Saturday, February 14, 2009

Donut

Hari tu rayau2 umah ibu emiralisa. Teruja tgk kuih donut dia..Nampak 'gemuks' n gebu je. Dulu pernah try buat donut tp asik x jadi je, terus give-up. Beli yg instant je. Kimi suka sgt makan donut, so terpaksa la mama usahakan jugak belajar buat kuih x berapa melayu ni hehehhe.. lihatlah donia hasil kerja ku pg tadi...

Ni bahagian mama ngan atuk

Ni bahagian Kimi n Ami..comot sikit sbb nak cepat.

Sumber : Yani, MR

Bahan2nya:
- 200g tepung roti (aku pakai tepung gandum je)
- 20g gula
- 1/2 sdt yis kering (aku guna brand Mauripan)
- 140 ml susu segar
- 20g butter
- secubit garam

Cara membuatnya:
- Satukan tepung, gula dan garam. Gaulkan.
- Buat lubang di tengah2 tepung tu, curahkan susu dan yis.
- Gaul sedikit dan campurkan butter.
- Gaul lagi sehingga semua bahan bersatu dan keluarkan dari mangkuk, letak atas papan canai, teruskan menguli.
- Uli sehingga doh tidak melekat ditangan (tapi aku uli dekat 1/2 jam tetap melekat)
- Bulatkan doh tu dan masukkan dalam mangkuk. Tutup dengan kain lembab/ plastik. Biarkan doh naik 2 kali ganda. (Aku biarkan dalam 30-45 minit)
- Buat finger test dengan menyucuk doh. Jika kesan jari lekat di doh, maknanya tepung kita dah naik la tu.
- Ni version aku ye. Disebabkan tepung ku itu tetap melekat2, tidak licin seperti empunya resepi, aku bubuh tepung kat kiri dan kanan tapak tangan. Buatkan bulat2 kecil, kecil sedikit dari saiz bola ping pong. Letak atas pinggan/tray bersalut tepung. Habiskan membentuk semua bancuhan tu.
- Biarkan lagi dia naik 1.5 ganda
- Panaskan minyak dengan api sederhana. Sebelum doh yang kita bulat2kan tadi dimasukkan ke dalam kuali, lubangkan tengahnya guna jari je.
- balik2kan dan angkat bila dah masak.

Selingan:
-Masa buat ni ingatkan x jadi gak. Sbb tepung tu tetap melekat gak wlpun setengah jam menguli. Pastu memang nampak kembang tp x tinggi sgt mcm dalam gambar. Tapi bila tepung tu dah sentuh minyak panas je tetiba 'toing' dia terus kembang tinggi. Walaaa....seronok dah masa tu..Ada sikit lagi tinggal utk dear hubby (dia keje hr ni), test makan petang ni, ok lagi. Kekal gebu n lembut gitu.
- Mungkin doh tidak akan naik sebab yis mati (sbb letak kat panas ke), semua bahan sejuk sbb baru kuar fridge terus bancuh, doh dimasukkan dalam peti ais untuk direhatkan, uli x cukup lama. Ni aku summarize dr komen2 org yg dah try resepi tu.

2 comments:

ibuemiralisa said...

kak jenn, saya terai resepi skyblue lak hr tuh. compare to yg resepi Yani nih, cikabg kata yg skyblue lg bes dan lembut..
tp mmg, masa wat resepi yani nih, asik melekat kt tangan jer..jenuh tambah tepong!

**emir pun suke donut..komen dia: pandailah ibu nih! hahahha...(xsangka ibu dia leh wat donut sendiri!)

Shima Sulaiman said...

tu le hr tu akak nak tanya guna resepi sap..tp awak update cepat sgt, takut membazir je tanya..ooo lepasni leh la try skyblue punya plak..

**tu ayat ambik ati je tu kakakaka. Cuba cek, adakah mknn itu dioffer masa anak tgh kebulur atau dia nak dptkan sesuatu dr ibunya?:)hehehehe ok la kira pandai la ibu emiralisa ye..bila nak ajar masakan pantai timur..?