Tuesday, September 29, 2009

Riang Ria Aidilfitri 2009

Biar gambar ceritakan segalanya kemeriahan beraya tahun ni..Malas tulis bebanyak...seringkas mungkin hehehehe..

Raya Pertama - Serdang, Selangor.

Aktiviti : Menerima tetamu di pagi raya, jalan umah jiran2 n adik-beradik yg dekat, ziarah kubur arwah mak (raya kedua sbnrnya sblm balik Pekan)

Menu : Nasi hujan panas, acar masak, dalca, papadum, ayam masak kicap (maklang sedekah, sedap!), Rendang ayam, nasi impit, kek buah kukus, biskut raya (of course)

Raya Kedua - Pekan, Pahang

Aktiviti : ziarah mokder kat spital (semoga cepat sembuh), gi umah saudara-mara sebelah En.Asben (from Mentakab to Kuantan), open house umah k.long (my SIL)

Menu (open hs) : Nasi dagang complete course (my MIL), mee goreng, bihun goreng, satay, oreo cheesecake (request by k.long n myza), agar-agar, nasi impit, biskut raya gak.

Nota kaki kepada Pak Teh : Sila teka. Di manakah bilik yang ditido oleh adams pada gambar bawah sekali sebelah kanan? Cantik tak bilik itu? Pernahkah Pakteh 'bertapa' di bilik tersebut?:D

Monday, September 28, 2009

Defend

Kitorg skrg dalam proses menambahkan vocab Kimi. Masalah kimi ni dia x leh nak defend diri dia. Kalau benda tu bukan salah dia pun, dia x tau nak kata - Bukan kimi yg buat!. Abis2 bila kita tanya, abg buat ke? dia akan jawab, kimi buat...walaupun sebenarnya kita nampak sapa yg buat salah. Ini percubaan aku malam tadi...


Ada air tertumpah atas lantai dalam bilik. Aku punya keje tp x sempat lap.

"Mama sapa kencing ni?"
"Tak tau. Kimi kencing ke?"
"Ami kencing ni"
"Bukan ami kencing la" (aku mengajar ayat utk defend)
"Sapa kencing?"
"Abah kot? Cuba tanya abah, Abah kencing ke?"
"Abah...abah kencing ke?"

Dengan harapan En.Asben membantu proses pengajaran ini. Tetapi ini jawapan yang diberi...:p

"KOROK MU!!!!!"
Hampes tul..Punah impian ku untuk mengajar anak berbudi bahasa.

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran

Free Orkut and MySpace Eid Graphics Glitters

"Salam Lebaran untuk ahli keluargaku, semua sahabat-handai, pembaca2 blogku. Ampun dan maaf dipinta andai ada tulisanku di sini tidak disenangi, tersilap mengatur kata, terkasar dan segala2nyalah. Semoga Lebaran ini memberikan kita lebih keberkatan hidup, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Hati-hati sewaktu memandu pulang ke kampung halaman dan jaga kesihatan masing2. Jgn dok bantai semua kuih n rendang kat umah org..:D"

Wednesday, September 16, 2009

Tart gulung

Biskut favorite dan wajib buat setiap tahun...saya sangat sukah!

X letak kuning telur pun atasnya sbb mcm x timbul warnanya lepas bakar

Resepi ihsan dr my C's - alang

Bahan-bahannya -

1 tin Goldern Churn/340 gm pure butter

1 atau 1 1/2 sdb susu pekat

1/2 atau 1 sdb minyak sapi

1 biji kuning telur (boleh juga campurkan pewarna kuning sikit utk warna yg lebih terang)

+/- 500 gm tepung gandum (Aku guna Red rose flour. Curah sikit2 ikut lembut)

*jem nenas secukupnya.


Cara-caranya -

1. Pukul butter, susu pekat, minyak sapi dan kuning telur hingga kembang

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga adunan sebati dan agak lembut (jangan terlalu lembek/kering).

4. Masukkan dalam acuan tart, tekan dan isikan inti. Gulungkan tart dan sapukan kuning telur di atasnya.(Aku bubuh dalam papercup. Saje nak nampak kemas)

5. Bakar sehingga kekuning-kuningan


*pesanan:

- untuk mendapatkan saiz tart yg sama, seeloknya inti tart disukat 1/2 sdb (atau ikut saiz kegemaran anda) dan digentel siap2. Bila tart digulung, bentuk/saiznya akan sama je.

- boleh juga bancuhan tart ini diletakkan pewarna. Macam yg aku buat tu, aku letak kaler oren. Knp oren? Mak suka oren nyah oiii...tp disbbkan kamera 'canggih' sgt, keorenan itu tidak berapa menyerlah seperti di gambar.

Tuesday, September 15, 2009

Sotong goreng kunyit

Dihujung2 Ramadhan ni la cabaran utk memasak. Otak dah naik tepu nak masak apa. So, yg simple2 je la yg kuar dari dapur ku itu hehehehe..

Bahan2nya:
Sotong - potong dan bersihkan
Bawang putih - ditumbuk
bawang merah - ditumbuk
Cili padi (3/4 biji je..klu suka pedas blh tambah) - ditumbuk
1/4 air
Serai (titik pangkalnya)(*optional)
Daun limau purut (*optional)
Bawang besar (potong berbaji)
serbuk kunyit
garam
asam keping (saiz yg kecil)

Cara-caranya:
1. Tumis bahan2 yg ditumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan serai,daun limu purut, asam keping serta air. Gaul seketika.
3. Masukkan sotong, sedikit serbuk kunyit, bawang besar.
4. Perasakan garam. Siap.

Pesanan penaja:
Sotong jgn masak terlalu lama ye, nnt isinya akan liat. Agak2 dah 5 minit tu, kira ok la.