Lamanya x update blog. Mesti sume tertunggu2 resepi baru untuk dicuba, kan? Nak update sikit apa yg jadi last week.
Mama start cuti dari hari rabu lepas (18 Feb 09), untuk meraikan mempelai 'Kero & Palina'. Alhamdulillah dalam 'ribut2' membuat persediaan and everybody were stressed, akhirnya majlis berjalan dengan aman dan lancar. Walaupun hidangan kenduri dibuat secara catering n buffet, tp penat sebelum tu x hengat. Tido kol 1 -2 pagi, bangun 6.45pg (hehehe subuh dekat kol 7. ngantuk beb!) Sebanyak 300 doorgift n 8 hantaran siap dibuat lbh kurang kol 12 tgh mlm hari Jumaat, kenduri pagi esoknya...huh letih k.long, myza n mama menyiapkannya..dgn diserabutkan anak2 kecik yang kadang2 rasa nak ikat je kat kaki kerusi ke meja ke...kejam ke....mana ada...baru plan je..:)
Ni pic lepas akad nikah nak menuju ke dewan makan. Dalam kami bergembira dengan 'ahli baru' dalam keluarga mertua, kami dapat berita sedih dengan pemergian adik mak mertua mama - Ayah Sam. Mama rasa sedih sgt masa mula2 terima berita ni n teringat arwah berarak bersama masa majlis sambut menantu serentak 2 pasangan - mama n hubby, arwah n Mak Lela. Arwah meninggalkan isteri dan anak berusia 5 tahun, 4 tahun dan dalam kandungan 3 bulan. Kereta yang dipandu arwah dirempuh lori sawit dan terseret dalam 200meter ke arah gaung bersebelahan laluan arwah. On the way balik KL semalam, kami tengok kawasan kejadian n beberapa gambar kereta arwah di Balai Polis
Frame atas tepi tingkap tu la mama rasa yang telah menyebabkan kepala arwah terkoyak dan tengkoraknya retak. Segalanya ketentuan Ilahi. Segala perkataan 'kalau' yang kita rasakan boleh dielakkan/dilewatkan spy arwah selamat, tp jika itu ketentuan-Nya, elak la cemana pun, dia tetap pergi juga. He was 21 days short of their next 5th anniversary (13 Mar). Cedihnya kan..nnt bln 3 anniversary kami mesti teringat kat Mak Lela...Al-fatihah.
Kami tiba di Serdang dalam kol 5. Sebelum tu gi antar Intan (Adik hubby) kat Kolej Matrikulasi N.9). Balik tu tido terus. Bgn2 dah azan maghrib. Badan dah rasa lain macam. Kepala berdenyut. Panas. Lemah2 badan...adeh den demam.
Lihatlah himpunan ubat2 itu. Satu family kena makan ubat. Complete package - demam, batuk, sesema, sakit tekak..dan utk pertama kalinya mama terpaksa 'layan' ubat2 ni sbb nak kena sihat malam tu jugak. (Bukan takut makan ubat tp takut side effect in future. Tu yg x suka ambik. Last makan panadol/pain killer masa beranakkan najmi.) Pagi esoknya kena gi kursus induksi (2 weeks). Takleh nak excuse sbb hjg bln 3 nak exam. Penatnya awal2 tahun ni. Banyak sgt program. Rasa nak cuti je sampai bln 4. Xyah nak layan keje opis yg segunung tu..grrr...
2 comments:
life is short,...sedih sgt pemergian arwah..arini abah mak balik kg.bawak pengantin baru.
bcoz life is too short then we need to 'muhasabah' in evrything we do n did in our life. Semoga dengan pemergiannya mengingatkan kita utk lebih beramal sebelum malaikat maut menjemput entah bila dan pada usia berapa. Dia yg akak rasa lebih byk amalannya dijemput dlm keadaan begitu, apatah lagi kita ni yg byk sgt kurangnya, kan....
Post a Comment