Wednesday, September 16, 2009

Tart gulung

Biskut favorite dan wajib buat setiap tahun...saya sangat sukah!

X letak kuning telur pun atasnya sbb mcm x timbul warnanya lepas bakar

Resepi ihsan dr my C's - alang

Bahan-bahannya -

1 tin Goldern Churn/340 gm pure butter

1 atau 1 1/2 sdb susu pekat

1/2 atau 1 sdb minyak sapi

1 biji kuning telur (boleh juga campurkan pewarna kuning sikit utk warna yg lebih terang)

+/- 500 gm tepung gandum (Aku guna Red rose flour. Curah sikit2 ikut lembut)

*jem nenas secukupnya.


Cara-caranya -

1. Pukul butter, susu pekat, minyak sapi dan kuning telur hingga kembang

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga adunan sebati dan agak lembut (jangan terlalu lembek/kering).

4. Masukkan dalam acuan tart, tekan dan isikan inti. Gulungkan tart dan sapukan kuning telur di atasnya.(Aku bubuh dalam papercup. Saje nak nampak kemas)

5. Bakar sehingga kekuning-kuningan


*pesanan:

- untuk mendapatkan saiz tart yg sama, seeloknya inti tart disukat 1/2 sdb (atau ikut saiz kegemaran anda) dan digentel siap2. Bila tart digulung, bentuk/saiznya akan sama je.

- boleh juga bancuhan tart ini diletakkan pewarna. Macam yg aku buat tu, aku letak kaler oren. Knp oren? Mak suka oren nyah oiii...tp disbbkan kamera 'canggih' sgt, keorenan itu tidak berapa menyerlah seperti di gambar.

2 comments:

myza said...

betul oren gilak..gua nak makan pun takut beb(mgkin saya takut oren)..tnya cikbob ni beli kat mna??cikbob ckp tahla -chowkit road kot..mgkin sbb tu warnanya garang..hahahhaha..rupanya buat daaa.ampunn..kikiki

Mamajenn said...

hahahaha next yr nak buat kaler ijau plak...biar terbelalak mata manak nak makan hehehehe