Wednesday, June 30, 2010

Ayam Kremes

Dah banyak blog yg MJ jumpa buat menu ni. Kebetulan rayau2 umah Ika nun jauh kat Bangkok tu, terpikat la pulak ngan resepi ni...memang best..Tks Ika sbb sudi share resepi ni. Saya C & P je la utk rujukan semua.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam - belah 8@4
  • 2 inci halia - ketuk
  • 1 helai daun salam - optional (MJ guna 3 helai bayleaf kering)

Bahan Kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 sudu makan ketumbar
  • 1½ sudu makan jintan putih
  • 1 ½ sudu makan jintan kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 inci halia
  • sedikit kunyit hidup
  • garam



Bahan Kremes

  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1/4 cawan tepung beras (boleh ditambah dengan tepung ubi)
  • 1 biji telur dikocok rata
  • 1 cawan air

Cara-cara

  • Rebus ayam bersama halia dan juga daun salam sehingga separuh masak. (hana tmbh btg saderi).Angkat dan toskan ayam.
  • Kisar semua bahan2 kisar. Satukan dengan ayam dan perap sekurang2nya sejam.
  • Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan kekuningan. Lebihan rempah jangan dibuang. (Jika ingin goreng ayam dengan mencelup sahaja ke bhn kremes juga tiada masalah! cume rempah tak serap banyak). Angkat ayam dan toskan.
  • Satukan bahan kremes sebati. Masukkan lebihan rempah ayam tadi.Kacau.
  • Pastikan minyak betul2 panas. Ambil sesenduk kemudian goreng ke dalam minyak yang panas td hingga garing. Angkat dan toskan.
Taburkan ke atas ayam semasa menghidang.Sesuwai dimakan dengan nasi ayam penyet bersama set sambal, tauhu dan tempe atau dimakan dengan nasi putih panas.



Thursday, June 24, 2010

Strawberry Yogurt Pudding

Cuti sekolah baru ni DH kebetulan off-duty on weekend. Kami x de la plan nak overnight di mana-mana. Cuma nak bawa anak2 jalan-jalan sahaja. Tempat pilihan masa tu Sg.Klah Hot Spring kat Sungkai atau pun Genting. Dua2 tempat hanya ambil masa 45 minit ke 1 jam je dari KL. At last, DH decide pusing2 Genting je la..
Masa nak naik tu, nampak la banner tulis Strawberry Park boleh plak self-pick. Disebabkan kitorg gi sana pun dah tengahari mcm malas plak nak layan game2 yg ada kat atas tu. So, MJ kata kat DH baik bw diorg buat aktiviti2 nature mcm tu. Petik buah strawberry..

Tgk nih..bestkan..berangan cam ladang sendiri hehehe..

Balik tu, MJ pun menggugel la resepi2 berasaskan strawberry yg anak2 pun blh join sekali buat. Jejak kasih MJ berakhir di rumah k.Ummi lagi...hehehehe...kak ummi copy dari MyR - Yani. Senang sesangat..anak MJ yg sulung ni la yg buatkan. MJ hanya tolong sukat2 dan bancuhkan gelatin je...bangga sungguh abg Kimi dapat hasilkan puding nih hihihihi...

Bahan-bahan ( 4-5 ):-
  • 250g plain yogurt
  • 150g strawberry
  • 50-60g gula halus
  • 5g gelatin
  • 3 sudu besar air (MJ guna air suam)

Cara-cara:-

  1. Campur gelatin dengan air. Ketepikan.
  2. Blend plain yogurt, strawberry dan gula.
  3. Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat. (Ni x buat sbb dah bancuh guna air suam)
  4. Masukkan gelatin ke dalam no.2 . Mix lagi.
  5. Akhir sekali masukkan puding ke dalam pudding cup dan sejukkan.

Tuesday, June 22, 2010

Kari Sardin + Roti Jala

Sekian lama MJ perap menu ini. Kalau ayam ke daging ke di perap, confirm dah meresap segala mcm rempah-ratusnya..hehehe ok...akhirnya...tadaaaaaa..................

