Friday, February 15, 2013

Menu berpantang 2 : Ikan senangin kukus


Serius MJ cakap, MJ hanya makan ikan ni masa pantang je. Bkn kerana harganya dlm kategori ikan mahal, tp rasa dagingnya yg MJ rasa x 'kick' :D (Kau kan..pantang pun nak mkn sedap2 hehehe)..ok, ibu2 dalam pantang...nak kurus cepatkan..hikhik..sila elakkan makanan bertumis2 bagai ye. Kukus, grill, panggang...kukus, grill, panggang...kukus!

Bahan2nya:
Ikan senangin (dibersihkan)
Hirisan halia
Hirisan carrot
(sila jgn isi potongan lobak putih spt dlm gambar..sbb dia spoilkan rasa kuah kukusan tu. MJ bubuh sbb nak tambah susu..petua katanya:p)
Hirisan serai
Jus limau nipis (Ambil dalam sehiris. Perah n klu suka blh je kukus sekali kulit limau tersebut)
Kiub pati ikan (jika suka)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan air kukusan.
2. Sediakan ikan di dalam pinggan/bekas tahan panas.
3. Taburkan semua bahan tersebut kecuali jus limau nipis.
4. Kukus dlm 15-20 minit.
5. Masukkan jus limau nipis dan kukus semula dalam 10 minit lagi.
6. Akhirnya...makan dgn nasi panas2 ye ibu2..

Selamat mencuba!



Friday, February 1, 2013

Menu berpantang : Ikan haruan bakar

Dah sebulan kita di tahun baru 2013, I br nak lap2 tingkap blog ni hehehe..agak sibuk lately n kepenatan tu mybbkan mood utk menulis agak kureng. Selamat Tahun Baru sume....errr melampau x:D

Ok, kali ni MJ nak share menu2 org2 berpantang. Ye arr mana la tau ada yg senasib ngan MJ ni, masa pantang urus diri sendiri kan...blh la try menu2 org pantang yg MJ buat utk mereka yg mengejar masa n blh lari2 buat keje lain sementara tunggu mknn masak..(tgh pantang blh lari2 ke?)


Menu utama awal-awal minggu org berpantang. Katanya, ikan haruan ni dapat menyembuhkan luka luar dan dalam ibu-ibu lepas bersalin dengan cepat berbanding pati2 ikan tu sume. Tp kalau dah x de, bedal je la pati pun. Asalkan cepat sihat.

Bahan2nya:
1 ekor ikan haruan (sederhana saiz) - MJ cuci dgn cuka. Rendam kejap ngan cuka pastu cuci. Sbb MJ x leh telan sgt ikan2 sungai yg terasa hanyir/tanah...
Lada hitam secukupnya - yg biji2 tu, bkn serbuk ye
garam + serbuk kunyit
hirisan halia

Cara-caranya :
1.  Cuci ikan dan bersihkan.Ikan tu potong la ikut saiz yg disukai.
2. Tumbuk lada hitam agak2 hampir lumat.
3. Gaulkan lada hitam, garam, serbuk kunyit, halia. Lumur atas ikan. Biarkan dalam 10 minit. Bagi meresap gitu.
4. Masukkan dalam foil paper dan bakar atas dapur. MJ nak buat benda lain sementara tu kan, so, bakar je dlm oven. Agak2 dah lembut isinya tu, masak la dia..

Utk cicah:
Lada hitam - tumbuk lumat
Air asam jawa

Campurkan dan tambah gula garam, mana yg perlu.

Confirm berselera uols makan...:D

Friday, December 7, 2012

Cili Jeruk

Macam biasa..cerita lama. MJ buat ni gara-gara terpengaruh dgn Masterchef Selebriti musim lepas. Mas tu episod penyingkiran. Double A tu khennn buat mee hailam kalau x salah.Pastu dia sediakan cili jeruk. I terpengaruh dgn kesungguhan dia menyediakan semua menu tu u...Malang khenn..tersingkir plak dek menu yg dipilihnya itu.Khennn....fuhhhh kipas2..

