Dah lama gile sebenarnya MJ masak labu ni. Maklumlah baru sekarang berkesempatan mengadap blog ni ha. Bukannya nak kata keje dah x de, tp disebabkan dah banyak melampau, demotivated plak nak menyudahkannye hehehehe alasan...
Ok, kisah labu ni, MIL MJ bagi masa balik kpg bln lps. Besar gile buahnya. Setiap kali masak, MJ guna suku je utk hidangan keluarga. Macam2 labu ni blh dibuat, dari dijadikan sayur, boleh juga dijadikan kuih-muih. Nak mengabiskan labu yg besar tu...huiiihhhhh aiii abis sume kitab MJ buka cr idea.:p
Nampak x kuah MJ mcm ada keping2 putih2 tu...haaaa MJ pun x tau la knp lps masak jadi lagu tu kuahnya. Ni guna santan kotak. Bukannya yg perah2 tu. W/pun begitu rupanya adanya, ia tidaklah memberi kesan kepada rasa masakan itu..ahaksss mak perasan japs..tp ok je. Sedap je tgk org2 rumah sy makan.
Mak cik MJ pernah kata ada org yg x tahan makan labu jadi angin satu badan. So, dia kata, tambah lada hitam sikit bagi mengurangkan 'kesan' angin bila org makan labu tu. MJ pun x sure la juga kesahihan petua ni. Tp MJ buat jugak. Nampak mcm org rumah sume x de yg sakit2 perut sbb angin ke apa ke hehehhe..
Ni cara MJ masak tau. Sgt simple - bwg besar, hiris2 semi bulat+ Udang kering + santan cair. Didihkan dalam 10 minit, masukkan labu. Agak2 isinya dah empuk, masukkan santan pekat. Agak2 santan dah masak, masuk gula sikit, perasakan garam, lada hitam tumbuk sikit. Kalau ada daun kunyit, blh gak masukkan sekali semasa masukkan santan pekat. Tp MJ x bubuh pun sbb xde..hehehe..ok jumpa kat next menu dr labu ek...tunggu
2 comments:
mak slalu buat labu masak sayur kuning..tp kuah nya kuning lagi..mungkin mak tmbh kunyit kot
maybe kot..tp labu ni mmg lelama akan mempengaruhi warna santan tu. Jadik mcm kuning2 sikit. Tp akak lom pernah cuba tambah serbuk kunyit...maybe nx time. Besar sgt mak bg hari tu. Blh 4 kali masak tau..hehehehe
Post a Comment