Sunday, November 1, 2009

Nasi minyak hujan panas

Dah banyak kali buat tp baru kali ni sempat n teringat nak snap gambar. Nasi ni korang blh bubuh apa-apa warna yg digemari. Tapi yang kali ni MJ malas nak bubuh banyak kaler. So, titikkan kaler 'orange brown' je.

Biasanya nasi2 begini org suka guna beras basmati. Lebih sesuai gitu. Tp kitorg jarang nak beli beras ni sbbnya jarang2 angin rajin ku dtg untuk masak nasi sebegini rupa. Nanti terbuang je berkulat beras tu. So, MJ hanya guna beras biasa tu je. Jom tgk bahan2 dan cara menyediakannya..

Bahan-bahan:
4 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 sekawan (Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
1" halia
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak sapi
seketul kiub ayam
sedikit garam

Bahan2 lain (optional):
Pewarna
kismis
gajus - panggang dulu
daun sup/bawang
bawang goreng

Cara2nya:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bawangan yg dihiris. Kacau hingga kekuningan.
- Masukkan beras dan gaul seketika.
- Transfer semua tu ke dalam rice cooker.
- Masukkan air dan susu. Kalau agak2 air tidak mencukupi tambah sikit. Ikut sukatan mcm biasa korg masak. Ataupun guna jari pun blh...eh mcm iklan syampu
- Masukkan kiub ayam (yg ni MJ hancurkan dulu supaya cepat larut dan sebati), garam. Kacau rata dan masak.
- Apabila nasi telah masak, biarkan dalam 5 minit. Jgn terus gaul sbb nnt nasi tu mcm patah2. X cantik. Kemudian barulah titikkan pewarna yg digemari. Jgn bubuh byk sgt...nnt jadi nasi hujan ribut pulak sbb kaler meriah sgt. Gaul2kan. Tabur gajus dan kismis. Gaul lagi.
- Angkat dan taburkan hirisan daun sup serta bawang goreng.
- Hidangkan.

Thursday, October 29, 2009

Daging tempra

Kalau menu daging, yg paling best kami suka daging masak black pepper. Tapi disebabkan DH beli daging yg hamat banyak, makanya terpaksa la dipelbagaikan menu itu. So, ni MJ cikun idea sekali dgn resepi2nya dari blog kak ummi kuantan (mana lagi:D). Resepi asalnya dari Cik Mat yg malatops iteww...huhuhu..mintak izin dikongsi bersama pengunjung blog saya. Menurut kak ummi, CMG kata resepi asal guna ayam tp beliau tukar guna daging. So, MJ pun try gak sbb sibuk mencari resepi daging yg mudah2 nak dimasak lepas balik keje.

Rupanya macam daging masak kicap tp rasanya ada kelainan sikit

Ramuannya:
  • *700 gm daging - dihiris nipis
  • *1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • *2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • *1/2 camca teh garam
  • *1 camca teh gula (Perap semua bahan bertanda * selama 30 minit)
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji cili hijau - hiris serong (x de plak stok dlm fridge)
  • 1 biji cili merah - hiris serong
  • Daun bawang - dihiris untuk tabur (ni pun x de gak)

Bahan A (disatukan dan kacau rata):-

  • 1 camca besar kicap pekat
  • 3 camca besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar jus limau nipis/cuka (yg ni MJ ganti dgn nampla sbb x de gak kat umah)
waaa apa je yg ada dlm fridge ko ni wakakaka......

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga wangi.
  2. Masukkan daging yang diperap tadi dan masak dengan api besar selama 7-10 minit hingga dagingnya lembut.
  3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Kecilkan api dan reneh hingga daging benar-benar lembut dan kacau sekali-sekala.
  4. Bila telah pekat, tambah 1 camca teh minyak masak, kacau rata. Masak sekejap dan seimbangkan rasa. Tabur hirisan daun bawang semasa menghidang.

Tuesday, October 27, 2009

Roti pita + daging cincang

Alahai x tau plak nak menamakan menu ini..janji semua org paham apa yg dimaksudkan. Dalam x sihat angkara tidak cukup tido n rehat melayan anaknda yg demam sesema, ku gagahkan jua menyediakan minum petang utk DH n kimi (tapi kimi x makan ni, buat mini roti john je utk dia). Lihat la donia hasilnya............

MJ masak main campak2 je, janji ada rupa cam jual kat pasar malam tu n sudi diperabihkan DH.

