Monday, November 9, 2009

Selamat Hari Jadi Mysara


Moist choc cake (2 layer)
+
Choc sponge cake (1 layer)
+
Ganache + bc

Tempahan dari Puan Hasnah hari sabtu lepas untuk anak saudaranya. Surprise party katanya! Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada akak dgn tempahan ini. Sorry ye mcm x berapa kemas sbb order last minute sgt. Akak x cukup masa nak mendeco elok2. Next time kalau sudi blh order lagi tp order la awal2 sikit ye:D

Kepada Mysara:
"Didoakan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan nnt. Selamat ulang tahun ke17"

Friday, November 6, 2009

Kek Kurma Kukus

Tayang gambar dulu.........

Ini edisi memperabihkan stok kurma puasa hari tu..Walaupun operasi ini berjaya, kitorg ada sekotak lagi dlm peti ais..argghhhh bila nak abis....

Resepi dia sama mcm kek prune kukus, cuma gantikan prune dgn kurma. Klu kurma yg jenis kering, kukus seketika untuk memudahkan isinya diblend. Cubalah..Sedap jugak. Bawa opis sikit, DH bw sikit gi workshop dan selebihnya habuan kami di rumah.

Masak lemak ketam

Tersangat la bznya minggu ini. Hari ni br dpt nak upload cite baru. Menu ni dah lama buat tp dek kebiziaan yg melampau2, br hari ni sempat buka bahagian 'NEW POST'. Ala menu biasa2 je nak tayang. Antara 'haiwan' yg MJ x suka makan. Bukan apa, leceh nak mkn ketam ni..kena gigit2 sana-sini..Crab stick x pe, senang, tinggal ngap je. Ok kita layan gambar dulu..

X yah la resepi la ye..masak macam masak lemak cili api tu tp x yah la bubuh cili api. Cuma klu suka pedas2 sikit, tumbuk le sekali cili api tu 3/4 biji.

Sunday, November 1, 2009

Roti inti sardin

Idea ni sbnrnya MJ olah dari blog2 orang dan operasi memperabihkan stok fridge. Rasanya dari blog k-ina kl ideanya. X sure plak. Kebetulan plak DH bawa balik roti frankfurter sebungkus. Ada la dlm 12 ketul kalau x salah. Lama sgt pun roti tu bertapa. Kena habiskan cepat sbb takut expired. Disamping tu, nak clearkan stok2 yg menimbun dlm peti ais..waaa byknya barang entah apa dlm fridge ku itu...rimas mak!

Bahan2 'menyadin':
1 tin sederhana besar sardin dlm tin
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji bawang putih - hiris
1 sdk cili giling - saje nak bg pedas2 sikit, x nak bubuh pun x pe
1@2 biji Limau kasturi - ambil jusnya
mayonis

Caranya 'menyadin':
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh. Kacau agak2 cili dah masak, masukkan sardin dan sos2nya sekali.
- Balik2kan sardin dan kacau hingga mendidih sambil di hancur2kan dengan sudip. Jika anda suka garam lebih, masuk la sikit. Klu x suka, x pe. Masukkan mayonis secukupnya dan gaul.
- Masukkan perahan limau kasturi. Siap dan sejukkan seketika.

Cara 'meroti sardinkan':
- Kerat 2 roti tu. Ambil sebelah dan buatkan lubang pada bhgn tengah roti (diameter roti). Bkn pada bhgn atas roti ye puan2...paham ke instruction ni. X paham, angkat tangan..
- Lubang tersebut jgn sampai tembus ke hujungnya. Ok, sumbatkan sardin yang telah disediakan pada awal tadi.
- Pecahkan telur dan celupkan roti ke dalam telur tersebut.
- Gaul dengan bread crumb dan masak atas non-stick pan atau kuali leper sbb menu ni MJ rasa x sesuai digoreng sbb bun akan meresap minyak yang banyak. So, balik2kan sahaja roti di atas pan sehingga telur yg disalut masak. Buat sehingga semua bun selesai. Selamat mencuba.

Nasi minyak hujan panas

Dah banyak kali buat tp baru kali ni sempat n teringat nak snap gambar. Nasi ni korang blh bubuh apa-apa warna yg digemari. Tapi yang kali ni MJ malas nak bubuh banyak kaler. So, titikkan kaler 'orange brown' je.

Biasanya nasi2 begini org suka guna beras basmati. Lebih sesuai gitu. Tp kitorg jarang nak beli beras ni sbbnya jarang2 angin rajin ku dtg untuk masak nasi sebegini rupa. Nanti terbuang je berkulat beras tu. So, MJ hanya guna beras biasa tu je. Jom tgk bahan2 dan cara menyediakannya..

Bahan-bahan:
4 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 sekawan (Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
1" halia
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak sapi
seketul kiub ayam
sedikit garam

Bahan2 lain (optional):
Pewarna
kismis
gajus - panggang dulu
daun sup/bawang
bawang goreng

Cara2nya:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bawangan yg dihiris. Kacau hingga kekuningan.
- Masukkan beras dan gaul seketika.
- Transfer semua tu ke dalam rice cooker.
- Masukkan air dan susu. Kalau agak2 air tidak mencukupi tambah sikit. Ikut sukatan mcm biasa korg masak. Ataupun guna jari pun blh...eh mcm iklan syampu
- Masukkan kiub ayam (yg ni MJ hancurkan dulu supaya cepat larut dan sebati), garam. Kacau rata dan masak.
- Apabila nasi telah masak, biarkan dalam 5 minit. Jgn terus gaul sbb nnt nasi tu mcm patah2. X cantik. Kemudian barulah titikkan pewarna yg digemari. Jgn bubuh byk sgt...nnt jadi nasi hujan ribut pulak sbb kaler meriah sgt. Gaul2kan. Tabur gajus dan kismis. Gaul lagi.
- Angkat dan taburkan hirisan daun sup serta bawang goreng.
- Hidangkan.