Friday, September 4, 2009

Char Kuey Teow

Teringin menghasilkan char kuey teow. Kebetulan plak udang x abis, makin bertambah ada la. Masak dalam kol 6.30 menu ni. Menjelang waktu berbuka, dia jadi kembang sgt...ala cam x best plak. Tp x pe, aku nak simpan resepi ni kat sini utk reference akan datang.

Aku C&P je dari blog kak ummi kuantan. Tengkiu ye kak sbb sudi share resepi and mintak halal tepek kat blog saya ni.

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *

  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis (*akak xda ni)
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula

* UTK MEE *

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh (*akak guna cili kisar)
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara:-

UTK PASTE-

Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-

  1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td.
  2. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  3. Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata.
  4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Kalau nak buat utk berbuka puasa, eloknya buat masa dah kol 7 ke...br la dia x kembang sgt bila makan. Kalau dpt kuey teow yg halus tu lagi best. Cam sesuwaii je:D

No comments: