Wednesday, December 10, 2008

Apam Ice Cream Soda/Sprite

Percubaan kali kedua. Tahun lepas pernah try tp x naik langsung. Terajin ni gara-gara ada setin air sprite kat umah baki mkn pizza kelmarin. TQ Tuanku Bob kerana sudi menyingsing lengan, mencemar duli membantu patik di dapur.

Sumber asal x ingat dr blog sapa. Tapi nama kat kertas yg ku print ini, sumber dari maklang FP.

Bahan-bahan:

Bahan A
250 g gula castor
1 sdb ovellete
3 biji telur

Bahan B
300 g tepung gandum/tepung naik sendiri (i guna tepung berserbuk penaik Brand 'Blue Key")
1 sdt baking powder

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Caranya:
1. Pukul A sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil terus dipukul.
3. Masukkan Bahan C dan gaul sebati
4. Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk warna plain dan 1 bahagian lagi dibahagi 2 dan dicampurkan 2 warna.
5. Masukkan bancuhan dalam acuan dan kukusan mestilah telah sedia menggelegak airnya. Bungkus penutup kukusan supaya wap tidak jatuh ke atas bancuhan.
6. Kukus selama 10 minit.

Post-mortem :
1. Tak tau kat mana silapnya, masa 1 round buat apam mcm melekat2 bila nak keluarkan. Adakah disebabkan acuan basah atau tidak digriskan terlebih dahulu? 2 round buat, aku griskan dulu acuan dan hasilnya senang pulak nak keluarkan.
2. Maklang tu kata kalau kukus dgn api yang besar apam akan pecah cantik. Tapi aku punya api tu dah max tp hasilnya camtu gak...hahahahha. Apa yg kurang ye? Susah gak buat apam ni sbnrnya. Ke aku yang tak pandai..:p

Rasa apam ni ok la...x manis sgt, x tawar sgt..ringan dan lembut. Kimi pun suka makan, Najmi tu tolak kayu ngan batu je... ooo dan juga segala jenis ubat.Selamat mencuba.

Tuesday, December 9, 2008

M.A.T.I

Masa kitorg sampai dari kampung, ada sekor kucing kurus sgt, berkurap, duduk atas kerusi depan rumah. Kesian pun ye jugak. So aku biar je la. Cik Bob pun x halau gak. Memasing penat. Malas nak layan kes2 begitu.

Pagi tadi nak gi keje, tengok ada lagi kucing tu. Ah, biar la! Nak cepat gi keje. Pastu tengahari tadi balik umah jap. Konon nak basuh baju kotor yg bw dr kampung. Pastu terperasan le kucing tu dah terbaring atas lantai, najisnya bersepah2. Ada lalat dah datang2 hinggap kat badan dia. Tgk lelama, eh gerak lagi dada dia. Hidup la ni. Terbantut niat nak membasuh.

Pastu aku masuk umah. Makan tengahari, tapau dr kedai. Masa tgh makan tu dengar bunyi macam kucing 'jerit' tp sekali je. Pastu senyap. Masa tu x syak apa2. Call Cik Bob bgtau dia ada kucing nak mati kot. So, mintak tolong Cik Bob 'settle'kan kawasan kejadian. Blh pulak Cik Bob kata aku pijak kucing tu..suke2 hati je. Ingat kita ni kejam sgt ke.

Pastu dah nak dekat kul 2, siap2 nak gi balik opis. Aku tgk kucing tu dah mati, pastu siap ada air kencing n najis kuar lagi..tetiba terfikir haiwan yang x buat dosa besar2 pun mati sampai terkencing, terberak. Kalau manusia, entah macamana la. Baru teringat bunyi kucing 'jerit' sebelum tu. Betapa sakitnya nyawa dicabut. Kesian pulak tgk kucing tu. Rasa takut pulak andai kata esok lusa kita dijemput menemui-Nya. Memang mengaku amalan x banyak mana, dosa bertimpa-timpa..mana nak tampal pahala kat dosa sesama manusia lagi, dengan Tuhan lagi..Oh Tuhan! Takutnya mati.

Kek Batik Biskut Marie

Ini la resepi yang main pejam mata je boleh buat. Dapat dari FP/blog sapa ke tah..x hengat. Dah lama sangat.
Ghope yang x semenggah..Ni buat kat umah MIL i la.

