Thursday, February 9, 2012

Peria masak lemak

Selalunya org x suka makan peria sbb rasanya yang pahit. MJ la tu hehehe..X pernah merelakan diri memilih menu itu, baik di kedai mahupun di rumah kenalan. Sbb x mahu ambil risiko rasanya yang pahit itu.

Tapi setelah MJ buat 'rayauan' sendiri, Mj jumpa tips yang mampu mengurangkan rasa pahit sayur ini. Buah peria ini juga Mj dgr org kata boleh kurangkan masalah darah tinggi. X kurang juga boleh menambahkan pengeluaran susu badan. Ohhh mmg suka la bila ada petua2 menambah susu ni kan..

Dari blog yang MJ rayau tu, x ingat sbb dah lama dah buat kerja 'kaki rayau' ni. baru sekarang dpt post kat sini hehehe...Pemunya blog tersebut memberi tips, untuk mengurangkan rasa pahit peria ni, setelah dipotong nipis, rendamkan seketika dalam air yang telah dicampur garam. Dalam 10-15 minit gitu, bolehlah dibersihkan dan tos. Masak la mcm biasa.

Ok, ni resepinya..

Bahan2:
Petola - klu besar, potong semi-bulatan. Kalau saiz kecil, potong bulat2 pun ok
Bawang merah *tumbuk sekali
bawang putih *tumbuk sekali
kunyit hidup *tumbuk sekali
udang basah - buang kulit
sedikit cili merah *tumbuk sekali
santan
asam keping
garam secukup rasa

Cara2nya:
1. Selepas petola direndam dlm air garam, bilas dan toskan.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan masukkan santan. (Boleh juga nak masuk santan cair dahulu, kemudian pekat. Tp mak nak cepat uols...ku curah aje santan kotak)
3. Kacau sehingga santan mendidih/masak, masukkan petola. agak2 dah lembut, masukkan udang n perasakan garam.
4. Done!

5 comments:

myza said...

betul ke hilang pahitnya??

Mamajenn said...

kurang la. Akak yg ngeri nakmkn peria sblmni, boleh dah telan lps tau tips ni..try le

Anonymous said...

si dia suruh eena masak peria masak lemak. tak reti..huhu..ikut resipi ni jadi la kan? :) folow sini sekali. hope mamajen boleh ajar eena macam2 resipi lagi., nk kawen muda ni susah..huhuuuww

Mamajenn said...

insya-Allah menjadi. MJ pun x la pandai sgt..belajar2 juga dr org2 yg bijaksana:D Kawen muda x susah la tp kena matang cara pemikirannya:D Gudluck

Anonymous said...

peria boleh, petola pun boleh....