Kak Non2, dek Non2, abg Non sume, x yah la nak hulur2 pinggan..mmg confirm dah x de..Hehehehe MJ buat ni untuk dimakan bersama si roti jala..nak 'mengkari' ayam pepagi hari, mmg malas. Apatah lagi 'mengkari' daging, lagi la malasnya nak menunggu daging empuk. So, ini je yg cepat. 'Mengkari' ikan sardin tin!

Jumpa resepi masa rayau2 umah Kak Ummi Kuantan..paberet sungguh!! MJ C&P je ye..mintak izin kak ye..

Mana bahan yg ada kat umah, MJ guna la..yg x de tu, MJ pejam mata je la ngeh ngeh ngeh..

Bahan:-
1 tin besar sardin (cap ayam) - ambil isinya saja
1 1/2 cawan santan pekat ) * dibancuh bersama jadikan pes
1 paket (6 sudu besar) serbuk kari ikan *
1 sudu besar cili kisar * (Yg ni x bubuh sbb anak2 MJ x tahan mkn pedas lagi)
1 sudu kecil serbuk ketumbar *
2 cawan santan cair
3 biji kentang - kupas dan potong kiub
2 biji tomato - belah 4 setiap 1 biji
garam secukup rasa
Bahan Tumis:-
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari
1 biji buah keras - tumbuk

Cara Memasak:-

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan kacau hingga naik bau. Masukkan pes rempah tadi. Perlahankan api dan masak rempah hingga naik minyak. Kacau-kacau selalu. Bila rempah telah pecah minyak, masukkan ubi kentang. Kacau rata dan masak kentang hingga 3/4 empuk kemudian masukkan ikan sardin. Kacau sebentar dan masukkan santan cair dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan perlahan api. Bila kentang telah benar2 empuk, masukkan belahan tomato dan tutup api.Makan ngan roti jala...perghh mmg layanzzzz...

Selamat Hari Bapa, Abah! (My boys la ckp kannnn)

Hmmm hari ni baru nak letak post cite hr Ahad..apa daaa...bz la konon hehehehe..Hari Ahad lepas sebagaimana sume keluarga meraikan Hari Bapa, kami pun x melepaskan peluang. Walaupun mama masih menahan sakit gigi, tp digigihkan juga menyiapkan kek ni untuk my DH. Light Cheese Cake MJ sediakan..xde resepi ye, sbb beli instant je..tinggal tambah butter, telur, fresh milk..:D. Tapi sedih plak, sbb DH kerja plak hari Ahad hari tu. So, kek tu kami 3 beranak, renung je la waaaa cedih...

Anyway, I would like to dedicate this entry to my beloved Husband, Muhd. Gadaffi Nordin.

"Lots of luv to u and thank you for being such a wonderful dad to our boys. May Allah bless u in whatever you do and did..."

Wednesday, June 16, 2010

Ikan Kukus Asam Limau

Kalau ikutkan hati, hari-hari MJ nak mencuba resepi-resepi baru. Tapi disebabkan kekangan masa MJ dgn urusan rumah, kerja, menyeiapkan tempahan, MJ x sempat nak buat semuanya waktu ni. habis2 pun print byk2, pastu simpan..bila free selak2 balik tgk mana yg best hehehe..

Ok ni br je test. Sedap, rugi x cuba tau..

Masa copy resepi ni , MJ lupa nak copy link pemilik blog tersebut. Ditambah plak PC MJ yg tgh ada problem habis semua history link hilang..so, x tau nak cr cemana. Kepada pemilik resepi ini, halalkan ye sy kongsi resepi kat sini. Sgt berterima kasih sbb resepinya mudah n sedap..(Klu tuan punya terbau resepi dia, sila angkat tangan. Nnt sy edit entry ni..mekasih:D)

Bahan2:

1 ekor ikan kira2 400-700g sebaik2 nyer ikan yang segar .
(ikan yang sedap di kukus ialah ikan siakap, ikan jenahak, ikan merah, ikan kerapu)

3 ulas bawang putih, di cincang
1 sudu kecil kicap manis
7 biji cili padi, di potong halus
3 biji asam limau nipis, di ambil air nya.
3 sudu besar air
sedikit serbuk pati ayam
garam dan gula secukup rasa

1 biji cili merah ,di hiris
2 pelepah daun ketumbar, di hiris kasar2
sebiji buah tomato, di potong empat.

