C&P :blog lifeprettyshort
Apam tepung beras
- Cara nak sediakan tapai nasi:
- Ragi yang nak digunakan mesti dalam keadaan betul2 kering. Jemur dulu bawah cahaya matahari jika perlu. Peroikan kemudian tapis atau ayak sebelum digunakan untuk membuat tapai. (Aku ramas je ragi tu terus gaul, guna sudu tau)
- 1 cawan nasi yang dah disejukkan digaul dengan sebesar ibu jari ragi. Gaul rata ragi sehingga melitupi semua nasi. Kemudian renjiskan sedikit sahaja air. Tutup rapat bekas & simpan di tempat yang warm selama 2 malam.
- Cara membuat apam:
- Satukan 250gm tepung beras (setengah kampit), 1 cawan tapai beras, 1 cawan gula, 1 cawan air, 1 cawan tapai beras & 1 sudu teh instant yeast. Blend semuanya. (Pemilik resepi ini guna cawan sukatan 250ml).
- Masukkan dalam bekas bertutup yang besar, simpan atau peram selama 4 jam. Bancuhan ini akan membuak dan mengembang, sebab itu perlukan bekas yang besar.
- Bila dah ready, panaskan kukusan. Panaskan sekali acuan.
- Just before kita kukus..masukkan sedikit eno ke dalam adunan, kacau rata. (untuk setiap 500ml bancuhan, masukkan setengah sudu kecil eno).
- Masukkan ke dalam acuan kecil2, kukus semalam 15 minit, atau sehingga masak. (jika menggunakan loyang besar, masa kukusan mungkin lebih lama).
- Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam
Cubalah!! Senang bangat..
1 comment:
dh boleh deee.... br tukau. bila nak masak nie?
Post a Comment