Wednesday, October 27, 2010

Puding Caramel tanpa Telur

MJ x sure la mana dpt resepi ni sbb main copy, paste n save je file2 tu. Tp mmg sedap n simple resepi ni. Masak pun sekejap je. Kepada tuan punya, kalau ini resepi awak, minta halal sy share dgn yang lain-lain. Atau, ada sesapa terperasan resepi ni sama kat blog kekawan lain, bgtau ye. Minta maaf sesgt sbb x sengaja n terlupa nak copy sekali link blog tu@owner dia sekali:(

--> Macam dlm MYR, by firasyira tp dah ditukar sukatan 'senduk' ke 'sudu'..yg lain sume sama

Bahan-bahan ( 10 orang ) :
Bahan A (gula hangus) :
2 sudu besar gula

Bahan B :
1 bungkus agar-agar serbuk (7 @ 8 gm)
4 cawan air
2 ½ sudu besar gula

Bahan C :
1 tin susu cair (400ml)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla


Cara-cara :

  1. Hanguskan gula macam buat karamel untuk puding karamel yang lain.
  2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api, kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.

4 comments:

izahdaut said...

wh sedapnya nih..suke yg tak rasa telur ni..

Mamajenn said...

mmg pun hehehe sy br tau ada org panggil dessert ni puding telur..puas sy tanya cemana rupanya n cr buat, br sy dpt tangkap menu tu sama dgn puding caramel. Suka la resepi ni, lembut n sejuk je masuk tekak

Noorma Ismail said...

mesti cuba ni..kat rumah ni tengah operasi jimat telur..hehehe...

Mamajenn said...

tu arr kekadang sy mmg mencr2 resepi yg jimat telur hehehhe tp hasilnay kena la sedap kan..hikhihkhik