Thursday, August 29, 2013
7 Standard Penyusuan yang perlu ibu menyusu tahu
1. Menyusukan bayi secara ekslusif dalam 6 bulan pertama. Bererti tidak mengambil sebarang cecair atau makanan pejal. Bayi hanya menerima susu ibu daripada payudara ibu.
2. Memujuk bayi menyusu melalui payudara. Anda melakukannya agar bayi kekal selesa dalam memenuhi keperluan emosinya. Ini termasuklah menyusukan bayi ketika tidur.
3. Tidak menggunakan botol atau puting kosong. JIka perlu gunakan puting kosong, payudara adalah alternatifnya.
4. Tidur dengan bayi untuk menggalakkan penyusuan di waktu malam. Kajian membuktikan bayi yang tidur dengan ibunya menyusu 3x lebih banyak berbanding bayi yang tidak berasingan.
5. Tidur ketika bayi tidur di waktu siang. Ambil masa untuk tidur sebentar (nap) dan pada masa itu susukan bayi. Rehat semasa menyusukan bayi adalah elemen penting dalam penyusuan susu ibu dan amat penting dalam mengekalkan ketidaksuburan di kalangan ibu yang menyusukan bayi.
6. Kerap menyusu siang dan malam dan tidak terikat dengan jadual penyusuan. Bagi memastikan penghasilan susu kekal stabil, susukan bayi mengikt kehendaknya.
7. Elakkan apa jua amalan yang memerlukan anda berjauhan dengan bayi.Ini termasuklah penggunaan peralatan tertentu yang menggantikan anda sebagai ibu. Jadi usahlah membazir wang membeli alat-alat yang kononnya membantu anda meringankan tanggungjawab sebgai ibu. Ingatlah apabila bayi sentiasa rapat dengan ibu, dia akan terangsang untuk selalu menyusu susu ibu.
Wednesday, June 27, 2012
Bayi dan demam panas
If your baby has a fever of over 100 degrees Fahrenheit or 38 degrees Celsius you should consult your pediatrician right away. Only after your doctor has sent you home with instructions to "wait and see" should these methods be used. Most pediatricians will recommend infant Tylenol or Ibuprofen to help bring down your baby's fever, but there is a growing feeling among many parents that they would rather take a more natural approach.
1) Cool water baby massage.
In a warm room lay out a towel on a waterproof pad (like a changing table pad with the cover removed). Get a bowl of lukewarm water, add a chamomile tea bag to the water if desired, and set it near by. Lay your baby on the towel and remove their clothing (you can leave on the diaper if you want to). Now dip your hands in the water and gently place your hands on your baby's chest. Fan your fingers out and slide your hands down your baby's sides. Take each leg in turn and gently slide your hands up the leg from the toes to the hip 3 or 4 times in a row. Now repeat this motion on each arm 3 or 4 times from fingertips to shoulder.This soothing combination of simple strokes should have a calming effect, if it seems to cause your baby any stress discontinue the massage right away.
2) Cucumber pacifier.
Take a whole young cucumber (young cucumbers have fewer seeds) and peel one end, then use a paring knife to whittle it into the shape of a thick finger tip, thicker at the base, and slimming near the rounded tip. Remember not to expose any seeds, if the seeds are exposed, they must be trimmed away before the cucumber is offered to your baby. Hold the unpeeled body of the cucumber like a bottle, and offer the cool peeled tip for your baby to suck on. The cooling effect of the cucumber should start to reduce your baby's fever right away. Keep in mind that you should take your baby's temperature under the arm once they begin to suck on the cucumber.
3) Feed your baby more frequently.
Though your baby may seem to have less of an appetite, they actually need more fluids than normal. Dehydration is a very real danger when your baby has a fever, and since often the last thing they want to do is eat, try to offer them smaller feeds more often. If they are breastfeeding you can let them self-regulate, but just offer the breast more often. If your baby is bottle fed, offer about half what they normally eat, but twice as often.
4) Take a lukewarm bath together.
Both the skin-to-skin contact and the tepid bathwater should be soothing and cooling for your little one. Even if you just give your baby a bath instead of joining in, it is a great way to reduce a fever and sooth the aches and pains that a fever causes.
5) Skin-to-skin hold.
