Showing posts with label Nasi/Pulut. Show all posts
Showing posts with label Nasi/Pulut. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Nasi goreng paprik


Biasanya menu begini akan muncul bila MJ lambat balik keje, menerima order yang sikit tp kuantiti yg banyak, atau kerja yg remeh hehehhe dan juga otak yg kosong x leh pikir menu daaa...kuikuikui. So, mahu resepinya kah? X pe, korg x mintak pun, MJ bubuh gak kat sini hehehehe...lambat sgt update blog, akaun nuff ku seakan lembab untuk berubah sejak akhir2 ini errkkkk sambil2 menyelam...

Untuk nasi goreng:-
Nasi yang telah masak, secukupnya
Carrot - dipotong dadu (klu ada mix veg, guna tu je lg senang)
Bawangan - tumbuk
Isi ayam - potong dadu
telur sebiji
lada putih sikit - tumbuk lumat/ guna serbuk pun ok
garam secukupnya

Caranya (goreng je mcm korg biasa buat)
1. Tumis bwg2 hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga ayam agak2 masak. Kuiskan ketepi kuali.
3. Curahkan telur dan kacau2 bg hancur2.
4. Masukkan nasi + sayur + lada putih.
4. Perasakan garam. Siap

Untuk mem'paprik:-
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air sedikit (bergantung kepada byknya kuah yg ingin diperolehi)
3. Masukkan sos tiram, sos cili dlm sesudu besar.
4. Masukkan ayam dan kacau hingga empuk.
5. Masukkan sayur2 yg ingin dibubuh termasuk daun limau purut - ikut la nak sayur apa mcm carrot, kacang panjang, kobis bunga,
6. Masukkan bawang besar yg telah dipotong 4/6. Gaul2, agak2 bawang besar dah layu, blh la tutup api.

hmmm apa yg kurg ek...ok adjust rasanya mengikut citarasa..tu basic je kan kat korg....alahai

Wednesday, May 5, 2010

Angin rajin last wk

Hahaha tu last wknya cite...tp minggu ni entah knp malas sesgt nak masak n update blog. Ni gara2 nak berjalan minggu ni la..ke mana? Nnt MJ update. Meh tgk apa MJ sedaiakn utk keluarga last wk. Masak yg biasa2 je tp sbb DH ada kat umah, tu yg bersemangat nak masak berjenis2.

Menu yg sume org x heran nak buat hahaha - maggie goreng, pulut kuning + sambal ikan bilis. Anak2 adam makan sume kecuali sambal tu je...DH & ayah MJ layan sungguh pulut dgn sambal tu. Masa nak masak tu, MJ berkira2, x yah la masak pulut bebyk. sapa nak mkn sgt pepagi hr..tp sudahnya MJ sendiri dpt mkn sikit je isk isk isk...

Tuesday, March 23, 2010

Sarapan pagi minggu lepas

Hari ni baru sempat nak update blog. Agak bz plak kebelakangan ni. Macam2. Dari hal rumah sampai la hal office. Tp, alhamdulillah masih boleh manage dan tidak dicampur-adukkan mahupun terbawa2 ke 2 2 lokasi itu :D.

Hari minggu lepas, kebetulan DH keje shift petang. So sarapan pagi agak bersemangat sikit MJ nak prepare. Jom layan gambar ni...
Nasi dagang, gulai ayam, acar mentah dan kek pisang mudah...

Hhmm yg simple2 je dan alhamdulillah memenuhi kehendak semua customer MJ dari yang junior sampai la yg veteran. Untuk menu nasi dagang, kali ni MJ guna beras yg kaler perang tu yg diimport khas dr Kelantan oleh Capt.Pait. Mekasih ye.

Untuk menu nasi dagang, boleh refer kat post MJ yang lepas. Klik sini.
Resepi kek pisang mudah tu MJ akan post selepas ni...mudah sesgt, main blend je

Thursday, March 11, 2010

Pulut panggang (inti serunding ikan)

Otw balik ke KL dari Pekan hari tu, kami singgah di kawasan jualan mkn2 org pantai timur. Alaaa x ingat plak apa nama taman tu (Jaya Gading ke?) Kat situ sempat la MJ beli keropok lekor yg belum goreng lg tu, sos2 keropok, keropok ikan termasuk la serunding ikan. Maka terhasil la makanan ini...tadaaaaaaa...:)


Owhhh gambar ada sikit goyang tp tara apa, tara apa, janji hasilnya sedap

(ada x mcm ayat Bob Lokman Judges RajaLawak:D)


Untuk pulut tu:

- Rendam 2 cwn beras pulut selama 1 jam atau lbh.

- Bersihkan dan toskan.

- Masukkan dalam loyang dan gaulkan dengan santan yg telah dicampur garam. Qtynya agak2 beras tu bersanta nsemuanya, kira ok la. Kukus.

