Tuesday, January 19, 2010

Sambal Godok

Dah lama x update blog. X sempat sebenarnya. Mcm2 nak buat 1 hari. Klu diminta 8 hari seminggu pun MJ x nak. Lambat plak rasanya nak sampai ke hari minggu. Sib baik seminggu tu mmg ada 7 hari je...wahahhaha...ok ni dah lama buat sebenarnya. Tp spt Mj kata tadi, br hari ni berkesempatan meng update. Mcm bertukar menu plak ngan Mamahawa.

Sepatutnya berkuah tp disebabkan ada suhun, dia dah serap semua santan tu...betul kata mamahawa..ok mama tq for the resepi. Jadi ke sy buat ni...?:D

Resepinya MJ CnP je dr blog mamahawa iteww....blh ye mama!

Bahan2:
2 keping tempeh - potong dadu- grg ketepikan
2 keping tahu - potong dadu - grg ketepikan (lupa nak beli:p)
150- 200g kacang panjang - dihiris
1 biji bawang jepun (yg putih) - dihiris* (MJ guna bwg merah biasa je)
2-3 biji bawang putih - dihiris*
5 batang cili merah - dihiris*
5 batang cili hijau - dihiris*
200g udang hidup (MJ belah belakang)
200g empedal ayam - direbus-tak letak (Sama gak, MJ x letak)
200g hati ayam - direbus- tak letak (Pun x letak)
1 kotak santan + dgn sedikit air
5-10 tangkai cili padi- tak letak (Yg ni MJ letak:D)
garam & gula secukup rasa

Cara2:
Tumis kan bahan2 *sehingga layu, masukkan udang & kacau sehingga udang bertukar warna baru masukkan kacang panjang yg telah dihiris, hati, empedal ayam & juga santan & air dan biarkan kuah mendidih sebentar. Akhir sekali masukkan bahan yg telah digoreng terlebih dahulu dan juga cili padi. Tambah kan garam & gula mengikut citarasa masing2. Biarkan sebentar dlm 2-3 minit lagi. Siap utk dihidang!!!

Thursday, January 14, 2010

Pulut + Kuah durian

Bznya MJ minggu ni. Hari ni baru sempat nak mengadap 'meja makanan' MJ nih. Byk nak di upload sbnrnya tp sgt tidak berkesempatan. Kat opis sibuk, kat umah lg la sibuknya. Ok menu kali ni simple je. Ni gara-gara terliur tgk myza mengukus pulut. My SIL ni buat pulut kuning makan dgn rendang ayam...perghhh best gak tu. Tp MJ nak menjamu anak2 adams petang2 hr Ahad lepas, hujan plak renyai2, MJ masak pulut putih je. Kononnya nak dimakan dgn kuah durian tp anak2 adams MJ makan pulut kosong je. Siap bertambah2 lagi. Malam tu diorg pakat tidoq lena chek oiii. Ketat perut memasing makan pulut petang tu hahahaha...skip dinner terus.

Klu zaman arwah mak MJ ada lagi, arwah alas pengukus dgn net nyamuk (yg kaler hijau org selalu pasang kat tingkap rumah tu). Memang dia simpan elok lepas guna. Klu nak mengukus pulut ke, dia keluarkan balik. Beras pulut tu x kan jatuh2 dlm tempat kukusan air tu. Senang sikit nak keluar dan masukkan pulut tu masa proses memasaknya. Zaman MJ plak hahhaha, ku lapik dgn foil paper je. Pastu lubang2kan kecik2 guna mata pisau. Tp leceh la jugak bila nak keluarkan pulut separuh masak, pastu kukus balik. Nnt nak cari la net tu.

Utk menjimatkan masa mengukus pulut/nasi dagang, beras tu dinasihatkan direndam lama. Hari tu MJ rendam dari pagi, lepas masak breakfast sampai kol 3. So, dlm sejam gak la nak bg pulut tu betul2 lembut dan sedia dimakan. Masa pulut separuh masak, keluarkan ia dan masukkan dlm mangkuk. Masukkan santan yg dibancuh dgn sedikit garam ke dalamnya dan gaul rata. Masuk balik pulut dan kukus semula hingga pulut betul2 masak. Sama gak proses nak sediakan nasi dagang. Sapa2 yg teringin, boleh la cuba!

Monday, January 11, 2010

Tauhu Brintik

Nama asalnya Taufu Brintik tp sbb MJ panggil 'Tauhu' tu 'Tauhu', so dgn sesukahatinya MJ menukar nama masakan ini. Kalau ikutkan mesti org kata, resepi camni pun nak ambik dr blog org ke ish...ish...ish...Tp sbnrnya benda2 yg simple dan kreatif ni la yg sesuai dikongsi dgn org. Mmg x terfikir blh pulak dijadikan juadah yg sedap. Eh panjang plak berceloteh. Apa pun menu ini sgt digemari anak2 adams. Abahnya x merasa kot sbb keje sambung shift masa tu..x pe nx time blh buat lg. Simple sesgt.