Cara2:
- panaskan air di dalam kukusan hingga menggelegak.

-masukkan bawang putih, kicap manis, cili padi, air asam limau, air, serbuk pati ayam, gram dan gula di dalam satu mangkuk, gaul2 hingga rata.

- letakkan ikan yg sudah di bersihkan dan di kelar di atas pinggan untuk mengukus kemudian tuangkan campuran air asam tadi ke atas ikan. Taburkan cili merah yg di hiris serta tomato.

- Kukus di dalam kukusan kira2 15 minit (ikut saiz ikan,lagi besar, lagi lama)
-setelah itu, buka penutup kukusan dan tabur pula daun ketumbar di atas ikan, kukus lagi kira2 3 minit.
-Apabila ikan sudah masak, angkat dan boleh di hidang panas2 bersama na
si

Monday, June 14, 2010

Apam Pelangi


Sebenarnya Mj nak masukkan resepi kuih ni..tp dari tadi lagi nak masuk MyR x lepas2..x tau kenapa..malasnya nak taip tu 1 hal. Yang menambahkan hangin tu, bahan2 dia pun MJ x leh nak recall saat2 ini...marahnya..

So, layan la dulu gambarnya ye. Nnt klu dah blh masuk MyR, MJ copy resepi tu n paste kat sini. MJ sgt suka la apam ni..lembut, gebu n manis yg tidak keterlaluan..sedap.:D

OK MyR dah sihat nampaknya..ni MJ paste resepi tersebut..(16 Julai 2010)

Sumber : Dyna, MyR

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )

  • 1 cawan nasi yang dah masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
  • pewarna yang disukai

Cara-cara

  1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur
  2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati dengan gula dan yis
  3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
  4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...
  5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan besar kukus la selama 30-40minit...
  6. Bleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram...

Wednesday, June 9, 2010

Kesan Stress Ibu Terhadap Bayi Lelaki dan Perempuan

Sumber : http://anakkusayang.com by ummu abdullah

Kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Australia menunjukkan bahawa bayi lelaki dan perempuan menunjukkan tindakbalas yang berbeza ketika ibunya mengalami stress. Sejak dalam kandungan lagi, perkembangan bayi lelaki berbeza dengan perkembangan bayi perempuan dan pertumbuhannya juga dipengaruhi oleh keadaan ibunya.

“Bayi lelaki dan perempuan berbeza dalam merespon ketika ibunya dalam keadaan stress sejajar dengan pola pertumbuhan mereka” kata Profesor Vicki Clifton dari Robinson Institute Pregnancy dan Developmental Group.

Ketika dalam kandungan, bayi lelaki tidak dipengaruhi sangat oleh perasaan stress ibu berbanding bayi perempuan yang merespon dengan perasaan ibunya dan mempengaruhi pertumbuhannya.

“Ketika terjadi tekanan lain dalam kehamilan seperti stress, bayi lelaki akan berkembang dengan baik, namun bayi perempuan tidak dapat menghadapinya dan berisiko lahir sebelum waktunya atau benhenti berkembang.” kata Prof. Clifton.

Hal ini menjelaskan tentang perbezaan tindak balas dan pengaruh terhadap bayi lelaki dan bayi perempuan telah lama dikaji khususnya pada kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti asma, pengambilan tembakau dan stres. Menurutnya, perbezaan pola pertumbuhan itu terjadi kerana perubahan pada fungsi placenta yang dipengaruhi oleh hormon stres, hormon kortisol.

Pada bayi perempuan, peningkatan hormon kortisol menyebabkan pertumbuhannya terganggu, namun pada bayi lelaki, kehadiran hormon ini tidak menjejaskan proses pertumbuhannya.

