Wednesday, June 16, 2010

Ikan Kukus Asam Limau

Kalau ikutkan hati, hari-hari MJ nak mencuba resepi-resepi baru. Tapi disebabkan kekangan masa MJ dgn urusan rumah, kerja, menyeiapkan tempahan, MJ x sempat nak buat semuanya waktu ni. habis2 pun print byk2, pastu simpan..bila free selak2 balik tgk mana yg best hehehe..

Ok ni br je test. Sedap, rugi x cuba tau..

Masa copy resepi ni , MJ lupa nak copy link pemilik blog tersebut. Ditambah plak PC MJ yg tgh ada problem habis semua history link hilang..so, x tau nak cr cemana. Kepada pemilik resepi ini, halalkan ye sy kongsi resepi kat sini. Sgt berterima kasih sbb resepinya mudah n sedap..(Klu tuan punya terbau resepi dia, sila angkat tangan. Nnt sy edit entry ni..mekasih:D)

Bahan2:

1 ekor ikan kira2 400-700g sebaik2 nyer ikan yang segar .
(ikan yang sedap di kukus ialah ikan siakap, ikan jenahak, ikan merah, ikan kerapu)

3 ulas bawang putih, di cincang
1 sudu kecil kicap manis
7 biji cili padi, di potong halus
3 biji asam limau nipis, di ambil air nya.
3 sudu besar air
sedikit serbuk pati ayam
garam dan gula secukup rasa

1 biji cili merah ,di hiris
2 pelepah daun ketumbar, di hiris kasar2
sebiji buah tomato, di potong empat.

Cara2:
- panaskan air di dalam kukusan hingga menggelegak.

-masukkan bawang putih, kicap manis, cili padi, air asam limau, air, serbuk pati ayam, gram dan gula di dalam satu mangkuk, gaul2 hingga rata.

- letakkan ikan yg sudah di bersihkan dan di kelar di atas pinggan untuk mengukus kemudian tuangkan campuran air asam tadi ke atas ikan. Taburkan cili merah yg di hiris serta tomato.

- Kukus di dalam kukusan kira2 15 minit (ikut saiz ikan,lagi besar, lagi lama)
-setelah itu, buka penutup kukusan dan tabur pula daun ketumbar di atas ikan, kukus lagi kira2 3 minit.
-Apabila ikan sudah masak, angkat dan boleh di hidang panas2 bersama na
si

No comments: