Wednesday, February 25, 2009

Asparagus + shitake mushroom

Masakan yg sgt simple. Buat malam tadi. Boleh tukar dengan sayur2 lain - kailan, pak choy dll. Cuma konsep masak dan ramuan je sama. Masakan ini lebih kurang cara masakan cina. Tuang oyster sauce n pakai bwg putih je. Ramai dah tahu cara masakan ni kan..x pe kita share utk mereka yg blm tahu ye..Chef2 diluar sana jgn berbunyi plak okey..Jom intai cara n bahan2nya ye:

Bahan2:
Seikat asparagus (potong ikut cara memasing. Bhgn yg keras x perlu ambil)
4/5 butir shitake mushroom - belah 4 (kalau guna yg kering, rendam 1 jam. Yg fresh, x perlu la rendam)
2 ulas bawang putih (ketuk/cincang)
3 sdb sos tiram
1 1/2 sdt tepung jagung (bancuh dgn 3 sdb air)
1 cwn air (Kalau nak berkuah sgt, blh lebihkan air)
1/2 ketul kiub ayam
*optional - blh tambah capsicum/cili merah/cili hijau - potong kiub - utk menaikkan seri warna masakan kita)

Caranya :
- Celur asparagus n cendawan - tos dan asingkan
- Tumis bawang putih, bila dah agak kuning, masukkan 1 cawan air + 1 sdb sos tiram. Kacau seketika.
- Masukkan sayur2 (asparagus + cendawan + capsicum) tadi, gaul sekejap.
- Keluarkan sayur sahaja n letak dlm inggan hidangan. Biarkan kuah tinggal di dalam kuali.
- Masukkan baki sos tiram + kiub. Rasa, kalau kurang masin, baru lah ditambah garam. Jgn bubuh garam awal2 sbb kiub ayam can balance the salty taste.
- Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh tadi. Kacau agak likat sedikit.
- Curah atas sayur. Siap!

*Utk sayuran yang agak pahit seperti kailan, blh la dilebihkan sos tiram/kib untuk mengurangkan rasa pahit tersebut ketika makan. Cara di atas lebih sesuai untuk mendapatkan hasil masakan yg nampak fresh n daun sayur tidak nampak terlalu layu. Makan pun dah x de zat kan kalau sayur di masak terlalu lama..So, cuba la.

Tuesday, February 24, 2009

Pelik ke...x kot...

Apa punya tajuk daaa. Puas aku pikir nak bubuh tajuk apa. As my earlier entry, i did mentioned that i just came back from Pekan, Pahang. Umah mertua for BIL wedding reception. When I was in Pahang, i like to have a window shopping at their mall/supermarket or even night market. Maybe it is a bit annoying my in-law family hahahha because i dont like to stay any longer at home once we arrived there. Why? To me, east coast state are very famous with their decent, rare n simple foods/dishes/spices/sauces. Many things i can found at their mall/market. When i found those pelik2 foods, i like to have a try. Either eat in or buy/tapau. X percaya...look at these..

Nasi dagang ni dibungkus dalam bentuk kon. Kat Serdang ni, bungkus mcm nasik lemak je. Walaupun, lauknya isi ikan tongkol tu lebih kurang besar duit 50 sen tapi rasa dia memang syok n cukup2 je untuk jumlah nasik banyak tu.rasanya x de yg kurang, x de yg lebih..just nice.

Ni kuih apa, aku pun xtau. Beli otw balik KL. Tanya saudara Bob, ceh dia pun x tau gak. Dalam kuih ni ada mcm inti kastad kaler ijau...nih..

Sedap bangat sehhhhh!!! Aku x pernah jumpa kat Serdang/Bangi/KL ni. Sapa tau nama kuih ni, tolong bgtau ek? Ibu emiralisa? Kata anak jati, kan:)

Antara rempah ratus yg sempat aku rembat dgn masa merayau ditetapkan Mr.Driver, for 10 minutes only. Beli otw nak balik KL kat Pasaraya Eng Hong.

