Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Pandan Muffin Wif Raisin/Strawberry CC

Panjangnya nama...hehehe...sebenarnya nama asal dia pandan muffin je. Tp Mj menambah2 ngan choc chips n raisin. Saje nak bg option kat anak2 makan. Yg sorg x makan raisin, yg sorg lagi suka kutip choc chips..ni pun cite las week. Sementara nak gi kenduri kawen umah jiran tu, MJ bakar mufin ni dulu. Senang le sesgt. Sume suka lah kiranya...

Cik Mat minta maaf le MJ ubah mcm2....tengkiu share resepi ni..mmg syok


Pandan muffin - CMG

Bahan:-

180 gm unsalted butter (MJ guna salted butter)

140 gm gula halus

2 biji telor gred A

80 ml susu segar

1 camca teh esen vanilla

220 gm tepung gandum*

2 camca teh baking powder * (disatu dan diayak)

1 camca teh pandan paste (MJ guna pewarna hijau sikit + perisa pandan setitis 2)

sedikit chocolate chips untuk hiasan (MJ buat separuh cc yg strawberry flav., separuh raisin)


Cara Membuat:-

Putar butter, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telor satu persatu dan putar lagi hingga kembang. Masukkan esen vanila dan putar lagi. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan kacau agar warnanya rata. [Klu guna raisin, gaul dulu dgn sikit tepung dan masa campurkan dlm adunan, jgn gaul kuat sgt & lama sgt. Ni utk elak raisin tenggelam]. Sudukan ke dalam acuan mufin pilihan sebanyak 3/4 penuh, tabur sedikit choc chips dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 175C selama 20 - 25 minit. Bergantung kepada oven masing2.

Ni sample yg ada raisin (yg di'rabak'kan itu) dan yg strawberry cc tu x de la MJ rabakkan...hehehe sedap, gebu..

Friday, April 2, 2010

Petite Chocolate Cupcakes

Nama salanya bukan la camtu..tp sebab Mj bubuh dlm papercup kecik2, sesuka hati MJ la tukar. Mintak ampun kepada pemilik asal resepi. MJ x salin plak nama blog dia. Tp klu merayap ke blog otai2 dapur ni, sure familiar tgk nama dia - FA London. Ni MJ cuba br ni. Ok la buat makan anak2..Kepada yg sudi, meh la cuba

Choc cupcakes – FA London

Ingredients:

1 1/3 Cup Plain Flour*
1/4 tsp bicarbonate soda*
2 tsp baking powder*
3/4 Cup cocoa powder*
1/8 tsp salt*
*sift 3x

45 g butter
1 1/2 Cup sugar
2 eggs
3/4 tsp vanilla essence
1 cup milk

Method:

1. Beat butter and sugar till light and fluffy, add in egg one by one.Add in vanilla essence.
2. alternately mix sifted flour with milk, mix well until combined.
3. Spread evenly into cupcake cases and bake about 20-25 minutes

note: letak mixture half sahaja dalam cases, sebab takut nanti over flow bila bakar.

Chocolate Ganache

1. 150 g whipp cream/ double cream
2. 250g cooking chocolate
3. 15 g butter

Method:

1. Masak double cream/whip cream hingga didih, tutup api lepas tu add in chocolate, mix well until combined, lastly add in butter.


Nota : Masa buat ni x letak ganache pun...Malas punya angkara..tp sedap gak rasanya hehehe..

Thursday, December 10, 2009

Choc. chips muffin

Sgt syok melayan muffin ni. Kebetulan bahan ada dan ada niat pun utk menghabiskan choc chips yg dah terlebih beli dan menyendatkan peti ais. Resepi yg mudah dan simple ni MJ godek dari umah k.jun yummylicious tu la..Tks kak. Anak2 adam sy sgt suka...apatah lagi DH n isterinya.

Bahan:
  • 1 3/4 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonate
  • 1/2 sk garam
  • 1 cwn fresh milk
  • 1 biji telur - pukul sikit
  • 1/3 cwn minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cwn choc chips
Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12-15 minit)

Monday, April 20, 2009

Kek pisang (muffin)

Aku nak hapdet ni tp resepi ada kat umah...x hengat le..nnt le bila teringat aku bw. Nak buat kat umah, alamatnya ramai la sesgt 'editor' x bertauliah tolong edit mama nye entry ni kang...kekekeke

Muffin ni asalnya resepi kek pisang..tp saja nak variety kan mknn untuk Tuan Adams itu, aku buat bentuk muffin. Senang nak makan. Lembut, gebus n x terlalu manis. Sesuai utk anak2...errr dan juga bapa kepada anak2 itu..hmmm. Untuk mevariasikannya, aku campurkan badam dalam bancuhannya. Ok gak la..

Saturday, March 28, 2009

Carrot cup cakes

Wah lamanya x mem'baking'. Sampai naik kebas tangan lama x menyukat2 tepung..Ni sume gara2 bulan2 STRESS ku yg lepas, penuh dan sarat ngan mcm2 event n program. Huh! letih dan sangat mengganggu hormon ku. So, utk melepas geram, lepas makan malam tadi aku memulakan operasi bersama2 chef2 'cilik'ku..bukan sebab x menang tgn sbb bendanya dah siap, tp x menang tangan menangkis dan menepis tgn2 kecil itu yg kekadang aku rasa nak gigit je..eiii geram..jom layan gambar2 ini...buat la senang je..

wakakakaka benci betul tgk 'kununnya-carrot' tu sbb x de pewarna kuning, pastu bentuk mcm cili..bila mama ckp ngan kimi, tu carrot, kimi tengok je muka mama..hahaha dia pun tau tu bukan bentuk dan ciri2 carrot..kimi konon tolong buat, tp habis dimakannya 'carrot jadian' itu..

Sumber : MR skyblue

Bahan2nya:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus
3/4 sdt baking powder
1/2 sdt nutmeg (aku x bubuh pun sbb x suka)
1/4 sdt serbuk cinnamon (pun x bubuh sbb x suka)
secubit garam
1 cawan lobak merah yang diparut (toskan seketika)
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan walnuts yg dicincang

Cream cheese frosting (part yg x menang tangan menepis tangan Kimi..gile punya suke ngan cheese anak bujangku ini!)
2 cawan (160g) gula icing
120g cream cheese
1 sdt lemon butter atau kulit lemon yg diparut
perahan sebelah potongan lemon (ni aku tambah sendiri)
sedikit pewarna hijau (ni pun aku tambah ikut suke aku hehehe)

Lobak merah (hiasan): aku guna instant fondant je

Cara2nya:
1. Panaskan oven (Oven aku 160°C). Lapiskan loyang muffin dengan paper cup, ketepikan.
2. Ayak dan masukkan semua bahan2 kering kecuali walnuts ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan lobak merah, telur dan minyak. Pukul sehingga sebati. Masukkan walnuts dan kacau sehingga rata.
4. Isikan paper cup tadi dengan 3/4 penuh bancuhan. Bakar selama 20-25 minit.
5. Sementara itu, sediakan cream cheese frosting. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga creamy. (Aku guna mesin je)
6. Bila cup cake dah sejuk, hias la ikut suka dengan cream cheese frosting dan letakkan carrot jadian korang..dah siap...

Lihatlah donia...kulihat hijauuuuu..