Dah lama x membebel kat sini. Asik sibuk melayan dapur je. Hari ni MJ nak berkongsi pengalaman tentang Wang Segera ni. Opppsss bukan nak promote apa2. Cuma berkongsi pengalaman MJ join benda2 mengarut ni semua akibat 'kabur' mata dgn segala mcm salinan cek2 upline.
Cerita initidak ramai yg tahu. Hanya bbrp kawan opis (yg tolong cover line bila terpaksa gi tempat2 tertentu:D), adik MJ sahaja, husband of course n 2 of my close friend. MJ telah ditipu sebanyak RM48k! Satu jumlah yg agak banyak bg org yg kurg berkemampuan seperti saya. Penat dah nak nangis, turun naik Kementerian dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bank dll. Puncanya, ayat pancing mereka, "tak perlu modal, x perlu jual barang, dlm tempoh
3 bln confirm blh dpt keuntungan. PERCAYA LA KAT SAYA, KAK"
Waaa sapa x nak duit bln2 dpt RM15k masuk account kan. Si 'makhluk' pompuan ini pun tidak menerangkan secara jelas apa sbnrnya yg diorg dagangkan. Katanya, akak sign dulu, lepas tu nnt br kita cerita lebih sikit, br seronok. Apa yg diminta adalah, salinan slip gaji, bil elektrik klu x salah. Masa tu sy memang x terfikir itu semua adalah benda2 yg diperlukan utk submit loan. Sbb apa yg MJ fikir tu semua adalah syarat utk menjadi ahli. Setelah 'FORM KOSONG' diberikan kepada MJ, Mj sign semuanya tanpa membaca secara detail apa syarat2/perjanjian dlm borg tu. Ala korg pun klu sign borg2 ni ada ke nak baca bahasa2 law yg berjela2 tu. Masa tu MJ mmg kering, x terfikir langsung yg semua tu adalah borg sebuah koperasi yg agak terkenal di kalangan penjawat awam. Semua loan blh dipohon melalui agen sahaja, client tidak perlu dtg. Lg la MJ x tau sbnrnya 1 loan selama 10 tahun telah dibuat di atas nama MJ dimana total amount + interest yg perlu dijelaskan sehingga 10 tahun adalah RM 108 xxx dan
tidak boleh buat settlement dlm tempoh
3 tahun!
Apabila salinan surat dari koperasi berkenaan sampai, Mj terduduk terus. Rasa mcm nak mati pun ada, nak gila pun ada. Knp ada manusia yg sanggup menganiaya MJ yg langsung tidak tahu apa jua tujuan segala borg yg ditandatangan, salinan2 slip gaji yg diberi.Masa tu mmg x tau nak buat apa? Blur, sedih, tension, geram..hanya kerana percaya kepada seorg sahabat, perempuan, islam dan penjawat awam juga.
MJ x mahu cerita detail sgt di sini. Cuma mengingatkan kepada rakan2 semua dan ahli keluarga ku yg lain, jgn terjebak dgn drama wang segera ini. Rezeki kita telah ditentukan oleh-Nya. Jadi bersyukurlah dgn nikmat kurniaan yg diberikan. Tiada rezeki datang menggolek jika usaha tidak disertakan sekali.
Skrg ni bila ada kawan2 call ajak join MLM la, log in FB hari2 dpt RMxxx la, sms je Rmxx masuk account la, Mj rasa cam nak marah pun ye gak. Tp nak marah pun, bukannya mereka tahu cerita ini. Cuma rimas utk menolak dan x akan terjebak lagi. Insya-Allah.
Kepada suami MJ, terima kasih atas sokongan, bantuan dan kemaafan yg diberikan 5 bln yg lalu. Doakan saya sentiasa dilindungi dr niat jahat manusia & syaitan. X tau dah nak berterima kasih macam mana lagi sebab selamatkan saya:(
Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal sama ada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php
December 11, 2010 1:18 PM