Roti 'Pandan Cocoa Mix'. Nampak mcm besa je kan kat korang..tp 1st time aku rasa roti ni, perghh bestnya. Makan gitu pun sedap. Kalah Gardenia walaupun lagu temanya 'sedap dimakan begitu saja', x leh kalah ngan rasa roti ni. Tp Gardenia is more fluffy compare to this roti la kan. Ada rasa pandan, vanila, koko bila dimakan. Kimi n najmi pun layan gak roti ni.

Actually, i have many to share here...those food that i have just tried and very familiar to east coast people. Luckilly, Cikbob from this area. So, i learn to eat those food from him - satar, budu, otak2, fresh kepok leko (mkn x yah goreng, rebus/kukus je), lompat tikam ( i cannot imagine how this kuih name was given:p), nasi kerabu, laksam, cek mek molek apa lagi ek.... Tapi sampai sekarang kuih 'akok' tetap x leh masuk tekakku. I am still trying to prepare the menu as delicious as his mum's cook. Ceh mana bule...terer gile masak weh!! Ampunkan patik ye Tuanku..akan patik teruskan juga mencuba hahahaha..

Monday, February 23, 2009

Kemana....?

Lamanya x update blog. Mesti sume tertunggu2 resepi baru untuk dicuba, kan? Nak update sikit apa yg jadi last week.

Mama start cuti dari hari rabu lepas (18 Feb 09), untuk meraikan mempelai 'Kero & Palina'. Alhamdulillah dalam 'ribut2' membuat persediaan and everybody were stressed, akhirnya majlis berjalan dengan aman dan lancar. Walaupun hidangan kenduri dibuat secara catering n buffet, tp penat sebelum tu x hengat. Tido kol 1 -2 pagi, bangun 6.45pg (hehehe subuh dekat kol 7. ngantuk beb!) Sebanyak 300 doorgift n 8 hantaran siap dibuat lbh kurang kol 12 tgh mlm hari Jumaat, kenduri pagi esoknya...huh letih k.long, myza n mama menyiapkannya..dgn diserabutkan anak2 kecik yang kadang2 rasa nak ikat je kat kaki kerusi ke meja ke...kejam ke....mana ada...baru plan je..:)

Ni pic lepas akad nikah nak menuju ke dewan makan. Dalam kami bergembira dengan 'ahli baru' dalam keluarga mertua, kami dapat berita sedih dengan pemergian adik mak mertua mama - Ayah Sam. Mama rasa sedih sgt masa mula2 terima berita ni n teringat arwah berarak bersama masa majlis sambut menantu serentak 2 pasangan - mama n hubby, arwah n Mak Lela. Arwah meninggalkan isteri dan anak berusia 5 tahun, 4 tahun dan dalam kandungan 3 bulan. Kereta yang dipandu arwah dirempuh lori sawit dan terseret dalam 200meter ke arah gaung bersebelahan laluan arwah. On the way balik KL semalam, kami tengok kawasan kejadian n beberapa gambar kereta arwah di Balai Polis

Frame atas tepi tingkap tu la mama rasa yang telah menyebabkan kepala arwah terkoyak dan tengkoraknya retak. Segalanya ketentuan Ilahi. Segala perkataan 'kalau' yang kita rasakan boleh dielakkan/dilewatkan spy arwah selamat, tp jika itu ketentuan-Nya, elak la cemana pun, dia tetap pergi juga. He was 21 days short of their next 5th anniversary (13 Mar). Cedihnya kan..nnt bln 3 anniversary kami mesti teringat kat Mak Lela...Al-fatihah.

Kami tiba di Serdang dalam kol 5. Sebelum tu gi antar Intan (Adik hubby) kat Kolej Matrikulasi N.9). Balik tu tido terus. Bgn2 dah azan maghrib. Badan dah rasa lain macam. Kepala berdenyut. Panas. Lemah2 badan...adeh den demam.

Lihatlah himpunan ubat2 itu. Satu family kena makan ubat. Complete package - demam, batuk, sesema, sakit tekak..dan utk pertama kalinya mama terpaksa 'layan' ubat2 ni sbb nak kena sihat malam tu jugak. (Bukan takut makan ubat tp takut side effect in future. Tu yg x suka ambik. Last makan panadol/pain killer masa beranakkan najmi.) Pagi esoknya kena gi kursus induksi (2 weeks). Takleh nak excuse sbb hjg bln 3 nak exam. Penatnya awal2 tahun ni. Banyak sgt program. Rasa nak cuti je sampai bln 4. Xyah nak layan keje opis yg segunung tu..grrr...

Tuesday, February 17, 2009

Apam tapai beras

Buat malam tadi sambil ditemani adik Ami. X leh tido mamat ni bila mama x de kat sebelah. So, stay-up le malam tadi tolong mama buat kuih ni sampai kol 12. Sempat le dia makan sebiji..Pagi tadi antar umah ibu, Ami tido lagi..Sian adik ngantuk..Aku suka sangat kuih ni. Kalau beli kat gerai mcm x cukup je nak bedal. Buat sendiri baru puas hati. Tp tetap x suka makan dengan kelapa parut. Rasa macam 'serabut' je dalam mulut. Ok jom tgk ramuannya, sebelum tu kita layan gambar2nya..

Post dengan 'baju' merah gitu..tp aku rasa warna apam tu x menarik la..kan..janji sedap

Tanpa 'seurat benang' pun...auwww..
C&P :blog lifeprettyshort

Apam tepung beras

  • Cara nak sediakan tapai nasi:
  1. Ragi yang nak digunakan mesti dalam keadaan betul2 kering. Jemur dulu bawah cahaya matahari jika perlu. Peroikan kemudian tapis atau ayak sebelum digunakan untuk membuat tapai. (Aku ramas je ragi tu terus gaul, guna sudu tau)
  2. 1 cawan nasi yang dah disejukkan digaul dengan sebesar ibu jari ragi. Gaul rata ragi sehingga melitupi semua nasi. Kemudian renjiskan sedikit sahaja air. Tutup rapat bekas & simpan di tempat yang warm selama 2 malam.
  • Cara membuat apam:
  1. Satukan 250gm tepung beras (setengah kampit), 1 cawan tapai beras, 1 cawan gula, 1 cawan air, 1 cawan tapai beras & 1 sudu teh instant yeast. Blend semuanya. (Pemilik resepi ini guna cawan sukatan 250ml).
  2. Masukkan dalam bekas bertutup yang besar, simpan atau peram selama 4 jam. Bancuhan ini akan membuak dan mengembang, sebab itu perlukan bekas yang besar.
  3. Bila dah ready, panaskan kukusan. Panaskan sekali acuan.
  4. Just before kita kukus..masukkan sedikit eno ke dalam adunan, kacau rata. (untuk setiap 500ml bancuhan, masukkan setengah sudu kecil eno).
  5. Masukkan ke dalam acuan kecil2, kukus semalam 15 minit, atau sehingga masak. (jika menggunakan loyang besar, masa kukusan mungkin lebih lama).
  6. Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam

Cubalah!! Senang bangat..

Saturday, February 14, 2009

Udang bercili kasturi

Bila hubby x de umah selalunya x de idea nak masak. Pastu tgk ada udang mcm best je nak try resepi lain. mari rapat2 ye incik2..nengok ni..

Sumber : Blog K. Ummi, Kuantan

Bahan2:
- 1/2 kilo udang sederhana besar
-1 batang serai - dititik
- 3 biji limau kasturi
- garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar kasar sedikit:
- 6 biji cili merah (buang bijinya)
- 5 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- 1 cm kunyit hidup

* Aku blend hancur semua bahan kecuali cili. Lepas tu br masukkan cili dan blend sekejap.

Cara masak:
- Bersihkan udang, gunting muncung dan buang ekornya. Bersihkan dan tos.
- Gaul udang dengan kunyit dan garam, goreng seketika. Angkat dan asingkan
- Buang sedikit minyak menggoreng tadi dan tumiskan bahan kisar.
- Bila cili dah nampak pecah minyak dan garing, masukkan sedikit air dan serai. Kacau sehingga serai agak layu.
- Masukkan udang, perasakan gula dan garam.
- Tutup api dan masukkan jus limau kasturi. Gaul rata.
- Siap.