Wednesday, June 30, 2010

Ayam Kremes

Dah banyak blog yg MJ jumpa buat menu ni. Kebetulan rayau2 umah Ika nun jauh kat Bangkok tu, terpikat la pulak ngan resepi ni...memang best..Tks Ika sbb sudi share resepi ni. Saya C & P je la utk rujukan semua.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam - belah 8@4
  • 2 inci halia - ketuk
  • 1 helai daun salam - optional (MJ guna 3 helai bayleaf kering)

Bahan Kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 sudu makan ketumbar
  • 1½ sudu makan jintan putih
  • 1 ½ sudu makan jintan kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 inci halia
  • sedikit kunyit hidup
  • garam



Bahan Kremes

  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1/4 cawan tepung beras (boleh ditambah dengan tepung ubi)
  • 1 biji telur dikocok rata
  • 1 cawan air

Cara-cara

  • Rebus ayam bersama halia dan juga daun salam sehingga separuh masak. (hana tmbh btg saderi).Angkat dan toskan ayam.
  • Kisar semua bahan2 kisar. Satukan dengan ayam dan perap sekurang2nya sejam.
  • Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan kekuningan. Lebihan rempah jangan dibuang. (Jika ingin goreng ayam dengan mencelup sahaja ke bhn kremes juga tiada masalah! cume rempah tak serap banyak). Angkat ayam dan toskan.
  • Satukan bahan kremes sebati. Masukkan lebihan rempah ayam tadi.Kacau.
  • Pastikan minyak betul2 panas. Ambil sesenduk kemudian goreng ke dalam minyak yang panas td hingga garing. Angkat dan toskan.
Taburkan ke atas ayam semasa menghidang.Sesuwai dimakan dengan nasi ayam penyet bersama set sambal, tauhu dan tempe atau dimakan dengan nasi putih panas.



No comments: