Friday, May 29, 2009

Selamat Hari Jadi Abang Kimi (Ver.2)

Moist choc. cake
+
Fresh cream + peach (filling)
+
Ganache + bc

"Selamat Hari Jadi yang ke -4 anaknda kami Muhd. Adam Hakimi Muhd. Gadaffi. Semoga menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, anak yang terdiri dari golongan bijak pandai, dimudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, diberi kesihatan yang berpanjangan. Semoga sentiasa dilindungi oleh-Nya. Amin".

Selamat Hari Jadi Abang Kimi

Semalam aku cuti sempena Hari Keputeraan Anaknda Muhd. Adam Hakimi yang ke-4..Mama 'berhempas-pulas' menyediakan juadah yg x banyak mana pun....hehehhe penat la..badan pun x sihat sgt...demam yg bersambung2 ni..Mama prepare simple menu je - B'day cake, Spagheti bolognese, nugget instant tu, tembikai, abah beli kacang. Untuk kawan2 abg, kitorg bagi goodie bag isi segala benda yg budak suka mkn (no junk food okey!).

To my in-law family, tgk gambar yg bawah sekali sebelah kiri, mcm iras Makteh Palin x? hehehehe

Banyak gambar lagi sebenarnya, tp malas nak edit2..Meriah sungguh melayan anak2 kecil kat situ. Aku pun x tau la cemana pengasuh2 ni blh control budak2 yg bkn semuanya paham arahan huhuhu...Kalau aku yg jaga reramai tu, confirm aku ikat je budak2 tu kat kerusi, kaki meja, tiang2 yg ada hahahaha kejam betul..

Wednesday, May 27, 2009

Release tension di PD....kunun...

Baru2 ni kononnya macam tensi kann...hehehhe..So, aktiviti kebanyakkannya yg x dirancang....main belasah je, pastu 'jom'....Hari tu kebetulan En.Asben cuti. Kepala dah memang serabut. Mulanya plan nak survey barang2 utk goodie bag B'day Kimi (esok 28/5). Pastu saje je ayat, jom gi PD. Wah respon baik punya kan...apa lagi mama pack baju2 n susu, terus gerak. Masa tu dah kol 6.30 ptg. Redah je dgn x book hotel...sampai PD dlm kol 8.00++ mula la operasi mencari hotel. Aku rasa masa tu cuti Labour Day. Memang confirm la full house sana sini. Dlm kol 10 still x dapat lagi hotel. Badan dah letih. Mcm dah kecik ati je, n plan nak balik Serdang tido kat umah je. Tetiba ada la mamat (korg biasanya akan jumpa org2 cenggini bila dah lewat mlm x dpt hotel) ni offer apartment kat World Marina PD (betul ke nama ni. x henggat la). Harga RM180. Aku pun ckp, ok je la dah x larat dok dlm keta ni. Budak2 dah meragam lama sgt dlm keta. Terus terima offer tu, beli mknn n naik bilik. Tingkat 13. Perghhh sayup.

Lihatlah kegembiraan anak2 n mak bapaknya dpt berendam dlm kolam. Gambar last tu ambik dari balcony bilik kitorg. Sayuppp...Esok tu kitorg balik Serdang dlm kol 2. Otw balik, kitorg singgah jugak gi Giant Saujana Impian beli beskal Kimi...kecoh satu kampung abg dpt beskal...hishhh:) Ok tu release tension versi outing part1...tunggu part 2 dan seterusnya ye..

Monday, May 25, 2009

Bread & butter pudding (2)

Roti kat umah aku klu x diubah rupanya, semua cam buat dekk je...sampai la roti tu berkulat n buang terus..So, ni antara operasi untuk mempercepatkan roti kat umah aku ni dihabiskan cepat...kekekeke..pernah buat dulu tp saje nak test resepi org lain..


Bahan2nya:
6 keping roti - potong ikut bentuk kegemaran korang
50g butter
50g kismis (rendam 10 minit dgn air suam)
50g caster sugar
300 ml susu
1 biji telur
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Blend susu + telur + gula + tpg jagung - until well mix
2. Griskan loyang dan sapu roti dengan butter. Potong ikut saiz/bentuk kegemaran.
3. Susun roti dalam loyang dan selang-seli dengan kismis.
4. Curahkan bahan-bahan yang diblend tadi ke atas roti tersebut.
5. Biarkan 15 minit sebelum dibakar - 160°C 30 minit

Friday, May 22, 2009

Ayam goreng rangup

Sangat suka menu ini tp as usual, En.Asben x minat sebab berempah. Tapi kimi n najmi layan je..kimi siap tambah lagi..sib baik mama ada geng suka benda berempah2 ni..

Ok ni resepinya. Dapat dr web mana x ingat. Tapi kat web tu mcm byk resepi2 yg dikongsi ala2 myresepi..klu x salah la ehehe

Bahan2nya:
Ayam (7/8 ketul)
2 sdb pes halia (tumbuk halia dan perah jusnya)
2 sdb pes bawang putih (tumbuk bawang putih dan perah jusnya)
2 sdb serbuk ketumbar
1/2 sdb serbuk jintan halus
kunyit serbuk
garam
tepung beras

Caranya:
1. Gaul ayam dengan semua bahan kecuali tepung beras. Perap 30 minit.
2. Panaskan minyak. Sadur ayam dengan tepung beras (x yah pakai telur ye). Goreng dgn api sederhana dan angkat bila tlh masak.
3. Hidangkan ketika panas.

Note : Menu ni mmg akan menghasilkan ayam goreng yg rangup. Tp klu dah sejuk dia akan liat2 sikit mcm ayam KFC. Sama je cuma beza tempat dihasilkan. Satu kat our own kitchen, satu lagi kat KFC. Tak rugi cuba..