Malasnya nak menaip, aku ringkaskan kat sini je la. Ni anggaran sahaja ye, sila alter mana yg berkenaan:
Pasta - Rebus dan toskan
1 cawan daging cincang
2 ketul sosej - hiris serong/bulat
3 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
2 ekor udang saiz besar (potong kecil2)
oregano/basil or etc
2 keping keju cheddar
1/2 kiub ayam
- Tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dicincang hingga kekuningan.
- Masukkan daging cincang dan kacau sampai masak. Masukkan sosej dan udang. Kacau seketika.
- Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit sos tiram. Gaul lagi. Masukkan sedikit sahaja air kalau kering sgt.
- Masukkan serbuk lada hitam, sikit je utk budak2. Oregano klu ada curah sikit. Kiub ayam dalam 1/2 kiub.
- Kalau ada sayur, blh masukkan gak (carrot ke, brokoli ke, capsicum ke...errr tu je yg aku rasa sesuai)
- Masukkan pasta yg telah direbus, garam secukupnya. Gaul rata. Campurkan kepingan cheese jika suka. Siap!
2 comments:
tu udang cikbob p mengail lagi ka??
aah mandak waaaaaaa letihnya nak abiskan..lepas ni kot nampak udang kat pekan, mesti nangis..dah x larat nak mkn udang dah
Post a Comment