- Selepas 30 minit dikukus, keluarkan pulut. Jika masih tidak masak, gaulkan lagi dengan santan tadi. Kukus semula.

- Setelah masak, sejukkan pulut.


Untuk menyediakan pulut panggang:

- Layurkan daun pisang atas api terlebih dahulu (Spy daun senang nak digulung dan tidak pecah)

- Ambil sepotong (agak2 la saiznya ye)dan letakkan ±2 sdb pulut di atasnya. Ratakan.

- Letakkan serunding ikan ditengah2nya dan gulung kemas.

- Sematkan dengan tooth-pick di hujung setiap daun pisang tadi.

- MJ bakar atas kuali leper. Senang.


Nota : Serunding ikan ni blh cari kat Giant/Carre4. Mak kan jenis nak senang hehehe beli instant je.

Monday, February 22, 2010

Nasi Lemak Pandan

Jumpa resepi ni kat umah k.nur. Tp sayangnya masa buat ni MJ x pandai nak agak brp byk daun pandan nak guna sbb buat separuh dari resepi k.nur. Pewarna hijau plak, blh kehabisan. Tu yg nampak x berapa nak hijau nasil lemak ni hahahaha..tp apa2 pun mmg sedap n harum.

Bila makan nasi lemak x de telur rebus, timun, rasa mcm x lengkap je. Tp disbbkan kedai jauh sgt, MJ belasah je la apa yg ada kat dapur untuk menambah selera.....errr MJ sebenarnya;p

Ok resepinya MJ C&P je dr blog k.nur. Minta izin ye kak share dgn tetamu blog saya..Tks for sharing such a delicious recipe.

Nasi Lemak Pandan ~ Hajah Zahara Sudi


Bahan-Bahan:
1 kg beras basmati (cuci bersih dan ditoskan)
5 helai daun pandan yang lebar di kisar dan ambil air nya.
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (kalau ingin menggunakan santan kotak, kita perlukan tiga kotak).
1/2 batang serai
2 cm halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah kecil
garam secukup rasa


Bahan-bahan sampingan untuk menghidang:
3 batang timun (di kupas kulit nya dan potong serong)
sambal tumis untuk nasi lemak
1 kg ikan selar kuning - di goreng
1 kg kepak ayam - di goreng
250 gm ikan bilis dan segenggam kacang tanah - di goreng
Beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
Beberapa helai daun pisang



Cara- Cara:
1. Serai, halia, bawang putih dan bawang kecil, dititik, dipecah2kan dan di-ramas.
2. Satukan bahan-bahan yg diramas dengan santan dan garam kedalam periuk.
3. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya.
4. Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi.
5. Kacau rata dan masak hingga tanak.

Thursday, February 11, 2010

Pulut kuning + rendang daging

Buat ni ahad lepas. Masa tu Dh br bangun tido petang (keje shift malam..so tidonya bersambung lepas zohor). Bila kejut bangun suruh minum petang, DH nampak menu ni atas meja. Ayat pertama dia, "Besar betul hajat awak ni" hehehehe sambil tersengih. Knp ek, klu masak pulut kuning mesti org kata kita berhajat sesuatu. Jawapan MJ,"Yes, please take a leave and we go for vacation" Jwpn DH, "Ooopsss!"

Ok meh MJ kongsi cara menyediakan pulut kuning:

- Rendam beras pulut bbrp jam sebelum mulakan operasi mengukus. Campurkan serbuk kunyit n asam keping dalam air rendaman beras pulut tu. Bila tiba time mengukus, cuci beras dan kukus seperti biasa.
- Setelah 1/2 jam mengukus, keluarkan pulut dari kukusan dan gaulkan pulut dengan santan yg telah dibancuh dengan sedikit garam. Gaul rata ye.
- Masukkan kembali pulut ke dalam kukusan dan kukus sehingga pulut masak sepenuhnya.
- Hidangkan bersama rendang daging/ayam atau sambal ikan bilis atau ikan masin.

Anak2 adam hanya makan pulut kosong je. Tu pun siap bertambah2. Kononnya nak bg sikit kat mak cik, ha langsung x dapat sbb habis dimakan ahli kelaurga MJ hehehe..

Monday, February 1, 2010

Nasi ayam (My version)

Sbnrnya ni cara org malas nak masak tp selera x hengat:D. So sapa2 yg 'rajin' seperti saya, blh la cuba menu ini. Menu ni byk guna bawang putih dan halia.

Penyediaan nasi:
  • Bawang putih (hiris)
  • halia (hiris)
  • 4 sekawan
  • Butter sikit utk menumis
  • Kiub ayam
  • Beras (bersihkan dan tos)
  • Air secukupnya untuk masak nasi
  • garam sedikit
Caranya :
  1. Masukkan butter dalam kuali dan cairkan.
  2. Tumis 4 sekawan seketika hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
  4. Masukkan beras dan gaul seketika. Masukkan garam, gaul rata.
  5. Masukkan beras dalam periuk. Curah air dan masukkan kiub. Kiub tu seeloknya dihancurkan. Gaul sekata & masak.
  6. kalau nak nasi lebih kuning, blh masukkan sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning.
Penyediaan ayam:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Ayam yang dipotong mengikut saiz kegemaran (MJ potong ikut saiz anak2 nak pegang)
Caranya :
  1. Tumbuk bawang putih + halia. Perah jusnya dan curah atas ayam yang telah dibersihkan.
  2. Masukkan sedikit garam, kicap cair dan perap dalam 30 minit
  3. Goreng
Penyediaan sup ayam:
  • Masak sup ayam macam biasa. Campak je kiub, confirm sedap..la kata nak ikut org malas masak. Camni la gayanya :D
Penyediaan kicap
  • bawang putih - pecahkan
  • kicap manis
  • sup ayam yg dimasak tadi
Caranya :
  1. Tumis sikit bawang putih, masuk sup, masuk kicap. Nak masin2 sikit, blh je tambah garam. Siap.
Penyediaan cili
  • Cili merah (ikut kepedasan)
  • sup dlm sesenduk je
Caranya :
  1. Blend cili masak yg dibuang bijinya.
  2. Masukkan dalam periuk, letak garam sikit dan sup. Didihkan.
  3. Siap

Tuesday, January 5, 2010

Nasi Dagang Mak Mertua

Ini adalah antara menu yg MJ x berani nak buat. X tau la kenapa. Dah lama menuntut dengan MIL. Dia pun dah penat dah ajar, bg petua sampai la bg beras wangi siam lagi ngeh ngeh ngeh. Bukan apa, sbb nasi tu berkukus. Takut x masak2. Membazir je. sapa plak nak menghirup gulai ikan tongkol tu hahahha..ok at last, MJ berani kan jugak dgn berpandukan resepi dr blog my SIL dan talian hayat direct ke my MIL nuu kat Pekan sana..Alhamdulillah, menjadi lajugak. Cuma lepas ni nak guna berasnya yg betul la. Br nampak cantik putih bersih je nasi tu. Meh layan gambar. Resepi sila rujuk di blog my SIL okey. Mak malas nak menaip nih:D. Anyway, tq to my SIL & MIL for the guide n recipe. Nnt raya dah ada plan nak masak apa huhuhu.

Ini baru nasinya...next!

Ini gulai ikan tongkol a.k.a ikan aye......next!

Last but not least, the acar mentah.

Saje potong kecik2 sikit mcm lidi senang atuk adams nak makan. MJ x leh makan cuka sbb gastrik tegar gitu. So MIL ajar dulu2, bancuh je sos cili + gula + garam sikit + air sikit then gaul je ngan sayur2 tu. Sedap gak. Ada berani mau cuba? :D

Monday, December 21, 2009

Nasi lemak

Bila asik keje x cuti2, mula la mengeluh penat keje. Tp bila asik cuti je, mengeluh jugak dok kat umah lama2. Mana x nya. Kalau DH cuti, x pe la jugak. Blh la diajak ke sana ke mari atau pun memulakan operasi mengemas bilik yg dah mcm stor. dah berbulan2 plan nak kemas tp tetap x berkesempatan. Amboi bznya mengalahkan menteri hahaha..

Ok, hari cuti baru ni byk kejadian menarik. Antaranya di sini. Tengkiu abah@DH. Kemudian disusuli dengan menu ni pula. Menu yg semua org blh buat sambil pejam mata lagi. Anak2 adam pun layan jugak.

Yg ni bkn la utk anak2 adam. Mana mungkin diorg makan yg bersambal2 nih kan. Kebetulan Capt.Pait yg dah overdue pun datang umah, lepas check up kat klinik area umah kami. dah 2 hari overdue. Sempat la mak buyung tu merasa nasik lemak MJ.

Hari tu terajin plak n maybe rezeki dia, MJ buatkan Moist Choc Cake. 2 wks before tu, dia dtg umah gak pastu sibuk tanya, x buat kek ke? Loh teringin plak mak buyung tu. So, hari Jumaat lepas MJ buatkan kek. Sbnrnya tuan rumah sendiri yg teringin gila nak makan choc cake *wink* *wink*. Pastu anak dara Capt. Pait beriya la nanyi lagi Happy Birthday. Nyanyian berduet plak dgn abg kimi. utk merialisasikan impian mereka, MJ yoyo ooo mendeco. Letak edible Happy Bday gambar Rory The Racing Car. Pastu cucuk lilin 2 batang. Sorg tiup sebatang. saje suka2. Ok buh gambar kat sini dulu. Resepinya next entry.

