
Buatnya pun mudah. Sambil2 nak memanaskan lauk mkn malam, MJ sempat bakar kukis ni. Bahan2 pun mudah, MJ buat doh dia dulu, simpan fridge dr lepas lunch. Tido ptg jap hehehe, Asar br bgn nak bakar. MJ tukar resepi ni ikut bahan yg ada ye.
Bahan-bahan:
400 g tepung gandum
125 g gula kastor
1 -2 sdt esen vanila
250g butter
4 biji kuning telur
Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tambahkan sedikit ice-cold water jika doh masih berderai. (MJ buat hari tu ok je, x yah tambah pun). Balut dgn plastik dan sejukkan lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan oven (180°C). Keluarkan doh dan bentukkan seperti sausage. (MJ hari tu buat bentuk segi4. Saje!). Potong keping2 dengan ketebalan ±1cm. Letakkan atas baking sheet atau griskan sahaja tray pembakar. Bakar selama 15 - 20 minit or turn nicely browny.
3. Sejukkan seketika. Sapukan jem strawbery. Letakkan hirisan strawberi di atasnya dan hidangkan.
Note: MJ rasa kukis ni dah elok2 je manisnya. So lbh prefer mkn tanpa sapu jem. Rangup n my boys sume suka la. Selamat mencuba.
2 comments:
wau menarik..leh wat kuih raya x
mulih2..pastu deco la apa2..sapu putih/kuning telur pastu tabur2 manik yg 100 thousand tu ke...buh kacang2 ke hehehhe simple je manak
Post a Comment