Kebetulan pulak masa tu MJ dpt sebungkus cili masak + cili hijau. Sapa bg ek masa tu. Tp seingat MJ mmg sgt la byknya..Walaupun tlh distribute kat adik-beradik n jiran2 tp masih byk bakinya. Cili masak bknnya MJ selalu guna dlm masakan. Habis2 pun sebagai hiasan je. Bila mau abis kan Kiah...So, utk bg dia blh dinikmati dgn lama, MJ jerukkan dia. Boleh makan ngan mee goreng ke, kuetiaw goreng ke....perghhh nikmat tauuuu..

MJ ambik dari blog akak yang hebat ni..http://www.potretkasih.com/2010/06/30/lada-jeruk/...byk dah resepi2 yang dikongsi di blognya..Cili jeruk pun ko x reti buat? Ate, dah teman ni pun br blajo..mmg le merujuk merata nak dpt ilmu hikhikhik..mekasih ye kak. Saya minta izin berkongsi di blog saya pula.

Resepi Lada atau Cili Jeruk
Sumber: Potret Kasih

Bahan-bahan:
20-30 biji cili hijau ( anggaran ) atau jika suka boleh gunakan cili padi
1/2 cawan gula
1 sudu makan penuh garam
2 cawan air panas
3/4 cawan cuka ( atau 1 cawan jika mahu lebih masam )*
 *MJ kurangkan cuka tp lebihkan garam sbb MJ ada gastrik. So sgt x blh dgn menu bercuka.

                                                                                    Cara Penyediaan:
1. Cili hijau di potong-potong tapi tak perlu nipis-nipis. Kasar-kasar je!.
2. Letakkan cili tadi di dalam mangkuk yang sesuai saiznya kemudian curahkan air panas. Rendam selana 2-3 minit.
3. Kemudian toskan airnya. Masukkan dalam botol bertutup kemudian buat air cukanya.
4. Satukan gula, garam dengan air panas. kacau hingga larut. Kemudian masukkan cuka makan tadi.
5. Tuang air cuka kedalam botol bertutup yang mengandungi cili yang telah di celur dengan air panas tadi.
6. Tutup dan biarkan sehingga warnanya bertukar ( dalam 2-3 jam ). Bolehlah dihidangkan dengan Mee goreng atau kue teow.
*** Jika lama di simpan air cuka akan mula berubah warna…. keluarkan cili, tapis semula dan buang air cuka yang lama tu….Buat air cuka yang baru guna resepi yang sama….. masukkan semula cili tadi dalam air cuka baru…. dan simpan dalam bekas semula.

Cubalah.

Thursday, November 8, 2012

Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 5)

Balik dari Gunung Mat Cincang, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk 'meninjau' apa yg menarik utk dibeli ngeee...since, shopping is not our purpose of vacation, so kami x memborong la segala periuk belanga, pinggan mangkuk..huii sapa nak usung..anak nak kena pegang kiri kanan. beg lagi..Pasaraya pilihan kami pun hanya pemilik yg glamer itu...Haji Ismail Group...segala mak nenek ada kat situ. MJ hanya intai2 je bhgn pinggan mangkuk uols..nak masuk kawasan tu sbnrnya, tp anak dah berderet pegang baju mcm ketapi, ikut je bontot mak dia..ishh x berani la....kang pecah brg2 tu, x pasal2 je kena byr..sia2 ok perbuatan itu...

MJ mcm x 'mampu' nak ambik gambar kat situ hahahaha mcm org bangla gi melawat mydin pulak nak ambik2 gambar dpn pasaraya khennnn..so, x de gambar ye adik2...MJ gi situ hanya borong coklat beratus-ratus....ha tu nak kata aku riak la tu..ratus2 bijik je..senang nak tabur kat org2 yg jaki kat kitorg gi melancong hahahha...x de la, gurau je.

Lps selesai borong coklat, masing2 dah bau bacin, kitorg teruskan perjalanan ke aprtment sewaan kami. Mandi2, rehat n solat maghrib+isyak..Lps tu, keluar makan sbb anak2 semua dah kebulur..Lepas makan, kami terus gerak ke Pantai Chenang.

Bila sampai situ, MJ mcm x percaya situ tempatnya..sbb sgt 'hidup'. Gerai2 brgn kraf dan cenderahati disusun kemas. Terselit gak restoran2 yg berlanskap mewah. Rasa mcm jln2 kat Bukit Bintang, KL pun ada gak, mcm Kampung Baru pun ye gak..sbb happening la tempat tu. Org ramai la jugak time tu. Kitorg beli la sikit souvenir utk kawan2 di office (yang bertungkus-lumus cover kerje kitorg hehehhe).