Maka, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pengubatan yang lebih khusus sesuai jantina bayi tersebut untuk mencegah kelahiran bayi pra matang. Hal ini juga penting untuk membantu doktor dalam menilai perkembangan janin dengan tepat.

Katanya, “Kami mencari keadaan yang dapat menyebabkan perubahan pada pertumbuhan bayi, dan penyebabnya serta bagaimana untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.”

Monday, June 7, 2010

Ikan bawal 3 rasa

Rayau-rayau kat blog org, hasil menggugel merata tempat dan negara..nah inilah hasilnya..


Ikan bawal 3 rasa http://resepijefbuj.blogspot.com


Bahan-bahannya :

1 ekor Ikan Bawal atau Kerapu atau Merah
(taburkan tepung kunyit & sedikit garam dan perap dalam 15-20 minit )

Cili kering ( di kisar )
Halia ( Di mayang halus )
Bawang merah & putih ( di kisar )
Bawang besar ( dipotong bulat )
Serai 2 batang ( dititik )
Sos Tomato
Kicap Masin
Asam Jawa
Rempah Kari Ikan
Minyak masak
Belacan
Sedikit gula
Lemon ( Di hiris nipis )

Cara-cara :

1. Gorengkan ikan sehingga masak dan masukkan ke dalam pinggan.
2. Tumiskan , halia, bawang merah & putih hingga harum.
3. Masukkan cili yang dikisar & sesudu rempah kari dan tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan serai, sos tomato, sedikit kicap dan air belacan.
5. Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan gaul sehingga sedikit layu.
7. Apabila kuah masak, tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.


Tips menghidang
(Siap ada tips menghidang lagik)

1. Alaskan daun pisang di dalam pinggan untuk meletakkan ikan yang telah digoreng..
2. Hiaskan dengan hirisan lemon, dan taburan daun sup.


Mekasih tuan punya resepi!!!

Award yg dah berabuk dari Nowwa...hampun...


1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
Nak update blog....nak masak apa berbuka ptg ni...siapkan order org
2. Nama samaran kamu ?
Byk! Nak tau yang mana hehehe
3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
- Diri saya
- Keluarga kecik saya (Me, DH and kids)
- Keluarga besar saya (My siblings, in-law & family)
4. Panggilan untuk si dia
- Abuuungggsss hahahahaha
5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
- Knp cam x pernah terlintas ek? Ikut dia la apa yg ikhlas dari hati dia, i terima hukhukhuk
6. Blog mana korang suka follow?
- Blog yg follow akak la
Note: Nowwa apakah kamu sudah berpuashati....muahuahuahua

Banana pancake

Usah ditanya ada baki ke, nak hulur2 pinggan ke..ada pun MJ br bersemangat nak menghapdet blog..kita mula dgn yg simple2 ni ye hingga la ke remeh2nye resepi MJ bubuh..

Memang simple tp x salahkan kalau kita cuba2 resepi yg beribu2 kat dunia ni. Just to have and taste different ingredients and preparation but for the same menu.

Kali ini MJ ambik dari antara blog kegemaran MJ, Kak Jun yummylicious...mintak izin ye kak..C&P je...

bahan-bahannya:
1 cawan tepung
1 sdb gula
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
garam sket
1/2 cawan susu segar
2 sdb minyak sayur
1 sdt esen vanila
2 biji telur
5 biji pisang emas kecil-lenyek

campur tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat n garam.
dalam mangkuk lain, campurkan susu, minyak, telur, pisang n esen, gaul sebati. masukkan kedalam tepung n gaul rata. masak mcm pankek biasa..

MJ hidangkan bersama madu. Anak2 layanzzz....

Saturday, June 5, 2010

Konon je nihh..




Tadi semangat sgt nak update blog..tetiba br teringat kamera dok kat bawah. Malasnya nak turun...argghhhh baik tido kan...hehehhe..bosan betul..



Insya-Allah nx wk MJ akan mula menghapdet semula. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog ini..Jgn la majuks, nnt MJ hidangkan lauk2, kuih-muih, kek untuk 'santapan mata' sume...tungguuuuuu!!!!!