Friday, October 21, 2011

Apam Snow White

Hacuuuummmmm...haccuummm..fuhhh byknya habuk blog ni..hahaha lama x hapdet ko..mak bz yg entah apa, x tau la..Ok hari ni agak malas buat kerja, so MJ merajinkan diri utk menghapdet respei yg dah basi ni..MJ rayau2 umah K.Nur nun kat Singapore dan terpaut la tgk gambar2 di rumah beliau yg cantik2 n semua nampak menyelerakan..Pandai betul Kak Nur berfotograf. Tks to kak Nur for sharing the recipe.. saya share kat blog saya pula ye..

APAM SNOW WHITE
Resepi asal : qnq0910@myresepi.com
Copy dari blog: http://fiqah99.blogspot.com


Bahan-Bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-Cara
Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .

2 comments:

myza said...

sedap ke qasima? kalau buh pewarna lg meriah kot kan :p

Mamajenn said...

maiza sbnrnya sedap tp sbb kamera ai yg canggih itu kan...so nampak cam hambar je kuih tu..nak letak kaler pun bulih tp dah x blh panggil snow white le...jadi little mermaid kot hahahha