Showing posts with label Cooking tips. Show all posts
Showing posts with label Cooking tips. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Perbezaan Ikan keli (makan bahan haram @ halal)...betul ke?

Salam semua. MJ dapat ni dr email yang di fwd oleh my x-schoolmate. So, x sure samada sumber ini betul atau tidak. Tapi mungkin kita akan lbh berwaspada selepas ini bila membeli atau menyediakan menu ikan keli untuk keluarga.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (
diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Monday, July 5, 2010

Cheese Cake Baking Class wit Chef Matthias

Hari Sabtu lepas, MJ berkesempatan mengikuti kelas baking anjuran UPM untuk staf. Rasanya semua org akan setuju yg semua orang boleh membakar kek sendiri. Tp tidak semua orang tahu teknik sebenar mengadun dan membakar yg betul. Bagi la resepi apa pun, semua akan kata x yah gi kelas pun leh buat hehehe...MJ sendiri banyak yang kurang dalam hal-hal begini. Kebetulan DH 'dengan rela hatinya' mengorbankan cuti (beliau keje shift, so sabtu n ahad pun kadang2 kena duty), untuk menjaga anak2 sewaktu MJ attend kelas tersebut. Ni MJ tunjukkan salah 1 kaedah yang MJ sendiri baru tau kaedah sebenar untuk membalut mould/ring sebelum kita membakar cheese cake.

Monday, January 26, 2009

Tips masak kari

Sedikit tips dari Chef Norzailina..aku pun baru jumpa. Sebelum ni masak main taram je..So, aku nak share ngan korang la...

Kari ikan:
1. Bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi.
2. Bawang merah, bawang putih dimayang halus
3. Gunakan air asam jawa untuk dicampurkan bersama dalam santan

Kari ayam/daging :
1. Bahan penumisnya ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
2. Bawang putih, bawang merah, halia mestilah ditumbuk/diblend.
3. Gunakan asam keping/gelugur untuk dicampurkan dalam santan

~ Mak cik aku bg tips pulak - utk bhn2 bawang, tumbuk/blend separuh dan separuh lagi mayang.

Ok, ilmu kita untuk hari ini..:)

Wednesday, December 24, 2008

Kek keju merekah

I just C&P from Kak Ani blog sebagai panduan ibu emiralisa ttg kek kejunya yg merekah atau panduan sebenar menyediakan kek keju..

Secara ringkasnya, kek keju boleh dibahagikan kepada dua jenis ialah jenis bakar(bake) dan juga jenis dingin (chill). Jenis dingin lebih mudah kerana tidak perlu membakar. Anda hanya perlu menyediakan lapisan asas (base) yang terdiri dari kek span atau biscuit crust. Tetapi kelemahan kek ini ialah ia perlu sentiasa didinginkan supaya tidak lembik.
Panduan Membuat Kek Keju
1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) bukan jenis spreadable (dalam botol).

3. Gunakan kaedah
water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.

5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).

6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.

7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.

8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.

9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.

10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.