Ada 1 je gambar family MJ kat depan sebuah kedai cenderamata...

Tgk tu..kuar jln pakai baju tido je budak2 tu..tp x rasa gayat pun ahahahha...

Dekat pukul 11pm, kami bertolak balik ke apartment sbb semuanya dah lemau. Esok tu kena pack utk pulang ke KL..Ok ye, sekian shj persembahan kali ini yg bertajuk Bercuti ke Langkawi 2012...Byk tmpt x gi sbb MMG X CUKUP 3D2N kalau ke Langkawi (if with kids)..percayalah...dataran lang, telaga tujuh, underwater world (mas ni diorg tgh buat construction), Kampung Ayer Hangat, Galeria Perdana, MARDI (tmpt ni Mj nak gi klu ke sana lain kali...sbb dirog kata blh mkn produk MARDI free2...ko x tau produk MARDI? ish ish ish...sila gugel:D)....

Thursday, November 1, 2012

Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 4)

Berdebar2 x nak tunggu sambungan cite percutian i ni ye ahahhahaha...gediks. I bz sikit lately dgn hal2 duniawi. So, x sempat nak mengarang kat sini. Kalau cikgu BM i jumpa blog ni..confirm dia suka baca karangan i...sbb grammer hancus, plot kesinambungan ke laut dll kehancuran la kan wakakakaka..mari sambung cerita....

Kereta Kabel, Gunung Mat Cincang

Setelah puas berpoya2 di Makam Mahsuri, kami meneruskan perjalanan ke cable car. Masa tu dah petang n org x ramai sgt. So, x de la nak q beli tiket lelama sgtkan. Kawasan tu pun dah makin cantik. Dibina kedai2 ala2 bandar koboi gitu. Ada kereta kuda utk kanak2 menunggang (di bawah pengawasan pelatih), pastu yg berpenarik utk family. Harga tiket cable car MJ x sure sbb MJ n family free sbb my DH staf SPNB. Rasanya dalam RM15 untuk dewasa (dgn Mykad ye tanpa Mykad dekat RM30 kalau x salah), kanak2 MJ x sure.

Untuk menaiki cable car, minuman/makanan mmg x dibenarkan bw masuk.Ada rak barang disediakan untuk meninggalkan semua tu. Dah naik cable car tu, dia ada 2 stage. Naik la sampai stage akhir. Kat atas tu pemandangan sangat menarik. Nampak terus Pulau Dayang Bunting (depa kata la kan, kot tu bukan, ngan MJ2 sekali kena cong). Kawasan atas sekali juga ada jual2 air/mknn..so, jgn risau kebulur ke hapa ke. Tp harga up sikit la kan sbb 'risiko' nak bw naik tu kikiki...Mmg gayat sbnrnya bila cable car tu berenti tgh2 hutan pastu terbuai2 sikit bila angin tiup..Berdebar2 gak tp control sbb bw budak kecik dlm tu..kang mak dia jerit2, anak2 lg meroyan okey:D.

Perangai manusia yg MJ rasa uncivilized bila x leh tgk batu ke, papan ke..mesti nak tulis ' I waz here', I luv u, u luv me..cukup meluat la. Zaman dah moden pun ada lagi manusia2 zaman batu ni ye. Habis semua barang public korg nak conteng, nak tarah.Geram betul...mcm nak jentik2 je tgn tu klu MJ nampak. Sib baik x nampak tau..klu tidak.........ok meh layan gambar yg x berapa byk ni.(Aku malas nak belek setiap memory kad..nnt lagi berjaman la cite ni nak abis)

Sebelum pulang, sbb masa tu dah petang sesgt...kami solat dulu di situ. Jamak je..Ingat, jalan2 gak..suruhan Tuhan jgn dilupa..:D..Kemudahan surau pada MJ sgt selesa n bersih. Keluar dari surau, hujan renyai2...maka berlari2 anak la kami menuju ke van kami.

Ok sambung nnt..nak uruskan hal2 dunia nyata ni dulu...ketemu lg..daaaaaaaaaaa