Bahan-bahan inti:
Sebiji bawang besar (potong dadu)
Secawan daging cincang
2 sdk sos tomato
2 sdb sos cili
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada putih

Caranya:
- Tumis bawang besar sehingga layu.
- Masukkan daging cincang dan kacau2 sehingga daging nampak masak.
- Masukkan sos, garam dan lada putih. Rasa apa yg kurang dan tambah. Angkat dan ketepikan. (Kalau kat pasar malam tu dia gaul sekali dgn timun yg didadu...ala tu nak kurangkan kuantiti daging/ayam la tu..ceh)

Mem'pita'kan roti itu
- MJ bakar seketika roti atas kuali leper...kejap je x yah lelama.
- Sapukan mayonis di kiri kanan dalam poket roti tersebut. Klu suka pedas lebih, blh je sapukan lagi sos cili, ikut la selera memasing.
- Bubuh inti yg telah dimasak tadi. Klu suka mayonis lebih, bubuh lagi kat bhgn 'mulut poket' tu..dah siap untuk di 'NGAP'

Tuesday, October 20, 2009

Biskut suji salju

Saje nak upload resepi biskut raya hari tu. Simpan kat sini, blh la rujuk dikemudian hari. Ye tak? Ambik dari blog maklang..tp tuannya bernama k.ita. Which Ita, i also dunno. Ok meh tayang biskut jap.

SUJI SALJU

sumber : kak ita


A.
150g minyak sapi

100g butter

100g gula castor

1st esen vanila

1 biji kuning telur

B.
100g cornflakes - kisar halus

100g tepung jagung

50g tepung suji

280g tepung gandum - curah skit2 dulu sampai senang diterap


HIASAN: 150g tepung susu (mklang guna susu eveready, jadi takyah ltk icing lagi sbb manis sedang elok)

50g gula icing


Cara
1. Sebatikan semua bahan A

2. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yg lembut.

3. Canai dan terap. Bakar pd suhu 150 selama 25' (ikut oven masing2 eh)

4. Dah masak, sewaktu masih panas gaulkan dengan campuran susu dan icing

Monday, October 19, 2009

Tiba-tiba puleksss kan...

Apahal entah, mlm tadi x leh tido..pikir mcm2..Lepas layan CSI sampai kol 12 terus terkebil2 sampai kol 1 lebih. DH keje shift mlm pulak. Dari pikir hal rumah, kimi, hutang-piutang sampai laaaaaa nak tambah no.3:) Setelah difikir2, mcm ok je nak dpt baby sorg lagi next year sbb takut nnt kimi dah 6 thn nak start sekolah sapa plak nak uruskan bila MJ tgh pantang nnt. Kalau dia x perlu ke sekolah khas, blh la mintak tolong abg kat umah hantarkan..tp kalau kena masuk sekolah tu, jauh la pulak. X de sapa plak nak uruskan. Makanya adalah sesuai utk memikirkan anak yg ke-3 dr sekarang.

Tapi ada satu benda yg mencemaskan...kalau boy lagi cemana? Memang la anak kan..kitorg terima apa yg diberi-Nya tp tersangat la teringin nak dpt baby girl. 2 minggu lepas, anak abg MJ lepak umah. Umur dlm 9 thn, girl. Bila petang sibuk tanya, acik x nak masak2 ke? Tanya dia, nak makan apa? Dia request, bihun sup je. Ok jom tolong...bila dia tolong tu, mula la MJ berangan sorg2, bestnya klu ada kawan sorg kat dapur..yg adams tu mmg x leh ckp la kan, x yah mintak tolong pun dah sibuk tarik kerusi nak tgk mama dia buat apa..tp yg MJ harap ni yg lebih sesuai la ke dapur..

Hari ini apa keje Mj? Ha meng'google' baby gender prediction.. Tengok link ni...Ni yg MJ dah buat..
Sapa2 yg nak tau giliran baby gender dia, blh la cuba. Ini hanya prediction ye, segalanya hanya Dia yang tahu dan tentukan. Saja suka2...hehehhe..

However, we have many things to do/wish list before we proceed for the 3rd baby:
- renovate umah
- susun bilik bg proper
- tukar kitchen cabinet
- tukar keta (not sure yet. still can consider after baby birth)
- beli fridge baru - bekas ice box yg besar utk simpan BM (breast-milk) masa pantang nnt.
apa lagi ek...mcm2 la Mj pikir sampai 1.30 pg pun x lelap2 lagi..tp pagi ni bgn dengan ceria...kenapa ek? Semangat berkobar2 nak kemas umah, alih2 barang, pilih barang2 baby yg blh pakai lg/x, waaaah seronoknya nak pregnant balik!!!