The best heat regulator you have is your own body. So, in a warm room, take your baby's clothing off (except for the diaper) and hold him on your bare chest, Your body will immediately start to cool you both down. The excess heat from your baby will be absorbed gently through your own skin. This technique is not only gentle and effective for fever reduction, but it is very calming and comforting to both the you and your infant. If you think that your baby may be feeling cold, you can drape a light cotton blanket over his back. Continue the skin-toskin hold for about 20-30 minutes for the full effect. You can continue the hold longer if you like, but the fever will not drop much further. The hold can be repeated as often as you like.
Friday, June 15, 2012
Petua dapat anak
[PETUA DAPAT ZURIAT]
1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.
2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.
3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.
4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.
Doa Untuk Mendapat Cahayamata ”Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik”
(Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 89).
Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.
Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha yang berterusan diperkenankan oleh-Nya.
Bersama-sama ini juga MJ ambil sebahagian petikan dari tulisan Mufti Perlis (2009) yang dikongsi bersama oleh pemilik blog ini http://rezekihalal.com/.
"Namun begitu, ada juga yang bergantung kepada Allah SWT ketika susah saja, jika sudah berakhir kesusahannya dia kembali berpaling. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12)
Tuesday, May 31, 2011
Antara Wasiat Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah
~ C & P dari blog my SIL - minta izin & mekasih ye deknon:D
Untuk makluman semua (kot la ada yg nak amik tahu kan hahahaha), saya skrg di term terakhir kehamilan saya. Mood utk menghapdet blog sgt la tipisnya..Jadi, kita rehat duluuuuuu...will update in next few weeks. Insya-Allah. Doakan saya dan kandungan selamat dan misi bf akan bermula..
Saya mahu ini..saya mahu ini...weeeeeeeee
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
(Mohon pada pembaca yg pernah terjumpa dalil/nas ini, untuk memberikan saya berkaitan sumber/riwayat/hadis/ayat bagi mengukuhkan kenyataan tersebut. Masa copy kat manatah, saya terlupa nak copy sume tu huhuhu
Wednesday, April 20, 2011
Penyimpanan Susu Ibu (EBM)
Ok, the info(s) below here are for me and those who are looking more tips about breast feeding. kali ni nak pulun jugak...harap2 berjaya. Dear friends, readers and sedara-mara ai. I really need more info or tips about this. If you dont mind, please share with me:)
Copy and paste from http://mimialya.blogspot.com/search/label/pengurusan%20susu%20ibu
PENYIMPANAN SUSU IBU (EBM)
Pendahuluan:
Susu ibu yang diperah boleh disimpan. Ia mengandungi sel hidup dan perlu disimpan dengan kaedah yang betul bagi memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu mempunyai bahan anti-bakteria menjadikan susu ibu kekal segar dan tahan lama.
- Suhu bilik (19 hingga 26 °C), ( Sehingga 4 jam )
- Bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), ( Sehingga 12-24 jam )
- Peti sejuk (kurang 4 °C), ( Sehingga 7 hari tetapi bergantung kepada keadaan cuaca, tetapi di Malaysia sehingga 2-3 hari))
- Peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), (1 pintu - tahan sehingga 2 minggu, 2 pintu - tahan sehingga 3 bulan dan sehingga 6 bulan
- Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh bersih (menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan)
- Catatkan tarikh perahan pada bekas susu
- Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
- Susu yang baru diperah sebaiknya disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
- Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
- Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Pendahuluan
Suhu yang terlampau panas boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
Langkah-langkah:
1. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk
- Lalukan bekas / botol susu di bawah aliran air paip beberapa ketika.
- Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air suam ( Sukatan: 2 bahagian. air panas + 1 bahagian air sejuk).
2. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
- Turunkan beberapa botol (ikut keperluan harian) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam (supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. dan akan menjimatkan masa)
- Ikuti langkah seperti diatas.
- Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan
- Cair dan panaskan susu perahan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
- Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (w/pun tidak diminum oleh bayi). Ia perlu dihabiskan dalam masa 1 jam.
- Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Ia perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
- Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 2-3 hari (Bergantung kepada suhu sesuatu tempat, Jika di barat, ia bertahan sehingga 7 hari).
Monday, February 28, 2011
Why should I breastfeed? Isn't formula just as good?
No. As one breastfeeding mother put it, "Using formula because it is "just as good," when breast milk is free is like turning down a scholarship to Harvard to pay for community college."
The World Health Organization (WHO) states that: "The second choice [after breastfeeding] is the mother's own milk expressed and given to the infant in some way. The third choice is the milk of another human mother. The fourth and last choice is artificial baby milk (formula)."
