Thursday, March 29, 2012

Makanan pejal bayi (6 bulan ke atas)

Sebenarnya baby MJ dah masuk 9 bulan. So, gambar2 ni semuanya sudah lama tersimpan. X sempat nak update n tepek kat sini. MJ suka try mcm2 bila buat bubur baby. Ye, klu dah budak kecik tu, dia redha je apa kita bg hahahha oopppsss jgn lak salah paham. Ibu ini cuma ingin memberikan yg terbaik utk anak2nya..kelasss..

Ok, berikut adalah antara menu2 yg telah 'BERJAYA DI SNAP GAMBARNYA'

Menu pertama:-
Bubur nasi + sawi bunga + isi ayam

Menu ke-2 :-Bubur nasi + isi ayam + carrot sikit + kismis (7 biji)

Menu ke-3 :-
Bubur nasi + isi labu + isi ayam + 2-3 helai daun sawi jepun

Menu ke-4:-
Bubur nasi + ubi jepun (sweet Japanese potato) + isi ayam

Nota:
1. Kebanyakan menu utk anak MJ yg kecik ni berasaskan ayam. Sebab pernah try guna ikan bilis, dia x mo makan sgt. Maybe ikan bilis gred yg MJ beli x bagus kot hehehe. So dia rasa kesat2 kot kat lidah/tekak dia.

2. Percubaan MJ utk introduce juga ikan bilis (zat besi), DH MJ beli ikan bilis dari Sg. Petani. Amboi, jauh la pulak ek nak cr ikan bilis hehe..kebetulan sbnrnya DH MJ ke rumah SIL Maiza di sana. Apa yg MJ buat, MJ rebus sekali masa mula2 masuk beras. So, isi ikan bilis tu cepat lembut n hancur dgn mudah bila di blend.

3. Sayur2 biasanya MJ masukkan bila nasi dah benar2 kembang. Dan x dimasak lama. Sekadar layu. Melainkan sayur spt labu, ubi, kentang, MJ masukkan awal sbb ambil masa nak bg empukkan.

4. Biasanya MJ masak x de la sampai nasi tu betul2 hancur mcm bubur. Sbb ambil masa yg lama. Buang masa n buang gas:D. So agak2 dah kembang, tutup api, biar sejuk sikit n blend.

5. Tidak digalakkan menambah garam dalam menu bayi bawah 1 tahun. Kenapa? Hmmm MJ lupa nak tanya doktor knp dia ckp x blh..nnt klu MJ dah tahu atau ada sesiapa yg tahu, blh la berkongsi di sini.
--> The answer in next entry..please click here (Update on 26 Jul 12)


Ok, akan muncul menu makanan si kecil dalam entri akan dtg ye:D Kalau rajin nak snap gambar hahaha

4 comments:

adda syuhada said...

bagusnya....nanti bleh jdi rujukan untuk bby sy nanti..skrg my bby bru 4bln...

Mamajenn said...

hehehe sama2 la kita menimba ilmu..Mj pun bkn la hebat sgt..byk yg dicuba utk tambah ilmu n pengalaman:D

Ummi_R❀salici❀us said...

kalau tak salah saya, tak boleh tambah apa2 perisa macam garam dlm makanan bayi sebab nak biasakan bayi dengan peringkat rasa makanan, nanti taklah diorg memilih nak makan yang mana sedap..hehe

Mamajenn said...

hehehe klu setakat memilih mknn, x kan doktor sampai beria ingatkan x blh tambah garam dlm mknn bayi kan...x pe2..sy cr info n kita kongsi sama2 ye:D