Ok here is the recipe

Bahan-bahannya:
1. 1 buku butter
2. 1 small packet of Milo (200g if i'm not mistaken)
3. 3/4 tin susu pekat
4. 2 row of biscuit Marie - pecah2kan kepada 2/3 bhgn setiap kepingan (Normally if you buy this biscuit, the green color wrapper one, i forgot the brand la en. bob tolong!, there will be 3 row of biscuits in it.)

How to do:
1. Cairkan butter dalam periuk dengan api sederhana.
2. Apabila kesemua butter telah cair, masukkan susu dan kacau rata.
3. Masukkan milo dan kacau lagi sehingga hampir likat. Kalau kacau tu rasa macam berat sikit. (Masa kat kpg tu nak cepat siap, so x berapa likat. Lepas dah potong n dok kat luar, lelama dia jadi mcm lembik sikit)
4. Tutup api, masukkan biskut dan gaul lagi sehingga semua bahagian biskut disaluti susu+milo tadi.
5. Lapik loyang (seeloknya dilapik dengan plastik. Senang nak kuarkan nnt). Tuangkan bancuhan tadi. Tekan2 sikit dengan sudu supaya padat.
6. Agak2 dah nak sejuk tu, masukkan la dalam peti ais.

Post-mortem result : Hasil kek akan menjadi lembik selepas dipotong jika bancuhan tidak cukup likat. Selamat mencuba!

Selamat Hari Raya Aidiladha

Baru nak wish korg...banyak ke buat korban/akikah? Kitorg x buat pun tahun ni. Akikah utk anak2 alhamdulillah dah lama settle. Hari raya baru ni kitorg balik kpg hubby...lagi...:) Kebetulan his relative was ijab kabul on the Saturday, Dec 6. We spent 4 days at Pekan starting from Jumaat till Isnin.

Almost all 4 days it was raining there. I am afraid n worried too if flood will happen at Pekan like last year. The Sg. Pahang water level still in secure mark, i guess but its look high actually. My MIL told me that last year Pekan was like a new island in Pahang. All water had covered and rise most of all area. They seems like 'terputus hubungan' with other side of Pekan. They also having a food shortage, no much raw food they can get from the nearest shop. perghh takutnya. And before i go back this time, i already inform my sis if they found in the news any faces that look like one of our family at the temporary relief shelter, that absolutely us! No doubt! Hahahha..but alhamdulillah we reach our home yesterday in safe n sound.

Yesterday was rainy too n along the way from Pekan to KL. We took almost 4 hours to arrive at Serdang. Everybody look so tired due to long hour sitting in a car. Hubby decide to call a fast-food delivery service for our dinner. So, Domino has been chosen and at 7, both sons get a sleep. Kesian..penat.

- Pizza, chicken wings n soft drink -

"Sorry dear, mama penat sgt. Terpaksa la awak makan fast-food"

Kek Mentega Keju

Lamanya blog ku terperap..hehehe start dah penyakit 'M' menyerang..Baru sekarang free utk keje2 yg x masuk dlm job description nih :)

Ok ni nak update resepi br buat last Friday. Bawak balik kampung hubby ada kenduri kawen. And i only can prepare them below cake...huhuhu mak penat last week..

Ok tenung gambar ni dulu yek...

Sumber : C&P from Chef Norzailina blog (maleh nak menaip)

Bahan2nya:

170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna }
1½ camt serbuk penaik } diayak
2 camca teh vanila
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam



1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. (My oven - 160°C ; 50 minit)
10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Kek ni baunya harum. Makan bebanyak pun x jemu/muak macam kita makan kek butter sahaja. Boleh le try.

Note : Butter n cheese perlu berada pada suhu bilik sebelum digunakan. Butter blh dipotong kpd bbrp bhgn sebelum dipukul supaya suhu sekata. Cheese yg terlalu sejuk akan menyebabkan adunan berketul-ketul dan hasil tidak menarik. Kaedah kaup-balik semasa memasukkan putih telur ke dalam adunan tepung sangat membantu memerangkap udara dan menyebabkan kek ringan. Ni sume petua chef tu...mak ringkaskan ye nyah...ceh! Tu yang korg nampak mcm terer masak..hakikatnya ohhhh tidak..aku pun budak baru belajar..tp suka nak share ilmu yg sikit nih...