Why is breast milk so highly preferred over artificial baby milk (ABM)? For many reasons, including:
-- Bottle fed infants are fourteen times more likely to be hospitalized than breastfed infants
-- Bottle fed infants are three to four times more likely to suffer from diarrheal diseases
-- Bottle fed infants are four times more likely to suffer from meningitis
-- Breastfeeding reduces the risks of Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
-- Children who were breastfed as infants have IQ scores which average seven to ten points higher than children who were formula fed.
-- There are one million white blood cells contained in each drop of breast milk.
-- Breastfeeding reduces the risk of juvenile-onset diabetes.
-- Formula fed babies have a higher rate of allergies than breastfed babies.
-- A breastfed baby often has smoother, softer skin than a formula baby.
-- Breastfed babies have a lower incidence of eczema than formula fed babies.
-- The mother who breastfeeds passes on her antibodies to an infant whose immune system is still developing.
-- Breast milk contains DHA, an omega-3 fatty acid which is widely considered to be vital for the growth and development of brain tissue. Formula does not contain DHA.
-- Breast milk is rich in cholesterol, while formula has none at all. Cholesterol helps build the brain and manufactures hormones and vitamin D.
-- Breast milk contains lactose, while formula contains glucose and galactose. Lactose is valuable for brain tissue development and promotes intestinal health.
-- Children who are breastfed are less likely to be obese during adolescence.
-- Breastfed babies have better jaw alignment than formula fed babies, and are less likely to need orthodontic work when they are older. This is because the suckling action for breastfeeding is more complex and involves more "work" than the suckling action for an artificial nipple.
-- Breastfed babies develop a larger nasal space, which can reduce problems of sleep apnea and snoring later in life.
-- Breast milk contains the easy-to-digest whey proteins, while formula contains harder-to-digest casein proteins. This means that breast milk is digested quicker and is less likely to be spit up by baby.
-- Breastfed babies have diapers which are much more pleasant to change than the formula fed baby. Because formula is harder to digest, their stools are harder and more foul smelling than the breastfed baby's.
But the advantages aren't just for baby. There are advantages for Ummi too, such as:
-- A faster post-partum recovery. The sucking action of the breastfeeding baby stimulates the release of oxytocin, which helps the uterus contract to its pre-pregnancy size.
-- Breastfeeding mothers normally have an easier time losing weight than formula feeding mothers.
-- There is a reduced risk of breast cancer, ovarian cancer, and uterine cancer in the breastfeeding mother.
-- The mother who breastfed her infant is less likely to develop osteoperosis in her older years.
-- Breast milk is free. With the costs of formula, bottles, nipples, and additional medical expenses, formula feeding can cost up to $1,200 a year.
-- Breastfeeding promotes Mother-Baby bonding.
* I am still learning about this even though I already have 2 kids. Hmmmm hopefully i will succeed in my coming 3rd baby breastfeeding process. Really admire those who can feed their baby until 1 yr or more..:(
Monday, December 27, 2010
Petua elak anak kencing malam
1. Latih anak anda untuk bangun sekurang-kurangnya sekali pada waktu tgh malam. Jika waktu tidurnya lewat (±10++malam). Ajarkan dalam tempoh sebulan dan pantau perkembangan. Sekiranya dalam tempoh seminggu, anak telah boleh bangun malam sendiri dan buang air kecil sendiri, ibu bapa bolehlah menghentikan rutin tersebut (kejut malam).
2. Berikan 7-8 geals air pada siang hari dan elakkan memberi air minuman/ susu atau pun minuman seperti teh/kopi sejam sebelum waktu tidur mereka.
3. Sapukan minyak gamat pada ari2 kanak-kanak tersebut sebelum waktu tidur.
4. Gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuam di ari-arinya.
5. Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam, cuba petua ini. Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama seminggu, InsyaAllah anak tidak lagi kencing malam.
6. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
7. Menurut Pakar Kanak-Kanak Jabatan Paediatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya. Dr. Kanaheswari Yoganathan , ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam iaitu keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur. Untuk mengubatinya, penghidap masalah ini pada awalnya disarankan mengambil ubat antikemurungan yang bertujuan mengawal pundi kencing. Penggunaannya memang berkesan dan ia perlu diambil selama beberapa bulan atas nasihat doktor.
8. Ambil pepatung dan pegang kepaknya. Biarkan ia menggigit2/ berpusing2 di atas pusat anak anda. Amalkan selama beberapa hari, insya-Allah akan membantu.
