Tuesday, September 1, 2009

Pasta goreng

Buat ni utk sarapan anak2 Adam hari Ahad (semalam). Dah kering idea nak masak menu apa yg simple, cepat n diorg suke. Masak campak2 je. X tau la sedap ke x sbb tgk diorg laju je makan:)

Gunalah pasta apa pun yg korg suka. Ni je yg ada kat umah - fusilli (mcm spiral). Pastu ada byk kaler2 kan, mmg suka la anak2 Adam tu.

Malasnya nak menaip, aku ringkaskan kat sini je la. Ni anggaran sahaja ye, sila alter mana yg berkenaan:

Pasta - Rebus dan toskan
1 cawan daging cincang
2 ketul sosej - hiris serong/bulat
3 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
2 ekor udang saiz besar (potong kecil2)
oregano/basil or etc
2 keping keju cheddar
1/2 kiub ayam

- Tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dicincang hingga kekuningan.
- Masukkan daging cincang dan kacau sampai masak. Masukkan sosej dan udang. Kacau seketika.
- Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit sos tiram. Gaul lagi. Masukkan sedikit sahaja air kalau kering sgt.
- Masukkan serbuk lada hitam, sikit je utk budak2. Oregano klu ada curah sikit. Kiub ayam dalam 1/2 kiub.
- Kalau ada sayur, blh masukkan gak (carrot ke, brokoli ke, capsicum ke...errr tu je yg aku rasa sesuai)
- Masukkan pasta yg telah direbus, garam secukupnya. Gaul rata. Campurkan kepingan cheese jika suka. Siap!

2 comments:

myza said...

tu udang cikbob p mengail lagi ka??

Mamajenn said...

aah mandak waaaaaaa letihnya nak abiskan..lepas ni kot nampak udang kat pekan, mesti nangis..dah x larat nak mkn udang dah