy. Mr.Asben comment that its taste too sweet. But to me, the sweetness is just fine. If u want to try, maybe you need to reduce the qty of the icing sugar. I dont mind to give hakimi n najmi have it coz they are definately an active kid. So, all the sugar (i think ngeh ngeh ngeh) will disolve and change to energy.

Friday, April 24, 2009

Choc. ball a.k.a snow ball

Hari tu aku nak buat moist choc cake. Tp entah cemana x leh nak budget acuan. Nampak cam besar, tp rupanya kecik je. Adunan tu nampak macam sikit n x sangka akan naik tersangat la tingginya. Maka terjadi la, malapetaka gunung berapi dan tanah runtuh pada kek ku itu. Disebabkan rupanya x semenggah, x de sorg pun sanggup nak perabihkan. Sib baik la en.Asben bg idea, buat cam choc ball. Maka ku operate la kek yang x jadi tu menjadi bebola coklat seperti di bawah....masa buat ni En.Asben tolong bubuh coklat and baru la anak2 Adam itu teruja tgk hasilnya....
Bahan eii sonang yo:
Sebiji moist choc cake (or any flavour but get the moist one)
choc. yang dicairkan - quantity yg mencukupi
choc. rice/manik urai yg kaler2 tu
badam yang dipanggang (optional)

Caro eii:
- hancurkan kek tersebut. Ambil sedikit dan kepal2kan. Jgn kemaskan lagi kepalan ye. Masukkan badam ditengah2 kepalan dan kemaskan ia sehingga menjadi seperti bentuk bebola.
- Option : a. Celup bebola dalam coklat cair, keluarkan dan golekkan dgn choc. rice. Letakkan dalam papercup.
b. Letakkan bebola dalam papercup. Curahkan coklat cair dan taburkan manik urai.
- Biar sekejap dalam fridge utk setkan coklat. Confirm dalam sekelip mata, selamat la kek tu diperabihkan. X de la membazir kalau dah tersilap buat kan!

Tuesday, April 14, 2009

Biskut almond choc. chips

Hari tu suamiku tetiba bersuara tentang sesuatu "X de benda ke nak makan-makan, yang simple2 je. Biskut ke roti ke?" Hmmm tu la dah lama x buat benda2 yang dia blh jumpa samada dalam balang atau dalam peti ais..Kesian dia..turun 100g berat badan mlm tu hahaha..So, ni buat purposely for him..tp bila entry ni di post, balang dah tinggal serbuk. Dapat resepi dari member sekolah lama. Thanks Shida! Semoga dimurahkan rezeki lagi hendaknya...Sorry ye ubah sikit2 resepi2 ni hehehe...

Bahan2nya :
1 cawan tepung gandum
3/2 sdt baking powder
1/4 sdt garam
1/3 cawan butter + 1/4 cawan butter [cairkan]
1/2 cawan gula perang
1/3 cawan gula halus
1/2 sdt esen vanila
1/2 cawan choc chip (imported)
1/2 cawan almond nibbed

Cara-cara :
1. Panaskan oven.
2. Campurkan tepung, baking powder dan garam dlm bekas
3. Dlm mangkuk lain pukul butter, gula perang, gula halus dan esen vanilla - sehingga sebati
4. Masukkan tepung+baking soda+ garam tadi = gaul sebati
5. Masukkan almond nibbed dan gaul. Ambil satu sudu bancuhan dan letakkan choc. chip. Letakkan atas dulang pembakar - jarak2 sedikit. Biskut akan melebar tau.
6. Bakar 18/20minit (depends on oven type) or hingga kekuningan. Selepas biskut masak, biarkan seketika di atas tray sebelum dikeluarkan. Biskut akan menjadi lebih rangup.

Note : Masa sediakan bancuhan ni, aku gaul sekali choc. chips sbb nak cepat. kalau nak nampak dia cantik cam biskut chipsmore tu, ikut je step yg aku tulis tu..

Thursday, April 9, 2009

Bila mama bersenang-lenang di rumah...

