Friday, February 13, 2009

Talam keladi

Gue di'tagged' oleh saudara Boban utk 'menerai' kuih2 melayu gitu..sebenarnya mengaku x pandai hehehhe...tp cuba la pelan2kan..meh tgk ni kuih talam ni. Aku jumpa kat blog CMG, cedap tp rupanya agak kureng pada bahagian tepi2 loyang yang aku gunakan...tatau kenapa..kena try lg ni for improvement...hmmm..

BAHAN A :-
300 ml santan (aku guna santan kotak tu je)
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN B :-)
100 ml santan
70 g gula halus
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu
1/2 camca teh perisa keladi

CARANYA :
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
  2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan *keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
  3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. *Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
  4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.
Nota:
a. Ada beberapa possible cause yg aku rasa kuih tu agak x kemas especially bhgn tepi loyang.
- *keladi - aku x lecek, aku blend terus lepas tapis bancuhan tepung tu
- keladi tu aku x kukus, rebus je. Nak cepat weh! Penat balik keje

- *Tutup permukaan tin dengan aluminium foil - x buat pun sbb aku pikir dah tutup ngan kitchen towel, apasal kena tutup ngan foil tu lg. ni la contoh pelajar durhaka...kekekeke..

Next time kena try balik. Tiru exactly arahan yang diberi. Ilmu baru paras buku lali dah pandai2 alter resepi org...Tp kuih ni kimi suka sangat..kononnya buat untuk bawa jamuan opis pagi ni..tp dah tinggal sikit kimi makan, mama x jadi bawa utk jamuan tu..simpan utk mkn petang budak2 opis ni je kang.

2 comments:

sehati sejiwa said...

kalu tutup pkai aluminium foil kene wat lobang x? yerla takut wap sauna xmasuk plak.atau xpe ttup trus??sile jawab..saya buat kuih talam susah nk jadik.

Shima Sulaiman said...

biasanya sy letak je atas loyang tu. X yah lubang sbb x nak bg wap air jatuh atasnya. Nnt kesan air jatuh tu nampak macam 'berlopak2' atas kuih tu.