Jumpa resepi ni kat blog MamaFami tp sumber asal dari Intanzariza. Terima kasih semua penyumbang resepi..

Bahan2nya:
- Tauhu - potong saiz yg bersesuaian
- telur - dipukul sedikit
- Tepung goreng ayam

Caranya:
- Tauhu dipotong dan dicuci bersih.
- Celup dlm telur dan digaul dgn tepung.
- Goreng minyak banyak/tenggelam.

* Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dgn sos cili yang dicampur dgn mayonis.

Wednesday, January 6, 2010

Rare Yogurt Cake

emmmm cedapnya...kek yg x byk bahan n ragam untuk dibuat. MJ jumpa masa godek2 gobok resepi Ros Tokyo. Suka la kek ni. Anak2 adams pun suka sesgt, apatah lagi abah & mamanya. Ok x mo komen byk2, meh cuba resepi ni. Tks Ros sbb sudi share resepi yg sedap & mudah ni..Minta izin, sesuka hati ubah sana-sini arahan tu. Tp x larik jauh pun dr step Ros hehehhe...

Bahan inti:
250gram Plain Yogurt
200 ml whipping cream
8gram (2 sudu besar) gelatin (MJ guna sepeket halalgel ±10g gitu. Malas nak simpan baki sikit2)
70 gram gula kastor
120ml susu segar
1 sudu kecil jus lemon

untuk base kek (ni resepi ros)
10 keping biskut oreo
50 gram butter yang telah dicairkan.

untuk base kek (ni resepi MJ)
sebaris biskut marie (brand hwa tie) - blend halus
1 1/2 sdb butter - cairkan

Cara-cara untuk base cake:
1. Blend hancur biskut marie/ore. (Klu oreo buang intinya). Masukkan dlm mangkuk dan campurkan dgn butter cair. Gaul rata dan tekan padat dlm loyang. Utk loyang, MJ lapik dgn foil paper yg saje dilebih2kan keluar utk memudahkan kek dikeluarkan apabila dah set.


2. Utk mereka yg byk masa, simpan base cake dlm fridge selama 1 jam. MJ yg x byk masa ni hehehe, bakar selama 20 minit 160°C. Biarkan sejuk selepas itu.


Cara-cara untuk inti:
1. masukkan 2 sudu besar air di dalam cawan dan letakkan gelatin kacau supaya tak beketul. panaskan susu didalam periuk, masukkan gula dan larutan gelatin tadi dan kacau sehingga gelatin betul-betul larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

2. Selepas itu, pukul yogurt sekejap hingga creamy dalam bekas. Kemudian pukul pula whipping cream hingga creamy dlm bekas yg lain, tapi jangan kental sangat ye, masukkan yogurt, jus lemon dan bancuhan susu segar tadi. Kacau menggunakan spatula dan curahkan ke atas base cake, simpan didalam peti ais lebih kurang 4 jam ataupun semalaman. Sedia untuk dipotong dan sedap dimakan bersama sos blueberry atau orange marmalade. kat umah strawberry filing je. So, layanzzz....

Tuesday, January 5, 2010

Nasi Dagang Mak Mertua

Ini adalah antara menu yg MJ x berani nak buat. X tau la kenapa. Dah lama menuntut dengan MIL. Dia pun dah penat dah ajar, bg petua sampai la bg beras wangi siam lagi ngeh ngeh ngeh. Bukan apa, sbb nasi tu berkukus. Takut x masak2. Membazir je. sapa plak nak menghirup gulai ikan tongkol tu hahahha..ok at last, MJ berani kan jugak dgn berpandukan resepi dr blog my SIL dan talian hayat direct ke my MIL nuu kat Pekan sana..Alhamdulillah, menjadi lajugak. Cuma lepas ni nak guna berasnya yg betul la. Br nampak cantik putih bersih je nasi tu. Meh layan gambar. Resepi sila rujuk di blog my SIL okey. Mak malas nak menaip nih:D. Anyway, tq to my SIL & MIL for the guide n recipe. Nnt raya dah ada plan nak masak apa huhuhu.

Ini baru nasinya...next!

Ini gulai ikan tongkol a.k.a ikan aye......next!

Last but not least, the acar mentah.

Saje potong kecik2 sikit mcm lidi senang atuk adams nak makan. MJ x leh makan cuka sbb gastrik tegar gitu. So MIL ajar dulu2, bancuh je sos cili + gula + garam sikit + air sikit then gaul je ngan sayur2 tu. Sedap gak. Ada berani mau cuba? :D