Tuesday, August 24, 2010

Minyak Sapi QBB Tak Halal Ke?

Sumber : Utusan Malaysia, 24 Ogos 2010

CAP gesa tarik balik minyak sapi QBB

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan. "CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu. "Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim. Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu. "Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB," katanya.

onlymy2cents: time ni la sume isu halal haram nak keluar...pelik2...kenapa mesti tunggu Ramadhan baru nak kuatkuasa. Dah tu sepanjang tempoh penemuan kenapa x tarik balik cepat2..sapa nak tanggung apa yang kita makan dari Julai hingga date hari ni ...musykil2....i luv u la JAKIM ...muahhhssss!!!!bluekkk

1 comment:

Haji Mohamed said...

Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal sama ada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php