Monday, June 14, 2010

Apam Pelangi


Sebenarnya Mj nak masukkan resepi kuih ni..tp dari tadi lagi nak masuk MyR x lepas2..x tau kenapa..malasnya nak taip tu 1 hal. Yang menambahkan hangin tu, bahan2 dia pun MJ x leh nak recall saat2 ini...marahnya..

So, layan la dulu gambarnya ye. Nnt klu dah blh masuk MyR, MJ copy resepi tu n paste kat sini. MJ sgt suka la apam ni..lembut, gebu n manis yg tidak keterlaluan..sedap.:D

OK MyR dah sihat nampaknya..ni MJ paste resepi tersebut..(16 Julai 2010)

Sumber : Dyna, MyR

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )

  • 1 cawan nasi yang dah masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
  • pewarna yang disukai

Cara-cara

  1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur
  2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati dengan gula dan yis
  3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
  4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...
  5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan besar kukus la selama 30-40minit...
  6. Bleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram...

4 comments:

myza said...

hahahha tidak keterlaluan..senang je tgok qasima buat..nk buat sndiri malasss :P

sehati sejiwa said...

hahahha...best..bestnak wat gak..tapi tak tau laa bila..hehehe

Mamajenn said...

hishhh klu tgk yg bersusun kat gerai2 kuih, lg senang kan hehehe

Mamajenn said...

buat la k.long..mmg senang..sy cuma ingat dia ada pakai nasi je, pastu blend je sume brg2 dia..tp x ingat la brg2 lain tu apa...ishh kecewa sungguh