Wednesday, February 4, 2009

Kuih seri muka

Dah byk kali buat kuih ni tp baru kali ni berkesempatan nak post kat sini. Semalam pun buat gak. Saya buat separuh bancuhan dari resepi asal. Sumber and C&P : blog Cik Mat Gebu. Marvellous sgt rasanya...Nampak tak bhgn yg berlekuk tu...hehehe normal la defect masa nak potong...tertekan.

Bahan Lapisan Bawah:-
500 g beras pulut, rendam 30 minit
400 ml santan cair
1 camca teh garam (boleh kurangkan sikit)
2 camca makan minyak masak

Bahan Lapisan Atas:-
120 g tepung gandum*
3 camca makan tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
140 g gula halus (boleh lebihkan sedikit)
3 biji telur (gred A)
450 ml santan pekat
1/2 camca teh garam (boleh kurangkan)

Cara membuatnya:-
1- Panaskan kukusan. Toskan pulut dan masukkan dalam tin berukuran (9 x 9 x 3) inci. Kemudian masukkan semua bahan utk lapisan bawah, gaul dan ratakan pulut. Kukus 25 - 30 minit. Keluarkan tin dari kukusan dan tekan sedikit supaya padat dan rata.

2- Satukan kesemua bahan2 utk lapisan atas dan kacau menggunakan wisk hingga sebati dan rata. Tapis adunan dan perlahan2 tuang atas pulut tadi. Kukus 1 jam atas air mendidih. Gunakan api sederhana. Balut penutup kukusan utk mengelakkan air jatuh atas permukaan kuih.

Selamat mencuba..!!

P/S: masa buat kuih ni sy lapik dgn plastik yg terkeluar2 dr saiz loyang tu. Senang nak keluarkan dan potong bila dah siap masak. Jgn potong masa pepanas..bhgn atas tu masih lembut. Biar sejuk dulu br dia keras.

8 comments:

Nuar said...

ado yang muntah hijao makan kuih ko x?.....he he he

Shima Sulaiman said...

soriii eiii...nyaris x ambik order je..klu den ni joneh ambik orde, lamo dah boghonti kojo upm ni...

Nuar said...

sya rasa...elok shima amik order.
masyuk lagi kut.

Shima Sulaiman said...

ala buat suka2 la...blm kategori pro lg..x kemas lg hasilnya..x baik la nak ambik order..

myza said...

qasima, this is one of ur FIL fav kueh maaa...

Shima Sulaiman said...

aisey ni yang malas ni...nnt jadi menantu kesayangan plaks huhahuha...

aid said...

aisey...cam kenai je pulut tuh....cam ponah ku lihat pulut tuh, tp di mana ya.....muakahkahkahkahkiok

Shima Sulaiman said...

diam-diam suda....