Dengan double layer ganache, sgt la syok menghabiskannya. Mas dirog makan tu kek br siap. So, x brp nak moist. Tp kitorg makan yg baki kek keesokan harinya, fuhhh sgt la moist nya.

Mlm tu Capt. pait call tanya tanda2 bersalin. Mmg la anak kedua tp pengalaman setiap kelahiran tu berbeza. Suruh dia terus gi hospital sbb dah ada tanda. Kol 1 pg dpt msg, dah bersalin kat putrajaya. Alhamdulillah 2 2 sihat n selamat.

Amboi dah pekena nasi lemak + moist choc cake achik br nak keluar ye. Ni la dia anak bujang Capt. Pait & Capt. Wan. Muhammad Akid Zahwan, digandingkan dengan kakaknya Nur Balqis Zahwan. Geramnya nak baby hahahha tetiba plak achik ni ye..

Monday, November 9, 2009

Nasi minyak Puteri Saadong

Hari tu saje2 mencari2 resepi2 nasi. saja nak menjamu kelaurga di hari minggu dengan menu yg jarang2 dibuat masa hari kerja..sedap jugak nasi ni..saya sgt sukah!! MJ godek umah k.ummi nun jauh kat Kuantan. K.ummi mintak izin ye kopipes kat sini..memang sedap.

Nasi ni sebenarnya warna mcm merah2 sikit sbb ada guna sos kan...tp disebabkan kamera kitorg tu 'canggih' sesgt, x tau la apasal kaler dia jadi camni..cuba la ye..

Bahan2nya:-

5 cawan beras basmathi (mcm biasa MJ x guna basmati)

5 cawan air (air ni sukat la ikut kebiasaan kita masak nasik)

5 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan sos tomato

5 sudu makan sos cili

2 biji bawang besar - mayang

2 sudu makan kismis

2 sudu makan bawang goreng

2 helai daun pandan


Bahan Rempah Tumis:-

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis


Cara Memasak:-
1.Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan rempah bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu.

2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air.
Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama-sama dengan daun pandan.
4. Biarkan hingga mendidih, barulah dimasukkan beras. Kacau rata.
5. Kemudian masaklah seperti masak nasi biasa.

6.Taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi apabila nasi telah kering. Gaul perlahan. Hidangkan dengan lauk kegemaran

Nota hujung entry:
Hari tu masak nasi ni dia mcm x cukup air. Keras2 gitu. Pastu MJ teringat kawan masa study dulu kata, klu nasi x cukup masak (kurang air), letak cawan yg ada air dlmnya dan tahan panas kat tengah2 nasi dlm periuk tu. Tutup permukaannya periuk dgn foil paper dan tutup penutup rice cooker tu. Biarkan nasi dlm setting 'keep warm' dalam 20 minit gitu atau sehingga ia lembut dan blh dimakan. Insya-Allah ok.

Sunday, November 1, 2009

Nasi minyak hujan panas

Dah banyak kali buat tp baru kali ni sempat n teringat nak snap gambar. Nasi ni korang blh bubuh apa-apa warna yg digemari. Tapi yang kali ni MJ malas nak bubuh banyak kaler. So, titikkan kaler 'orange brown' je.

Biasanya nasi2 begini org suka guna beras basmati. Lebih sesuai gitu. Tp kitorg jarang nak beli beras ni sbbnya jarang2 angin rajin ku dtg untuk masak nasi sebegini rupa. Nanti terbuang je berkulat beras tu. So, MJ hanya guna beras biasa tu je. Jom tgk bahan2 dan cara menyediakannya..

Bahan-bahan:
4 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 sekawan (Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
1" halia
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak sapi
seketul kiub ayam
sedikit garam

Bahan2 lain (optional):
Pewarna
kismis
gajus - panggang dulu
daun sup/bawang
bawang goreng

Cara2nya:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bawangan yg dihiris. Kacau hingga kekuningan.
- Masukkan beras dan gaul seketika.
- Transfer semua tu ke dalam rice cooker.
- Masukkan air dan susu. Kalau agak2 air tidak mencukupi tambah sikit. Ikut sukatan mcm biasa korg masak. Ataupun guna jari pun blh...eh mcm iklan syampu
- Masukkan kiub ayam (yg ni MJ hancurkan dulu supaya cepat larut dan sebati), garam. Kacau rata dan masak.
- Apabila nasi telah masak, biarkan dalam 5 minit. Jgn terus gaul sbb nnt nasi tu mcm patah2. X cantik. Kemudian barulah titikkan pewarna yg digemari. Jgn bubuh byk sgt...nnt jadi nasi hujan ribut pulak sbb kaler meriah sgt. Gaul2kan. Tabur gajus dan kismis. Gaul lagi.
- Angkat dan taburkan hirisan daun sup serta bawang goreng.
- Hidangkan.