Sunday, February 1, 2009

Blueberry cheesetart

Huhuhu suke sgt..tp buat resepi ni nak cepat siap je. Pakai acuan tart yg beso..cepat sikit siapnya..tart ni dibuat dengan campuran 'air tangan' aku n Capt. Pait (Ceh...nak masuk nama gak)

Sumber asal : Alex Goh
C & P : Dari blog org tp dia ajar mcm x abis..so aku adjust sendiri.

Bahan A
200g mentega
100g gula aising
1/4 sdt esen vanila

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420g tepung gandum
1 sdb susu tepung

Cara2nya:
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna dan menjadi doh.
3. Canai doh mengikut saiz acuan. Kalau guna acuan tray tart, potong doh menggunakan acuan bulat besar dan masukkan dalam acuan tray tu. Tekan2 doh mengikut bentuk/lekuk acuan. Potong lebihan.
4. Cucuk2kan dasar doh tadi dengan garpu supaya doh lebih ringan dan garing.
5. Bakar pada suhu 160°C selama 20-30 minit, depends on ur oven type okey. Agak2 dah nampak kuning2 tu ok la..

Filling(resepi BAGUS)
250 g cream cheese
20g butter
60 g caster sugar
1 biji telur

Blueberry filling

Caranya:
1. Putar cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar hingga sebati
3. Paipkan filling ke dalam kulit pastri yg tlh masak.
4. Masukkan sedikit blueberry filling di tengah2 filling cheese. Lorekkan ikut suka korang.
5. Bakar semula selama 30 minit.

Nota:
1. Kulit tart akan berwarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah oven.
2. Creamcheese seeloknya dibiarkan dulu pada suhu bilik sblm dipukul utk mengelakkan dari overbeat.
3. Jangan keluar terus tart dari oven setelh mask. Biarkan seketika dengan merenggangkan sedikit pintu oven.

6 comments:

sehati sejiwa said...

kak long dah try dahresepi ayam tu.. best..hawa pun suka..oooo baju utk kenduri kero dah siap..tak ckp kita. nak kena beli warna gold gak ni..:)

Shima Sulaiman said...

ayam conflakes tu ye? aah kimi pun suke. Baju tu ingatkan org sana dah tau hehehehehe..i'm sorry! ceh si amir niii...

aid said...

aloh x bgtau pon joinventure punyer pojet nieeeee....geram geram

Shima Sulaiman said...

ok nnt gua edit..kecoh nak masuk nama gak...bancuh pun salah..sib baik jadi akhirnya:)

Saiful Ramadzan Hairani said...

dapat merasa 2 biji.. hx kak shima. bgus.. bila makan dia tak pecah. keras skit is better. bdak2 suka... try out straberi flavo!

Shima Sulaiman said...

ye la tu...fiza kata awak tu tolak kayu ngan batu je..tu nak cepat siap sbnrnya...saje buat tebal2 hehehehe..tp will try as ur suggestion..