Thursday, August 19, 2010

Ikan kerisi masak taucu

Hari tu gara-gara mencari taucu yang peket kecik x de jual, MJ rembat je yg botol besar. Hambek kau..x habis2 lagi dok menung dlm fridge tu...hehehhe..Tp masakan taucu ni memang mudah. Main campak2 je, terus jadi...

Kalau MJ time sahur, menu camni mmg sgt membantu. X larat le nak bersengkang mata masak menu yang ambil masa utk siapkan...haishhh nak sambung balik tido sblm bgn lagi sekali utk bersiap gi keje plak...hehehehe..so, waktu memasak dan makan sahur kena cukup2 1 jam - 1jam 15 minit settle sume..ish cam askar lak...sume nak kena tepat.

Ni cara MJ menyediakan ikan masak taucu:-

Bahan-bahannya :
2 ekor ikan kerisi sederhana saiz, bersihkan, garam, kunyit dan goreng. asingkan
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, hiris
seinci halia, hiris
2 sdb taucu
air asam jawa
garam
cili merah, hiris serong
1-2 cawan air (ikut la nak kuah byk mana)

Cara-caranya:
1. Tumis bawang2 dan halia hingga agak layu.
2. Masukkan taucu, air, air asam jawa. Kacau seketika.
3. Masukkan ikan dan perasakan garam. Hati-hati semasa menambah garam kerana taucu sudah sedia masin.
4. Masukkan cili merah, kacau2 dan siap.

3 comments:

Dessert Queen said...

Kakak askar,kwn bini askar...berjangkitla kot..hahah

myza said...

mak aih leh thn menu bbuka kali ni eh..mcm2 ado

Mamajenn said...

non : berjangkit benda yg baik2 aku suke non tp jgn la berjangkit bab 'membuta' x kira masa mcm org tu hehehehe

myza : habis semua benua nye masakan nak try manak...susah tol nak bg org berselera makan subuh2 sebie