Thursday, June 24, 2010

Strawberry Yogurt Pudding

Cuti sekolah baru ni DH kebetulan off-duty on weekend. Kami x de la plan nak overnight di mana-mana. Cuma nak bawa anak2 jalan-jalan sahaja. Tempat pilihan masa tu Sg.Klah Hot Spring kat Sungkai atau pun Genting. Dua2 tempat hanya ambil masa 45 minit ke 1 jam je dari KL. At last, DH decide pusing2 Genting je la..
Masa nak naik tu, nampak la banner tulis Strawberry Park boleh plak self-pick. Disebabkan kitorg gi sana pun dah tengahari mcm malas plak nak layan game2 yg ada kat atas tu. So, MJ kata kat DH baik bw diorg buat aktiviti2 nature mcm tu. Petik buah strawberry..

Tgk nih..bestkan..berangan cam ladang sendiri hehehe..

Balik tu, MJ pun menggugel la resepi2 berasaskan strawberry yg anak2 pun blh join sekali buat. Jejak kasih MJ berakhir di rumah k.Ummi lagi...hehehehe...kak ummi copy dari MyR - Yani. Senang sesangat..anak MJ yg sulung ni la yg buatkan. MJ hanya tolong sukat2 dan bancuhkan gelatin je...bangga sungguh abg Kimi dapat hasilkan puding nih hihihihi...

Bahan-bahan ( 4-5 ):-
  • 250g plain yogurt
  • 150g strawberry
  • 50-60g gula halus
  • 5g gelatin
  • 3 sudu besar air (MJ guna air suam)

Cara-cara:-

  1. Campur gelatin dengan air. Ketepikan.
  2. Blend plain yogurt, strawberry dan gula.
  3. Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat. (Ni x buat sbb dah bancuh guna air suam)
  4. Masukkan gelatin ke dalam no.2 . Mix lagi.
  5. Akhir sekali masukkan puding ke dalam pudding cup dan sejukkan.

3 comments:

sehati sejiwa said...

waaa...cayalah abg kimi!! nanti balik pekan bawak buah stowbery tuh,buatkan utk maklong plak ek? hehehe

sehati sejiwa said...

pandai ler abg kimi...nanati balik pekan bleh buatkan utk maklong yew...

Mamajenn said...

sikit punya eksyen dia kaklong. Siap tayang kat sepupu2 dia yg dia buat puding..sudahnya, org rumah tinggal 3 bekas je...hmmm sabo je la