Kat atas gunung tu ada kawasan dataran gitu. Ramai org meniaga. Penat nak layan. Harga yg dr IDR 50 000 diorg 'tawarkan sendiri' sampai IDR 10 000:D. Punya la nak kita beli. Kesian pun ada. Tp takut kang beli kat sorg, habis pulak kena hurung. So, kitorg x beli2 pun. Diorg akan offer gak utk ambilkan gambar kita. Blh la sedekah/byr upah kat diorg ni. Mmg manis la mulut diorg melayan kita sebagai tetamu. Tp jgn lupa upahnya buk!. Kawasan situ sejuk gak la. Sib baik anak2 MJ dah siap2 pakai bj sejuk dr hotel. Mmg dingin n nyaman gitu. Org Malaysia? Puuhhh bersepah kat situ. Kang tgh nak ambik gambar, "tumpang lalu jap dik"...eh bhs kita. So tanya, dr mana kak...Perak..Shah Alam...etc.. Memang ramai org kita yg bercuti. Pak Ugih kata mmg bulan Nov n Dec, org Malaysia ramai ke Bandung..Iyaa apa lagi maunya...sopping sampei kering poket tu..
Ok, bg mereka2 yg x tau nak bw brp hengget ke sana kan..x kisah klu bw sikit. Sbb di Bandung ada CIMB Niaga. Blh je withdraw di mesin ATM di sana. Paling hebat pun org CIMB Malaysia akan call untuk confirmkan pengeluaran tu dan tanya brp lama lama kita di sana. Jgn lupa aktifkan roaming dr Malaysia ye. Takut nnt CIMB nak call utk confirmation, xdpt call, diorg suspend plak akaun. Byk lak hal blk KL nnt.:D. So, jgn risau klu agak2 nak shopping mcm gaji riban2 masuk hari2 dlm akaun hehehhe..Ko ckp matlamat gi sana nak shopping kan..aku bg idea je kot2 ko risau cemana klu x cukup duit..Apa2 pun, berpadalah bila berbelanja:D (En. suami, percayalah isteri mu ini sedang berkata2 ayat2 murni itu huhuhu...)
Selepas puas pusing2 n posing2 di situ, kami pergi ke Strawberry Park. Kami tidak singgah ke Kawah Putih kerana keadaan yg sejuk n baby MJ dah start sesema bagai. Di situ aktiviti mcm di strawberry farm kat sini, petik2 buah, beli2 jus n jam dan beli buah soberi la. Harga murah dr tmpt kita la, opkos... Sementara MJ memilih2 buah, hero kami yg 2 org lagi dok layan naik kuda. Setelah hasil petik ditimbang n bayar, kami semua dpt free strawberry blended. Kecik pun cawannya tp sgt sedap. Manis gitu. Pulang dari situ kami menghala balik ke arah hotel.Otw balik, kami singgah di Rumah Mode. Pada MJ sapa yg nak shopping bj2 branded tp dgn harga yg berbaloi, blh la tgk2 kat sini. MJ x minat n dah penat pun ye gak. So, x berenti lama pun kat situ. Ambik2 gambar je kat kawasan dia sbb dekorasi tempat tu sgt cantik. Nyaman! Selepas selesai di Rumah Mode, kami dah start kebulur. Tp niat di hati nak panjat lg Pasar Baru tu n borong kain ela puas2 lg. Kami meneruskan perjalan ke Pasar Baru. OTw ke Pasar Baru, kami singgal di 1 mall apatah x hengat. Ada outlet Kartika Sari yg glem dgn browniesnya. Sgt ramai org membeli. Berkotak2..Wah mataku pun rambang. Semua nak tunjuk. Semua nampak sedap. Harga pun murah! Gilak gilak...Bila niat berenti tu nak beli tu je, so habis beli brownies mcm2 perisa, cheeasy stick la bagai, kami terus ke Pasar Baru utk memborong kain lagi n lunch di Food Court situ shj.Satu yg MJ x gemar kawasan Pasar Baru ni. Wpun tempatnya berhawa dingin, tp org2 di situ meraokok dlm ekon. Mula la rimas bau tu bercampur dlm ekon. Dan agak menakutkan bila mereka merokok di kawasan yg padat dgn baju2. Sgt mudah terbakar..hayooo knp la begitu. Setelah membeli belah...lagi (tihtihtith)..kami makan menu mcm biasa...seperti yg tertera di gambar. Senang nak tau apa benda akan ada dlm pinggan nnt hehehe. Sgt sedap. Apatah nama mknn dia tp ada ayam kampung bakar la...mmg x tau nak ckp cemana sedap tu. Selesai makan2, kami terus menuju kembali ke hotel. Sgt penat, sakit kaki tp hati manyak senang lo:D:D...Balik hotel, rehat2 jap n packing brg bg muat2 luggage hehehe..mlm gi kuar mkn lg.. Esoknya kami bertolak dr hotel ke lapangan terbang. Brg kami yg berkotak2 di 'offer' pak kastam utk dibalut. Tp byr je brp sen tah. Senang nak loading dlm kargo n x susah masa nak collect klu bersepah2. Pukul 12.30 flight tiba n kami bertolak meninggalkan bumi Bandung.
Overall sgt2 berpuashati dan selesa w/pun berjln n shopping dgn baby yg br berumur 6bln++. Perjalanan yg jauh melihat tempat org buat MJj rasa sgt bersyukur berada di negara sendiri n keluarga yg sederhana. Kepayahan n kesanggupan anak2, ibu2 dan org2 tua di sana menyara hidup mereka sgt menginsafkan. Sedey woo tgk anak2 kecil minta sedekah di tepi2 jalan sambil ketuk2 cermin kereta. Bila lampu merah je, keluar la mereka menghampiri kereta di tgh2 jln. Adus sgt trajis. Apa sahaja kerja yg boleh mendatangkan duit, mereka akan lakukan. Alhamdulillah, bersyukur dgn segala nikmat dan rezeki yg Allah berikan pada kami sehingga hari ini. Hujan emas di negeri org.....
2 comments:
wah menarikk..Nyaman!!!!
sila masukkan dlm list travel anda...blh bw qaish jln nnt:D
Post a Comment