Tadaaaaaaaa..................
Yang nampak 'garing' tu bukan salah dia tp well, keje mak org 3 anak kecik ni hehehe overcook tp syedap..
MJ jumpa resepi ni dari blog akak yang terer ni http://anymz-mykitchen.blogspot.com/. Minta halal paste plak kat sini ye resepinya:
Sumber1:yatie@sinar kehidupanku
Sumber:mas@Duniaku
Resepi:kak Fida@myR
Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6
1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur
Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan.
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
2 comments:
wah! akak pun buat bingka hari ni..bingka eggless namanya..huhu
hadui tuan punya resepi dah singgah hehehe...yg ni pun lama dah print kak..tp br hr tu berpeluang buat. oo nnt sy usha lg blog akak ye. Tq n mintak halal paste resepi kat blog sy ni kak:D
Post a Comment