Biasanya menu begini akan muncul bila MJ lambat balik keje, menerima order yang sikit tp kuantiti yg banyak, atau kerja yg remeh hehehhe dan juga otak yg kosong x leh pikir menu daaa...kuikuikui. So, mahu resepinya kah? X pe, korg x mintak pun, MJ bubuh gak kat sini hehehehe...lambat sgt update blog, akaun nuff ku seakan lembab untuk berubah sejak akhir2 ini errkkkk sambil2 menyelam...
Untuk nasi goreng:-Nasi yang telah masak, secukupnya
Carrot - dipotong dadu (klu ada mix veg, guna tu je lg senang)
Bawangan - tumbuk
Isi ayam - potong dadu
telur sebiji
lada putih sikit - tumbuk lumat/ guna serbuk pun ok
garam secukupnya
Caranya (goreng je mcm korg biasa buat)1. Tumis bwg2 hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga ayam agak2 masak. Kuiskan ketepi kuali.
3. Curahkan telur dan kacau2 bg hancur2.
4. Masukkan nasi + sayur + lada putih.
4. Perasakan garam. Siap
Untuk mem'paprik:-1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air sedikit (bergantung kepada byknya kuah yg ingin diperolehi)
3. Masukkan sos tiram, sos cili dlm sesudu besar.
4. Masukkan ayam dan kacau hingga empuk.
5. Masukkan sayur2 yg ingin dibubuh termasuk daun limau purut - ikut la nak sayur apa mcm carrot, kacang panjang, kobis bunga,
6. Masukkan bawang besar yg telah dipotong 4/6. Gaul2, agak2 bawang besar dah layu, blh la tutup api.
hmmm apa yg kurg ek...ok adjust rasanya mengikut citarasa..tu basic je kan kat korg....alahai