Sumber:
- http://mysetbersalin.com/blog/2009/08/panduan-mengatasi-masalah-anak-kencing-malam/
- http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-202827.html
- http://sheisagirl.wordpress.com/2008/07/18/no-more-kencing-malam-okay/
- info mulut-ke mulut hahahha
Walau bagaimanapun, memarahi anak yang gagal dalam proses ini adalaha tidak berbaloi. Mereka akan terus berasa rendah diri atau pun hilang keyakinan diri. Timbul perasaan malu sekiranya dia diabndingkan dengan orang yang terdekat dengannya seperti adik-beradik, sepupu dan lain-lain. Teruskan memberi nasihat kenapa dia mesti bangun malam sekiranya terasa seperti mahu terkencing. Teruskan memberi sokongan kepada mereka:D Selamat mencuba!
Wednesday, June 9, 2010
Kesan Stress Ibu Terhadap Bayi Lelaki dan Perempuan
Kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Australia menunjukkan bahawa bayi lelaki dan perempuan menunjukkan tindakbalas yang berbeza ketika ibunya mengalami stress. Sejak dalam kandungan lagi, perkembangan bayi lelaki berbeza dengan perkembangan bayi perempuan dan pertumbuhannya juga dipengaruhi oleh keadaan ibunya.
“Bayi lelaki dan perempuan berbeza dalam merespon ketika ibunya dalam keadaan stress sejajar dengan pola pertumbuhan mereka” kata Profesor Vicki Clifton dari Robinson Institute Pregnancy dan Developmental Group.
Ketika dalam kandungan, bayi lelaki tidak dipengaruhi sangat oleh perasaan stress ibu berbanding bayi perempuan yang merespon dengan perasaan ibunya dan mempengaruhi pertumbuhannya.“Ketika terjadi tekanan lain dalam kehamilan seperti stress, bayi lelaki akan berkembang dengan baik, namun bayi perempuan tidak dapat menghadapinya dan berisiko lahir sebelum waktunya atau benhenti berkembang.” kata Prof. Clifton.
Hal ini menjelaskan tentang perbezaan tindak balas dan pengaruh terhadap bayi lelaki dan bayi perempuan telah lama dikaji khususnya pada kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti asma, pengambilan tembakau dan stres. Menurutnya, perbezaan pola pertumbuhan itu terjadi kerana perubahan pada fungsi placenta yang dipengaruhi oleh hormon stres, hormon kortisol.
Pada bayi perempuan, peningkatan hormon kortisol menyebabkan pertumbuhannya terganggu, namun pada bayi lelaki, kehadiran hormon ini tidak menjejaskan proses pertumbuhannya.
Maka, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pengubatan yang lebih khusus sesuai jantina bayi tersebut untuk mencegah kelahiran bayi pra matang. Hal ini juga penting untuk membantu doktor dalam menilai perkembangan janin dengan tepat.
Katanya, “Kami mencari keadaan yang dapat menyebabkan perubahan pada pertumbuhan bayi, dan penyebabnya serta bagaimana untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.”
Wednesday, April 14, 2010
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
"SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya (penulis artikel ini) sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian."
Friday, January 22, 2010
Petua mengurangkan demam kuning
Demam kuning mmg kebanyakan bayi yang baru lahir akan mengalaminya. Cuma serius atau tidak keadaan mereka perlu dipantau selalu oleh ibubapa. Saya memperolehi petua ini semasa meng'google', mencari ilmu apa saja yg sy rasa berguna. Kat sini sy copy petua2 tersebut utk rujukan sesiapa yg mencari dan rujukan sy juga di masa akan dtg...erkkk insya-Allah 2/3 yrs more.
Petua 1: (Ini yang MJ amalkan masa anak ke-2 slps tahu kaedah, petua menambah susu, dan khasiat susu ibu)
Berikan susu ibu sebanyak mungkin. MJ masa tu susukan baby 2 jam sekali. Memang kena kejutkan dia untuk menyusu. Khasiat susu ibu sebenarnya mampu mempercepatkan jaundice sembuh dengan cepat. Pemakanan ibu sewaktu menyusukan bayi adalah penting agar susu yang dihasilkan lebih berkhasiat untuk kedua-dua ibu dan anak.
Petua 2:
1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )
Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.
Petua 3:
Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
Petua 4:
Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 5:
Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
Jika sesiapa ada petua lg, blh la kongsi di sini. Saya akan edit entry ni untuk rujukan semua.
