Tuesday, June 30, 2009

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pn. Ieka

Atas kepercayaan yang diberikan, aku menerima tempahan dari Puan Ieka bersempena dengan Hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka yang ke-2. Tahniah!. Terima kasih atas tempahan dan diharapkan ianya memenuhi citarasa ieka sekeluarga.

moist choc. cake
+
whipped cream + peach (layer)
+
ganache + bc + fondant (deco)

"Semoga hubungan kalian berdua akan berkekalan hingga ke akhir hayat, diberikan keharmonian dalam rumahtangga, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya, serta dikurniakan penyambung zuriat yang soleh dan solehah. Amin"

Monday, June 29, 2009

Alkisah durian n tempoyak

Topik hangat di musim2 durian di sana-sini. Aku pun nak berkongsi cerita pasal durian & tempoyak ni. Utk pengetahuan, aku mmg suke sesgt mkn durian. Belum lagi jumpa benda2 atau perkara2 yg blh menghentikan 'peberet' aku nih.

Jumaat lepas aku balik umah mertua kat Pekan semata2 utk makan durian (disamping bw SIL dtg Serdang utk register kat UPM). Memang puas, kenyang, nikmat...perghhh x tau nak tulis perkataan apa lagi utk menggambarkan kegembiraan aku menikmati durian fresh br gugur (3/4 hr pun kira br gak la). Klu kat sini, mana nak puas makan. Itu pun beli dah peket2. Klu yg jual longgok tu, paling kurang mesti ada 3/4 ulas yg rosak. X puashati sungguh. Balik KL plak, FIL siap suruh ambik lagi kat umah K.Long. Dekat 20++ biji la jugak. Keta memang semerbak sepanjang jalan. Klu 'driver' kentut pun mesti aku relax je sbb ingatkan bau durian hahahaha..Sampai umah kol 2pg. En.Asben sibuk menyelamatkan ketanya dr bau-bauan itu. Yup, letak arang. Aku baru tahu.Sebelum balik tu, MIL aku bagi isi durian utk di'tempoyak'kan. Siap pesan bubuh garam, gaul2 n simpan dlm peti es. Aku baru tahu. Kalau dia x ckp, confirm aku peram je tempoyak tu dlm peti ais n confident dia akan bertukar jadi masam tempoyak. X pernah buat pun. Mesti korg ckp, alah benda tu pun x reti...lantak la..sekurang2nya aku dpt ilmu baru. (Pait ko x yah la sengeh2, akak tau ko pun baru tau hehehe). Nak dijadikan cerita, bekas yg diberi oleh MIL aku tu punya la besar. X muat peti ais kitorg. So, aku transfer la masuk bekas kecik sikit. Boh garam, masuk fridge. Esok paginya, En.Asben dgn sempoinya berkata "Tempoyak awak meletup dlm peti ais!" Aku bukak je peti ais, perghhh bertepek2 isi durian dlm peti ais..aaaa part ni aku x tau kenapa? Ada sesiapa tahu? Sila terangkan secara ilmiah ye. Sekali lagi En.Asben menyelamatkan peti ais dgn meletak arang di situ. Mana tau ni?

Aku part yg paling aku x suka bila mkn durian - kopek durian..Kecederaan2 terkucil tangan tu yg mak x sanggup..Sakit woo...so sehingga kini, aku hanya tahu dan berani kopek durian part yg dah terbelah dua tu atau bhgn bawah durian tu dah merekah besar. Itu pun kalau senang la huhuhu..Selebihnya, sapa yg makan ngan aku jadi mangsa tukang bukak durian..Tu je cerita ceriti durian aku. Cam tergantung je cerita ni..dah la aku tetiba je malas nak taip..hahahaha...

En.Asben, kita balik lg ye sblm musim abis...!!!X pe, duit minyak i sponsor..:) muahss!

Thursday, June 25, 2009

Baby Bread Pudding (my version)

Hari tu plan kononnya nak menghabiskan roti dgn buat Puding Roti Marble dari FP Pn.Fiza tp entah cemana roti cam x cukup plak..so, angin bertukar arah le jawabnya..buat yg ni dulu..simple n confirm sedap..

Resepinya aku C&P dari Blog K.Jun yummylicious...tp step dia aku ubah sendiri. Meh tgk.

bahan2nya:)

2 keping roti putih (Aku guna 3 keping)
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair (aku guna fresh milk)
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin


Cara-cara (asal)
Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.


Version aku

Aku gunting roti kecik2 bentuk segiempat. Masukkan dalam mangkuk besar dulu. Semua bahan2 yang nak dicampur tu, aku blend je. Pastu curah dalam mangkuk yang ada roti tadi. Campur la kismis ke, buah apa2 je la. Gaulkan n biar dalam 20 minit gitu supaya bancuhan meresap dalam roti. Guna la sudu ke, penyepit ke, masukkan roti yg terendam tadi ke dalam papercup. Bakar sampai kekuningan. Memang best. Senang sungguh nak buat. Anak2 pasti suka apatah lagi abahnya:D Cubalah!

Influenza A (H1N1)

Sekarang ni semua org dok bising pasal H1N1. Takut jugak sebenarnya. Tambahan pula pendaftaran student baru makin hampir. Ramai la yg br turun dr flight kan. Sah2 aku direct person incharge for post-graduate student. Nak pakai mask ke x yah ek? Kat sini Datuk VC x announce apa2 lagi. So, relax je la dulu sbb blm ada kes yg sah lagi.

Klik kat file tu ye utk image yg lbh jelas.

Buat sementara ni pun aku rasa mcm kena hentikan seketika aktiviti luar. (Kenyataan ini tidak ada kena mengena dgn org yg membaca entry ku ini ye..ini hanya tindakan kami sekeluarga sahaja. Pihak kerajaan x suruh pun buat camni lagi..so relax je la.) Bukan nak sekat, tp langkah berjaga2. Kita bukannya tau org kat tempat kita gi tu bebas dari H1N1 ke tak. Ada jugak la yg bijak pandai seperti dilaporkan berita, sekolah dah tutup, tp blh plak bg diorg yang dikuarantin ni gi kelas agama. Apa la..Semua org cam ambik mudah je sbb x kena lagi kan..nanti sok dah kena, baru nak menung.

Semoga negara kita cepat bebas dari virus ini...Amin..

Wednesday, June 24, 2009

Kek Keju Marble

Utk penggemar cheese..i am presenting the very cheesy taste cake..kalau sapa2 yg kureng suka cheese yg melampau, x yah la buat ye...takut nnt x termakan plak..anak2 adam kami seperti biasa tidak menolak, janji sedap. Tak ingat le mana aku kutip resepi ni..tp meh la try. Aku guna loyang 7" je. Kalau tuan punya resepi ni nampak resepi ni, mintak izin ye pamerkan kat sini. Sedap tau..

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor

1/2 s/k cream of tartar


Bahan C
1 s/b tepung jagung


Bahan D
1 s/k coklat emulco

Oven setting 140'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dan jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dan gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung ke dalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahagian dicampurkan coklat emulco.
9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya.
10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.
11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
13. Bakar sehingga masak.
14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas. (Dont do this. Guna je pisau besi yang nipis dan celupkan dalam air panas)
15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.