Wednesday, February 11, 2009

9 Februari 2001 yang lalu...

Tarikh keramat dalam keluarga aku. Aduh nak taip pun x larat..tergerak untuk update lepas baca FP Capt. Pait. Masa tu aku masih bekerja di Sony Technology Malaysia Sdn. Bhd. Brader Bob masa tu baru nak usha ewahhh sempat gak menyelit kisah lama.

Hari tu hari Isnin, kakak aku, Angah, call suruh ambik cuti jaga mak sbb mak x sihat. Kebetulan hari Rabu ada cuti Thaipusam ke apatah. So, malam tu gak terus call bos nak EL esoknya. Balik umah tgk mak terbaring je..tanya dia, demam ke..aah tp angah dah bw klinik. Masuk hari Rabu demam dia x ok gak. Masa tu mak x nak ambik sebarang gula sbb br je lepas kuar hospital , admitted seminggu. Tp aku rasa mcm x leh buat camtu. Aku curi2 bubuh gula dlm air kopi dia nak minum lepas mkn tghari yg x berapa suap. Lepas zohor, aku mop satu rumah, pastu bw majalah nak baring2 kat dia. Capt. Pait dok kat atas tido. Pastu mak mintak tolong picit tangan dia. Lenguh katanya. Ok aku pun layan. Pastu dia kata nak tido, dia mengereng membelakangkan aku. Memang perangai aku kalau tido ngan mak mesti peluk dia. Tetiba masa tu azan asar, mak start muntah2..keluar seperti serbuk kopi. Mula la aku menyalahkan diri...kopi aku buat campur gula tu ke yg dah sebabkan dia jadi camtu..pastu dia baring balik kemudian bunyi mcm dia mengigau. Ayah suruh kejutkan. Aku kejut tp aku tgk mata dia terbuka..pastu aku tanya kenapa, dia buat bunyi2 lagi..eh kenapa x leh ckp plak ni..Aku jerit Capt. Pait suruh turun. Masa ni airmata dah berderai2 dah..Ayah dah mula minta tolong jiran2. Kitorg call semua adik-beradik balik..x sampai sejam, rumah kitorg dah penuh..jiran2 mula baca yassin..masa tu rasa nak suruh diorg diam je sbb nak ckp mak aku blm nak mati la woii..

Dalam pukul 6, angah call St.John's Ambulan. Jiran2 x bagi katanya nnt 'habis' tgh jalan x de sapa nak mengadap. Tp ada suara yg ckp, kena tau kenapa dia jadi camtu..mak diangkat oleh pasukan paramedik diorg. Aku follow selepas tu. dah x ingat org dah masa tu. Main blah je.

Bermula la episod kami adik-beradik bermalam di High Dependency Ward, kemudian mak dialihkan ke ICU. Ayat terakhir aku sblm dia bepindah ke ICU - Mak x yah tanya mcm2..nnt esok dah sihat kita cite byk...sbb masa tu dia mcm nak berckp sgt tp payah sbb pakai cover bantuan pernafasan kat mulut dia. Masa tu rasa mcm ruginya masa aku byk terbuang diluar. Itulah kali pertama aku mengucup dahinya sepanjang hayatnya. Aku x sempat nak shopping ngan dia, outi ngan dia..byk la lg. Lesen keta pun x de lg masa tu. Sampai sekarang rasa terkilan tu sbb sudah berkereta dan berlesen tp x sempat nak bawa dia jalan2. Hari Khamis mlm Jumaat, aku ingatkan mak akan pulih. So, nak kembali ke Bangi utk kerja esoknya. Baru nak mkn mlm. Alang call bgtau heart beat mak makin rendah. X sempat jamah mknn, mamak kedai mkn tu terus kata tak yah byr sbb aku dah nangis2 dah kat kedai dia...sume org tgk, lantak la...aku terus patah balik ke hospital. Lari terus ke arah ward. Mak koma, terus ke ICU. Hari Sabtu, nurse panggil waris mak. Aku ada masa tu. Adik mak, Andak, pun ada. Nurse suruh call sume adik-beradik sbb life support dia nak dicabut sbb x de progress. Lemah kakiku mendengarkannya. Masa aku dok hujung kaki mak baca yasin, tetiba ada mak saudara bgtau jantung mak dah berhenti. Aku terus pergi kat tepi mak. Aku gegar badan dia. Bangun! Bangun!!!!!!Tidakkkkk, Ya Allah Aku tidak sanggup kehilangan dia..jiranku datang menarik ku, peluk aku, Sabarlah nak! Sabar! Ujian Tuhan...tu je ayat mak cik tu...aku rasa jiran aku la dan rakanku papah aku keluar bilik ICU. Adik-beradik lain tanya kenapa, aku hanya sanggup cakap, dia dah x de...waaaa sedihnya...aku dah x larat nak tulis lg. Kepada rakan2 di luar sana, yg masih ada ibu, luangkanlah masa bersama mereka sebyk mungkin...sbb kita x tau sebanyak mana pengorbanan, derita, suka, pilu diorg membesarkan kita sehingga mereka tiada barulah kita terfikir segalanya..

P/S: Kepada penghidap Diabetes, jangan langsung x ambil gula. Ambil mengikut kadar yang sederhana sahaja. Mak meninggal sbb paras gula sgt rendah sehingga saraf otaknya putus, kedua-dua buah pinggang damage (ni sbb komplikasi diabetes le).

4 comments:

Anonymous said...

aloh...posal mung cete yg sidis2 ni....sidis le gua....uwaaaa

Mamajenn said...

:(

sehati sejiwa said...

kita pun sedih ..sob!sob! sama2 kita doakan rohnya dicucuri Rahmat Amin...
saudara kero ke kl ari ni..taktau la bermalam di sana atau tak...

FIZA said...

salam takziah. semoga rohnya dicucuri Rahmat..