Wednesday, December 23, 2009
Seminar Keibubapaan Peringkat Awal Kanak-Kanak
1. Membunuh kretiviti anak jika anak menggunakan tangan kiri (left handed) dan kita memukulnya. Biarkan saja cuma betulkan apa yg betul dan apa yg salah. Contohnya, makan guna tangan kanan, bersihkan 'tut' selepas membuang guna tgn kiri.
2. Kita dilahirkan dengan pelbagai fitrah dan potensi. Jgn abaikan potensi anak jika dia lebih cenderung dgn minat/kerjaya yg ibubapa x minat langsung. Dorong mereka ke arah tersebut dgn panduan yg betul (selagi tidak bercanggah dgn agama dan keselamatan diri).
3. Fathering adalah elemen penting dalam menentukan samada anak itu berjaya/tidak dlm kehidupan. (X sempat salin nama researcher tu). So, jgn buruk sangka pulak pada ibu2 bila ada bapa2 yg membantu menguruskan anak2 ye. Itu sebenarnya lg bagus. Please search more about this research findings. I also dunno how to explain in detail n elaborate it.
4. Hargai dan akui usaha setiap pasangan untuk menjadi ibu/bapa yg lebih baik.
5. Turut serta dlm apa jua yg anak lakukan/ceburi. Mereka akan rasa lebih dihargai dan bangga.
6. Apabila bayi baru belajar mengiring utk pusing, jgn dibantu. Merbahaya. Kerana pada waktu itu bayi itu sedang melatih motor kasarnya (peha, lengan, leher dll). Jika, kita bantu dan bayi tersebut sebenarnya tidak bersedia, dia mungkin akan mati lemas kerana tidak mampu mengangkat kepala dlm tempoh yg lama ataupun mengiring bila mukanya tersebam ke bantal/tilam di bawahnya. So, pantang larang org tua ada betulnya cuma tidak diterang secara sainsnya.
7. Kecepatan perkembangan manusia adalah berbeza tetapi sekiranya sgt berbeza dari carta tumbesaran kanak2, dia memerlukan perhatian perubatan.
8. Rangsangan akan menambahkan lagi sel-sel otak kanak2. Makin banyak sel dihasilkan, anak tersebut akan menjadi makin bijak.
9. Kecerdasan kanak-kanak menurut Teori Kecerdasan Gardner ada banyak. Antaranya ada kanak2 yg cerdas number/reasoning smart, word smart, music smart, picture/space smart, body smart, people smart, self smart, nature smart.
10. Buku mewarna menghalang kretiviti kanak2 dan kemampuan dia meluahkan perasaan mereka. Bg mereka kertas yg kosong, biarkan apa yg mereka mahu lukiskan.
11. Jgn paksa anak menulis dgn cantik. Dia akan hilang motivasi dan minat mencuba. Tumpuan belajar menulis akan hilang kerana lebih ditekankan untuk menghasilkan tulisan yg cantik dan kemas.
12. Bergembiralah dlm melaksanakan tggjwb sebagai ibu dan bapa.
Menurut penceramah, Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari, ilmu parenting sgt meluas. Kita perlu menambah pengetahuan dgn pembacaan, bertanya org yg arif dan jika perlu berjumpa pakar. Ini kerana cabaran membesarkan kanak2 di zaman sekarang amat jauh berbeza dgn zaman dahulu. Peganglah (rapat) anak dari berusia 0-15 tahun. Insya-Allah selepas itu jika kita lepaskan mereka akan jadi anak yg menghormati org tua dan berjaya. Insya-Allah.
Keibubapaan adalah pekerjaan sepanjang hayat dan tiada lesen diperlukan utk menjadinya. Asalkan sah dari sudut agama dan undang-undang negara. Sama2lah kita membentuk anak2 yg cemerlang dan sayangilah mereka. Kerana di luar sana ramai pasangan yg berebut2 hendak mendapatkan peluang seperti kita - menjadi ibu dan bapa. Akhir sekali, agama adalah tunggak utama dalam menentukan kebahagiaan dan kecemerlangan sesebuah keluarga. Bersama-samalah kita mencari keredhaan-Nya.
Sy pun bukanlah insan yg sempurna dalam membesarkan anak2. Ilmu2 begini amat sy perlukan sebagai panduan dan rujukan. Mana yg mampu sy ikut, selebihnya sy ikut kata hati juga :D. Ok itu sahaja dari saya. Selamat Bercuti.






