Monday, February 9, 2009

Kek Marmar coklat dan strawberi

Baru try petang semalam..rupa agak hancuss sbb test teknik me'marble' cara lain..tp rupanya tidak seperti yang dijangkakan...kena practice lg nih..try la buat ye puan2 n tuan tuan2..

Kek ni bau dia harum, gebu n lembut gitu..

Sumber : Seridewi & Keluarga (Keluaran Feb 2009)


Bahan-bahan:
250g margerin
230g gula kastor (maybe blh kurangkan ke 200g je...sbb agak manis gak)
5 biji telur
250 g tepung berserbuk penaik (sy guna brand bluekey0
50ml susu segar
1 sdt esen vanila
1 sdb pes coklat
Sedikit pewarna merah jambu dan perisa strawberi

Cara:
- Pukul marjerin dan gula hingga kembang
- Masukkan telur berselang-seli dengan tepung, susu dan esen vanila
- Bahagikan kepada 2 bhgn. 1 bhgn bubuh pes coklat, 1 bgn lagi bubuh pewarna pink dan perisa strawberi.
- Tuang selang-seli dlm acuan, bakar 160°C selama 30-45 minit hingga masak dan gebu..

Walaupun topik menu2 bahagian ni "Tarikan coklat buat si kecil" tp kimi n najmi x berapa suka. Tu yang malas buat kek marble ke butter ke, diorg mcm kureng sikit...tp klu ada unsur cheese, perghh tidak dinafikan kegemaran mereka..ke sbb rupanya yg x semenggah itu atau diorg dah kenyang 1 hari ni dok umah kawan mama mkn n tido sepanjang hari..

2 comments:

fiza said...

bezzz la kak shima.. nnti wat lagi ek.. meh ktrg kendurikan kt opis nih.. hehehe.. btw, tenkiu..

Shima Sulaiman said...

takut gak bhn eksperimen nak jamu kat korg..nnt sok2 satu opis mc, mak cari sorang ni je la kang...punca kejadian..heheheh