Kalau mama dok umah hari minggu, keje umah dah siap, anak2 dah tido (petang), abah gi keje....mula la operasi mengada2 bermula..ni buat last week..baki coklat..pastu ada badam lebih2, bakar n salut je ngan coklat tu...pastu tabur sikit2 ngan white choc yg diparut...perghhh perghhh memang perghh laa hehehhehe perasan...

Kimi suka sangat makan badam..kadang tu aku sapu roti ngan butter, tabur gula sikit, tabur almond nib, susun atas tray n bakar. Tersangat la sukanya dia....Hmmm macam dah lama x buat...

Saturday, February 7, 2009

Cornflakes Macaroons

Tetiba rasa bosan yg melampau dok umah..hari sabtu habis mcm tu je..x de yg menarik..en.bob masih taksub memberi khidmat kepada train2 di workshop. Mama dan anak bujang 2 org tu menghabiskan masa dgn makan tido je hr ni..

Biskut ni utk mereka yg tinggal semangat nak masak tu hujung2 kuku je..Sgt simple..10 minit je siapkan adunan tp nak membakarnya..aduihaiiii byk sgt n lambat gilers nak habis..n3 ni mama taip di saat mata kelat2 nak tido n kimi dah lama 'terbang', najmi dok menung tunggu mama tidokan dia buat kali ke-2 dlm masa 1/2 jam dia lelap..

What a long beginning! Ok frens, lets find out the recipe. I keep this recipe for quite long n cant remember the source..hehehehe..

Ingredients:

200 g cornflakes (u may change with almond flakes)
100g choc chips
170g castor sugar ( i only use 150g)
3 egg white
1-2 tsp of vanilla essence

Method:
- Mix egg white, essence n sugar - beat until the mixture look really stiff (betul2 pekat).
- Pour in cornflakes and choc chips. Mix well.
- Scope a small amount of it and put in a paper cup.
- Bake in 150°C for 10-15 min or until set.

Kimi really like it. The taste is like Kellog's Frosties. It is so crunchy and not too sweet. arghhh ngantuk...tata.

Sunday, November 30, 2008

Biskut emping jagung (cornflakes)

Operasi pagi tadi. Buat pun tak lama. Dalam 1 1/2 jam semuanya siap hehehehe..Tahniah kepada diri sendiri sbb berjaya mengisi masa lapang di saat saudara Boban mengikuti rombongan pengantin ke Perlis hari ini.

Ok, tgk dulu gambar ni ye.....
Sumber : MW Istimewa Aidilfitri 2008

Aku buat 1/2 adunan je dr resepi asal. Modified sikit sbb tgk bancuhan dia mcm x best je..
At last menjadi gak n sedap, rangup gitu..

Bahan :
a. 150g mentega
b. 75g gula kastor
c. 2 titik esen vanila (aku guna butter vanila, sama je)
d. secubit garam
e. 230g tepung gandum
f. 70g tepung jagung
g. 10g coklat cip
h. 50g kismis yg tlh dihiris
i. 100g emping jagung (masuk dlm plastik, lepas tu tumbuk ngan lesung batu..jgn hancur sangat)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan garam sehingga kembang
2. Tambahkan esen vanila.
3. Masukkan tepung, coklat cip dan kismis. Gaul sebati
4. Masukkan emping jagung dan gaul hingga menjadi doh.
5. Jemput2kan doh dan bulat2kan.
6. Letak atas tray pembakar yg telah digriskan. tekan dgn garfu sehingga agak nipis.
7. Bakar pada suhu 190°C selama 10-15 minit (depends on oven type okey)

Masa buat ni tray yg pertama mmg x sempat nak simpan. Kimi ngan najmi dok adap berdua..Ini je yg tinggal..dapat la dlm sebalang kecik as below photo..

Aku pun x tau apasal gambar ni jadi gelap-gelita belakangnya...adapun hamba ini tidaklah pandai mengambil gambar sebenarnya...janji nampak apa yg nak ditunjukkan kan kan...