Thursday, February 9, 2012

Kerabu terung

Kerabu yang MJ biasa jumpa semuanya kering. Tapi menu yang MJ cuba dari Majalah Rasa Dis '11 agak berbeza. X rugi mencuba. Boleh mempelbagaikan cara masak terung..kan..asik2 terung bakar, terung masak sambal, pajeri. X pun setakat campak2 dlm kari or dalca kan hikhikhik. Cara masak menu ni pun macam biasa cuma byk pulak step nye.

Ini resepinya:

Bahan-bahannya:
150g terung (layur atas api, buang kulit dan potong dadu) - MJ x potong dadu pun tp semi bulat
375ml santan
75g bawang merah - tumbuk kasar
2 biji cili merah - tumbuk kasar
50g udang kering - ditumbuk
1 sd makan lada hitam - ditumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
10 ekor udang hidup - bakar dan ambil isinya

Cara:
1. Didihkan santan di atas api perlahan. Masukkan udang kering, lada hitam tumbuk, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih. Angkat.
2. Masukkan bawang merah, cili merah dan udang yang telah dibakar ke dalam sebuah bekas.
3. Masukkan terung dan santan yang dimasak tadi. gaul sebati.
4. Masukkan ke dalam bekas hidangan dan sedia dihidangkan.

Sgt mudah dan sedap.

No comments: