Thursday, February 2, 2012

Ikan pekasam goreng

Sebenarnya MJ tidak pernah makan ikan pekasam. Hhmmm macam pelikkan. Tp memang tidak diajar keluarga kerana mak n ayah x makan ikan sungai. kebanyakan ikan pekasam yang MJ jumpa semuanya diperbuat dari ikan sungai. Jadi pada usia 3series ni kan, Mj br la pertama kali memberanikan diri mencuba - masak n makan, menu tersebut. Tp tiba2...argghhhhhhh menyesalnya x makan sejak dulu hahahha...sedap rupanya ikan pekasam ni.

Saudara Syed Huzer ni kena bg royalti ni kat blog MJ sbb tepek produk dia kat sini hehehe. MJ jumpa ikan pekasam ni di kedai yg MJ tiap2 hari gi sarapan (weekdays) dgn kawan2 office. Bila nampak benda ni, MJ tanya member MJ sedap ke? DIa kata, sedap. Cubalah. MJ terus la capai n tanpa segan silu ngeeeeeeeeeeeeee...tanya org kedai tu, cemana nak masak ikan ni..

Tuan kedai tu pun ajar la MJ dgn loghat utara dia..uuiihhhh senang ja ni.. adik goreng ikan tu dulu. Masuk sekali hat serbuk2 ni. Ni bukan apa, beraih (beras) ja. Nanti dia masak, harum ja bau. Dah masak ikan tu, adik boh dlm pinggan sat. Kemudian, hiris bawang merah/bawang besar, cabai kecik (cili api). Goreng bawang merah tu sampai garing. Dah garing, tabuk (tabur) ataih ikan tu. Bubuh pulak cili padi, perah asam limau (limau nipis). Perghh makan dgn nasik panaih..Memang begini la (sambil menunjukkan tanda best!) hahahahha..


Tapi x tipu. MJ memang jatuh cinta terus la dgn menu ni. Sgt membuka selera. Nasi x ingat tambah brp byk la:D. Jadi, sapa2 yg jakun makan mcm MJ ni, lps ni kena cuba menikmati makanan ni. Rugi tau x cuba. Malaysia mmg kaya dgn makanan yg unik n sedap2. Dah cuba br tau!!

No comments: