Bahan:-
4 biji kentang sederhana besar (800 gm)
4 biji telor - pukul sikit
1/2 cawan cincangan daging (*aku guna chicken sausage)
1 biji tomato - dadu
2 labu bawang besar (sederhana) - hiris nipis
1 sudu besar hirisan daun parsley - (*x bubuh pun. kak ummi kata blh ganti ngan daun bawang/sup)
1 cawan parutan cheddar cheese (*aku guna mozarella cheese)
Cara Membuat:-
Preheat oven pada suhu 180 C dan griskan loyang 7 x 7 x 3 cm (*k.ummi guna loyang bulat diameter 7"). Parut kentang, dan perah buang sikit airnya. Campurkan semua kentang, telor, sausage, tomato, bawang, daun sup/parsley dan separuh parutan cheese. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Tabur rata lebihan parutan cheese tadi. Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan dan potong untuk hidangan bersama sos cili dan mayonis. (Kitorg makan gitu pun dah sedap!)
3 comments:
codapnyee..nak sepotong..la mesti dah habes kena baham kan kan
cukup ke sepotong..huahuahua...mmg dah licin pun:D
Boleh try ni.....nyyumm..nyummm
Post a Comment